Iklan

Iklan Nuffnang

1 Apr 2014

Sambal Sotong Yang Sedap






Selepas melihat Sambal Sotong yang ditayang sahabat saya Chahaya Shiela, di facebook, saya menjadi sangat teringin untuk menikmati Sambal Sotong yang dimasak seekor seekor. Lagi pulak, sotongnya dipenuhi telur menjadikan saya sangat sangat tak boleh tahan. Terus menghantar whatsApp kat hubby. Kebiasaannya saya akan menghiris nipis sotong sebelum dimasak.

Aduhaai bukan nak cakap lah, bau sambal tumis ni semerbak sehingga ke dalam bilik. Semasa saya menunaikan solat Asar, saya meminta Juita mengacau sambal yang sedang ditumis itu dahulu. Aduuh masa tu, dah terbau sedapnya sambal yang sedang ditumis tu. Hahaha sampai ke malam, masih terbau keenakan sambal tumis di ruang tamu. Haa camne tu? Kali ini saya membuat sambalnya agak kering sedikit. 

Rahsia untuk membuat sambal tumis yang sedap ialah dengan menumis bahan tumisan dengan api perlahan sehingga cili betul betul masak dan garing. Selain itu, menggunakan bawang merah yang banyak. Manakala untuk menjadikan warna sambal yang cantik ialah dengan memasukkan gula terlebih dahulu, sebaik bahan tumis garing. Itulah tips yang saya belajar dari kawan kawan. Kalau untuk sotong, sambal kena kering dulu, sebelum dimasukkan sotong yang telah ditos bagi mengelakkan sambal berkuah dengan air sotong. Memang sangat sedap lebih lebih lagi sotong yang diguna adalah sotong yang masih segar.

Jom layan resepi mudah dan sedap ini...



Sambal Sotong

Bahan bahan:
10 ekor sotong
20 biji cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 keping asam keping
1 biji bawang besar - hiris bulat
Garam
Gula

Cara cara:
Kisar cili dan bawang bawang. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. 

Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering. 

Akhir sekali, masukkan garam, asam keping dan goreng sehingga air sotong menjadi kering. Masukkan bawang besar dan tutup api apabila bawang layu dan sambal kembali kering serta pecah minyak.  

Sedia untuk dihidangkan. 






28 comments:

  1. Makae dengae nasik lemok, pun sedap ni. Susoh nok jupo, sutun telor lonni

    ReplyDelete
  2. huwaa..baca sambil nangisss....tertelan telan air liooooo..

    ReplyDelete
  3. tak cukup sepinggan nasi ni kalau makan sambal sorong ni mesti nak bertambah kalau ada kat rumah sambal ni

    ReplyDelete
  4. Azie, the way you described the sambal sotong got me very excited to try it too. I also like sotong that has eggs. Yum!

    ReplyDelete
  5. Salam Puan,

    saya nak bertanya, macamana nak latak ads nuffnang di blog.

    Terima kasih

    Ida

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Ida. Mula mula daftar blog dg nuffnang di www.nuffnang.com.my. Lepas tu copy code dari nuffnang dan paste di blog. Masuk ke layout dan insert column for nuffnang code tadi

      Delete
  6. salam puan azie..
    saya silent reader puan azie..memang nampak sedap sambal sotong ni.. kechor liyo nengok nye..
    salam perkenalan dari ipoh perak..

    ReplyDelete
  7. Kak Azie,

    hmmmm....belum lagi 12 pm perut dah berkeroncong tengok gambar sambal sotong u...
    i mmg suka sangat sambal sotong...laparnya :P

    ReplyDelete
  8. Sedap nya k.azie.....malangnya,husband x bagi makan sotong......:-(.Rasa nak nangis je bila tengok sambal sotong k.azie ni...huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa takleh makan sotong.. alergik ya? tapi mmg nampak sedap, lagi-lagi kalau dapat makan dengan nasik lemak. mesti cuba ni!

      Delete
    2. Semoga dalam rahmat اللە, t.kasih atas ilmu yg bermanfaat

      Delete
  9. Salam nk tny. Cili kering tu akk rebuskan dulu tak? Nmpk sdp btol sambal tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Biasanya saya rebus tapi ada masa saya rendam dg air panas jer.

      Delete
  10. My fav too...
    Selalunya azie masak sotong brp min? Sbb klu lama sgt katanya sotong jdi liat..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak azie...

    Salam Ramadhan al-kareem...ya Allah ni memang mengundang air liorku meleleh kak....ish kena buat jap lg ni sedapnye!


    Hannani Ruwaidiyah Mustafar
    012.314.7529
    Blog: For Peace of My Mind
    http://forpeaceofmymind.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  12. sedap sedap sedap.....hari sy nk try resepi kak azie yg ni plak....semalam masak ayam ikut menu akk azie habis kak.....suami sy siap ratah sampai licinnn

    ReplyDelete
  13. Nak try buat tgahari ni..thanks tuan rumah

    ReplyDelete
  14. Sedap...try tip n resipe ni.tq

    ReplyDelete
  15. harini nak masak sambal sotong. ikut resepi ini.
    kak azie, blog kak azie memang best!

    http://ummierna.blogspot.my/

    ReplyDelete
  16. Hmm saye tgh try msk ni...ritu try msk resipi rendang perak kak azie cume kmi tmbh serai n daun limau purut sgt sedap abg ckp...trbaik semua resipi kak azie saye sk....

    ReplyDelete
  17. tq share resepi. nak try buat.

    ReplyDelete
  18. sy dh try resepi ni. sedap sangat. tq akk atas resepi ni

    ReplyDelete
  19. Mcm mana nk elakkan sotong jd liat?? Anggaran bape lama utk sotong betul2 masak dgn lembut.. Kalau sy masak, x penah sotong jd lembut, asyik liat je.. Tolongggg

    ReplyDelete
  20. Knp kak masak x kuar minyak.pdhal kak ltk minyak byk da

    ReplyDelete
  21. Thanks sis azie.. resepi..mmg cari resepi nak buat sambal sotong hari ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.