Iklan

Iklan Nuffnang

7 Mar 2014

Mini Quiche Untuk Jualan Dalam Minggu Keusahawanan Sekolah






Hari ini saya kongsikan berkenaan Mini Quiche yang disediakan Juita untuk jualan di sekolah sempena Minggu Keusahawanan Sekolah. Seharian juga Juita di dapur. Selain itu, usediakan juga Puding Karamel. Bila dia sibuk di dapur, saya pun sekali sibuk di dapur membantu menyediakan filling untuk Quiche juga mengukus Puding Karamel. Aduuh penat sungguh selepas 5 jam berdiri di dapur sehingga semasa hendak rukuk dalam solat pun, terasa sakit pinggang. Hmm terasanya usia telah beredar dengan begitu pantas dan pergerakan juga mula terbatas. Kenalah gandakan amalan soleh. Bak pesan Ustaz Ibrahim, baki umur kita telah tidak banyak, jadi perbanyakkan lah amalan soleh terutama yang berkekalan sehingga selepas kita mati. Sebak saya membaca pesanan ustaz yang sangat ikhlas itu. 

Berbalik kepada Quiche Mini yang disediakan ini pulak. Quiche adalah salah satu dari makanan kegemaran saya dan keluarga. Saya belajar resepi dari sahabat fb saya, TeeAra. Kalau mahu melihat entri terdahulu berkenaan uara penyediaan Quiche boleh klik di SINI. Quiche juga boleh disediakan tanpa crust. Boleh skip sedikit penyediaannya, terutama jika rasa malas nak menyediakan crust. Boleh klik di SINI untuk Crustless Quiche yang saya sediakan dulu. Kedua duanya sedap, lebih lebih lagi sebagai hidangan petang di minum bersama teh panas ala ala Inggeris giteww. Untuk Quiche Mini hari ini, Juita hanya menggunakan ready made pastri sahaja. Tapi Quiche ini memang sedap sehingga saya dan Nelly makan lepas satu satu. Terbaeek lah...

Jom kita tengok gambar gambar dan resepinya kalau ada yang ingin mencuba sendiri di rumah ....



Chicken and Mushroom Quiche
Oleh: Azie kitchen

Bahan A
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
Mixed herbs

Bahan B
110 gm butter sejuk -kiubkan
1 biji telur kuning
1/4 sudu besar jus lemon
50 ml air sejuk (dimasuk sedikit demi sedikit berselang seli)

Campurkan bahan bahan hingga sebati dan tuangkan ke dalam bahan A.

Diuli sampai jadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk. Selepas itu, terapkan dalam pie mould yg boleh dikeluarkan plate dari bawah dan cucukkan tepung dengan garpu dan blind bake selama 15 minit.

Bahan C
4 ulas bawang putih - cincang
2 - 3 sudu besar olive oil
3 biji cili Capsicum - merah, hijau dan kuning
1 batang Celeries - hiris nipis
1 pek button mushroom - hiris nipis nipis
1-2 biji bawang besar kuning - potong kiub
1-2 ketul dada ayam - hiris kecil 
Chicken fillet green peppercorn
Garam
Mixed herbs

Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan isi ayam dan goreng seketika sebelum dimasukkan kesemua campuran sayuran. Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.









Bahan D
250 gm whipped cream
Coarse black pepper
4 biji telur

Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.

Selepas doh di bind bake selama 10 minit, masukkan filling sayuran tadi.   






Akhir sekali, masukkan cream sehingga menutupi filling tadi. Buat lah sehingga habis. 





Taburkan cheddar cheese yang diparut dan bakar selama 35 minit pada suhu 170C. Kalau buat saiz mini seperti ini, cukup sekadar 15-20 minit jer.









6 comments:

  1. dulu saya silent reader blog akak..mekasih atas semua resepi yang akak share..resepi ni saya juga nak cuba buat untuk jualan disekolah sempena karnival pendidikan khas nanti..terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Kak azie, mixed herbs tu apa sebenarnya? Ada dijual yg mmg tersedia mix ke?

    ReplyDelete
  3. K.Azie, ready made pastry tu kena bakar dulu ke or bakar skali dgn inti? Akak pakai ready made pastry brand ape? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami bakar sekali dg inti sebab nipis sahaja

      Delete
  4. Salam kak AZIE. Salam perkenalan. Sedapnya quiche ni. Teringin cuba. Utk resepi ni boleh dpt berapa byk mini quiche? Nanti Adik beradik datang rumah dah ada idea brapa byk saya kena buat. Hehee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.