Iklan

Iklan Nuffnang

30 Apr 2014

Ayam Bakar Berempah Kelantan Yang Sedap






Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua warga Pekerja tanpa mengira di mana anda bekerja atau apa pangkat dan jawatan yang anda sandang. Bekerja adalah satu ibadah jika ianya dilakukan kerana Allah Taala yang menjanjikan pahala seperti seorang yang keluar berjihad. Apa apa pun jangan jadikan dunia menyibukkan dan menghalang kita untuk melakukan amal soleh. Contoh, selepas naik pangkat, hubungan kemanusiaan menjadi lemah dan masa untuk beribadat juga terpaksa dikurangkan. Hahaha manusia diuji dengan macam macam. Ada yang diuji dengan pangkat dan harta serta kesenangan. Ada pulak yang diuji dengan kesusahan. Kedua duanya adalah kerana manusia memang dijadikan untuk menempuh pelbagai ujian kehidupan. Esok saya dan kawan kawan menpunyai program. Jadi esok bukan hari untuk berehat buat saya. OK sekarang kita beralih ke bab masakan pula. 

Resepi ini saya pelajari dari sahabat baru saya, Suria wanita Kelantan yang memang cantik dan bergaya. Su berniaga makanan Kelantan untuk sarapan di tepi kediaman polis berhampiran LUTH Kelana Jaya. Kebiasaan nya saya makan nasi kerabu dengan Gulai Ikan Aya. Entah kenapa hari itu, saya memilih Ayam bakar. Aduhaai sangat sedap pulak ayam bakar tu menyebabkan saya ringan mulut memuji Su dan menanyakan bagaimana memyediakan ayam bakar ni. Hahahaha tanya kias kias dulu. Bila Su kata, nanti kita message, saya pun malam nya juga terus menghantar message. Su hanya memberitahu bahan bahannya sahaja dan kuantitinya, saya agak agak sendiri.

Sedap ayam bakar ini, apalagi dimakan panas panas. Saya perap ayam semalaman. Lagi pulak, lauk seperti ini lebih sihat dan berkhasiat kerana tidak menggunakan minyak atau santan. Saya biarkan kulit ayam sedikit supaya ianya tidak terlalu kering ketika dibakar. Ayam ini boleh juga digoreng, jika suka. Semoga Su diberikan pahala yang banyak kerana keikhlasan berkongsi ilmu walaupun Su sendiri berniaga. Terima kasih buat Su semoga dimurahkan rezeki.

Jom layan resepi dulu...



Ayam Bakar Berempah Kelantan

Bahan bahan;
1/2 ekor ayam - dengan kulit
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Sedikit rempah kari - opsyenal (tak letak)
3-4 tangkai cili kering
3 batang serai
Garam
Gula

Kisar semua bahan di atas dan masukkan garam dan gula. Gaul sebati dan perap dengan ayam lama lama. 





Boleh dibakar di atas dapur arang atau di dalam oven. Saya membakar di dalam pemanggang ajaib jer. Saya akan sudukan keluar air yang bertakung.







Nota:
Boleh juga diperap semalaman dengan disimpan dalam freezer.






12 comments:

  1. Selalu follow entri akak. Harini rajin pula nak komen. Sedapnya menengok kepada ayam ni. :-D

    ReplyDelete
  2. salam kakazie..resipi nmpak sempoi tp rupa paras ayam tu mmg nmpak sgt menyelerakan!

    ReplyDelete
  3. salam pn azie...nak minta resepi yerk.... hari tu dah try ayam percik kelantan...menjadi favorite family lepas mencuba...huhuhu..

    ReplyDelete
  4. terbaik...minta resipi ye sis?

    ReplyDelete
  5. Assalam kak azie..nak tanya kak azie bila pkai pemanggang ajaib ni bila waktu bakar tu kak azie tutup tak pemanggang tu? tq kak 4 sharing d recipe ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tutup. Bila dah masak baru saya buka untuk dibalik balikkan ayam tu

      Delete
  6. simple.boleh buat makan ngn nasi. pemanggang ajaib dh ada ni

    ReplyDelete
  7. assalamuaaikum..first try..sedang memerap ayam dalam freeze. terima kasih puan atas perkongsian resepi kak su ni. : ) -puan saadah

    ReplyDelete
  8. As salam sis azie...sy pengikut n slalu mncba resepi sis..mhn halalkan yr..hya Allah mmbls jsa sis..tqvm

    ReplyDelete
  9. salam hai sis mcm sdap je nak kene cube ni...dah byk resepi sis sy cube tak pernah yg tak menjadi sdap pulak tu...hihi hari ni bru rajin nak komen...thnkz ye sis sudi share resepi...

    ReplyDelete
  10. Sdpnye nmpak aym tu...besok kena jugak try buat ni...ngehehehhh tqvm kak 4 dis simple rcipe...

    ReplyDelete
  11. Boleh try untk berbuka petang ni. Thanks.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.