Iklan

Iklan Nuffnang

5 Apr 2014

Masak Lemak Cili Api Telur Ikan




Saya memang sangat menyukai telur ikan sama seperti telur sotong juga. Teringat semasa di Subang Jaya dulu, saya dan hubby sering mengunjungi gerai makan di USJ 6 kerana di situ ada Gerai Melaka yang menjual Asam Pedas Ikan Terubuk. Yang best nya, kebanyakan ikan terubuk yang dijual mempunyai telur. Sedap sangat telur masak asam pedas gitu. Oleh kerana ada stok telur ikan yang dibeli di Pasar Taman Tun, saya mula lah mencari cari resepi untuk memasak telur ikan. Akhirnya setelah menanyakan pendapat sahabat saya, Zainal Abidin saya memasak Masak Lemak Cili Api. Inilah kali pertama saya memasak lemak telur ikan. Kalau biasanya saya hanya mengoreng sahaja telur ikan selepas dilumur dengan sedikit garam dan kunyit seperti di SINI





Seperti biasa, saya memang suka masakan Masak Lemak Cili Api sebab selain mudah, ianya juga sedap. Sambil sambil tu, boleh gak menternak lemak. Hahaha hari hari berjanji dengan hubby untuk ber dier konon konon. Masalahnya, kalau saya diet, saya jadi malas untuk memasak. Kalau saya tak memasak, kesian lah pulak dengan anak anak terpaksa makan nasi kedai jer. Hmm mencari alasan untuk tidak berdiet lah ni...





Masak Lemak Cili Api Telur Ikan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Telur ikan
6 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
6 biji belimbing buluh
1/2 helai daun kunyit
1 pek santan
Garam

Cara cara:
Kisar cili api dan kunyit bersama sedikit santan. Masak bahan kisar bersama santan dengan api perlahan, sambil terus dikacau.

Bila hampir mendidih, masukkan telur ikan dan daun kunyit, terus masak sehingga telur ikan masak.

Akhir sekali, masukkan belimbing buluh dan garam secukup rasa. Kalau tak ada belimbing buluh, bolehlah masukkan sedikit asam keping.




Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.


5 comments:

  1. As-Salam
    saya macam Kak Azie juga kalau jumpa telur kan tu asyik nak goreng aje.Nanti nak cuba gulai macam ni pula,terliur la...

    ReplyDelete
  2. Wow, Azie! I love fish roe too and it has been a long, long time since I ate them. My grandma used to order them from the fishmonger. She simply fries them and I love it a lot. The way you cooked them in masak lemak cili api is even better!

    ReplyDelete
  3. Assalam, Kak Azie,

    Setiap hari saya mesti baca blog akak. Terserlah kelembutan akak.Harini , pagi-pagi dah meleleh air liur saya kerana saya juga penggemar telur ikan..Tengahari ni nak call kawan yang kerja di pasar, kot kot ada rezeki dapat telur ikan..kena cari juga belimbing buluh..Terima kasih kak!!

    ReplyDelete
  4. Saya pn suka sgt dgn telur ikan..tapi bila beli di supermarket selalu dapat yg agak berbau.. so saya dah lama x masak telur ikan

    ReplyDelete
  5. Salam sis..wah..sedap nampak. Cari resepi telur ikan dan jumpalah blog sis ni..nampak menarik. Jemputlah singgah ke blog saya ye.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.