Iklan

Iklan Nuffnang

21 Mar 2014

Puding Karamel Kegemaran





Sebelum kita melihat resepi, saya nak kongsikan sedikit berkenaan perbezaan pandangan dalam bab berkaitan fiqh. Kata Ustaz Zulkifli Ahmad, kita kena lihat dari sudut big picture sebelum mengatakan sesuatu itu haram atau harus dalam bab berkaitan fiqh. Bila dalam keadaan ada 2 pilihan, Nabi Muhamad SAW akan memilih yang lebih mudah. Memilih untuk mengharamkan sesuatu tidak bermakna membawa ianya lebih dekat pada agama. Contohnya dalam kes Shila Amzah yang memenangi pertandingan nyanyian di China. Beliau mampu berdakwah secara tidak langsung dg membawa imej wanita Islam dan mengucap syukur pada Allah atas kemenangan beliau di hadapan penonton China. Jadi kesimpulannya harus bagi seorang wanita menyanyi jika ianya mampu menengahkan kedudukan Islam. Soal Ustaz lagi, adakah mana mana ustaz mampu berdiri di kalangan orang China untuk berdakwah? Sedang Shila berpeluang melakukannya. Jadi jangan melihat Islam dalam konteks yang sempit, bila berlaku perselisihan pandangan. Sama juga dalam bab merokok atau bab bermain gendang di dalam masjid dll. Kalau kita mengatakan haram merokok pada budak budak yang baru hendak merokok, lebih sesuai berbanding dengan mereka yang telah berpuluh tahun merokok. Mereka mungkin terdiri dari imam, bilal atau Jawatankuasa masjid.  Begitu juga dengan kes gendang dan berhibur yang biasanya di kalangan anak muda. Jika larangan dibuat, akan menyebabkan golongan ini menjauhi masjid. Sekadar perkongsian dari apa yang dipelajari dari kuliah Zohor Ustaz Zulkifli.




Serius sangat sedap Puding Karamel yang Juita sediakan untuk Minggu Keusahawanan Sekolah. Sebaik tiba di rumah, Nelly mengambil 1 bekas dan memberi komen yang karamel ini sangat sedap dan berkrim. Mendengar komen Nelly, saya pun mengambil sebekas dan makan bersama sama. Memang betul, sangat sedap dan berkrim Karamel ini. Apalagi dengan gula hangus yang terasa sedikit pahit sangat sedap bila digandingkan dengan karamel yang manis dan lemak berkrim. Tak habis habis kami memuji keenakan karamel ini dihadapan Juita.

Resepi ini saya pelajari dari Puan Maziah yang merupakan resepi koleksi arwah Bondanya yang telah bertahun tahun digunakan. Kalau ada sesiapa yang ingin mencubanya, bolehlah lihat resepi di bawah. Memang sangat berbaloi menyediakannya sendiri...



Puding Karamel - Resepi II
Untuk: 20 bekas

Bahan bahan:
1 tin susu pekat manis (guna 3/4 tin, jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil, jika tidak mahu terus digunakan.





Telur dibuang mata dan dipukul perlahan supaya  adunan tidak berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Kacau adunan terlebih dahulu sebelum setiap kali dituangkan dalam bekas kecil.





Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.






Nota:
Saya akan buka penutup pengukus dan terus mengukus tanpa penutup untuk selama beberapa minit bagi mengeringkan air di permukaan.



 


32 comments:

  1. Dah try guna resepi ni. Erm memang sedap dan senang nak serve. Tqvm for sharing

    ReplyDelete
  2. Assalam
    Sedapnya, sejuk tekak
    Tqqq k azie

    ReplyDelete
  3. sedapnya .. terliur rasanye..

    ReplyDelete
  4. Salam sis,

    Tried few reciepies from your blog. Alhamdullilah, perfectly semuanya. Thank you and may Allah bless you. Keep it up sharing with us kakak. Moga murah rezeki dunia akhirat.

    Rina

    ReplyDelete
  5. Saya dah try resipi ni Azie. Sedap. Tak sabar tunggu entri seterusnya. Di antara resipi yang sentiasa saya buat ialah blueberry muffin, akok, Ikan tiga rasa. Thank you Azie.

    ReplyDelete
  6. kak azie ...saya nak try!!...
    Blm try dah rasa happy & hati berbunga2 ceria ni...hehehhehhe.
    tq for sharing this reciepi

    ReplyDelete
  7. mf tya buang mta tu apa...buang kuning telur ka..tqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buang yg macam ketulan putih dlm telur putih

      Delete
  8. Salam..kak Azie ..saya dh buat tadi..sedapp alhamdulillah
    Menjadi...-ain-

    ReplyDelete
  9. Sis nak tanya kenapa bila.Sya campurkan sebatian telur dgn gula hangus dlm bekas kecil Die bergaul n Bile kukus Die x jadi dua lapis. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air gula perlu disejukkan dahulu.

      Delete
    2. Oo.. Saya biase buat sis puye resepi. Cume kali ni tersalah step. Tq di atas share resepi selama ini..Tq sekali lg.

      Delete
    3. Sejuk kan air gula sj kan?bkn bekukan?

      Delete
  10. Klu guna rasepi ni tapi bakar dlm oven guna kaedah water bath boleh x sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya boleh. Kaedahnya sama iaitu kukus. Tapi saya belum pernah cuba.

      Delete
  11. Buang mata tu maksudnya guna putih telur je kan pn Azie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna telur kuning dan telur putih sekali. Jangan lah pulak dibuang telur kuning, dik weh. Yang dikatakan mata tu, yg berketul dalam telur putih tu.

      Delete
  12. sy bru cuba.. igt buang tlur kuning. xtaa tu ap jd... hahahhaha... x bc abis dulu.

    ReplyDelete
  13. Mmg suka guna resepi dalam blog azie ni.mmg sedap.tq ya...

    ReplyDelete
  14. Haa.. Tgh try buat ni! X baca komen lak.. Air gula x tgu sejuk da tindis ngn lapisan atas tu.. Alamaakk.. X taw la pr jd... Huhuhuu.. Xpe la.. Jnji de rasa puding kot.. Hihii.. Mekacih resepi ni.. Nex time try lg.. Ni pcubaan.. Ni resepi pling mudah, ringkas n cpat! Huhuuu

    ReplyDelete
  15. Resepi akak ni semua Best...terpercaya

    ReplyDelete
  16. Saya dah try byk kali azie...memang sedap tuk musim panas cam nih...tqvmuch for sharing...x menghapakan....

    ReplyDelete
  17. alhamdullilah puan azie... menjadi.. sye ikut sebutir2 rsepi puan azie... ptut la blog puan azie slalu dipuji puji kerana resepi yg mudah, ringkas dan sedap... ~miss panda~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Segala puji pujian buat Allah. Tahniah kerana berjaya menyediakannya. Luv u

      Delete
  18. Halalkan ambik resepi.....smoga murah rezeki...

    ReplyDelete
  19. Azie...kalau xde bekas kecil2 & nak letak dlm satu bekas besar, kemudian kukus menjadi tak?

    Salam,
    Rohani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah cusb untuk resepi ini kerana caramel nya lebih lembut. Tapi resepi puding karamel saya yang satu lagi, mmg selalu dikukus dslsm bekas besar. Cuba search ya. Puding karamel Azie Kitchen

      Delete
  20. Sis..saya selalu buat x jadi gula hangus tu. Ada ape2 tips tak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.