Iklan

Iklan Nuffnang

10 Mar 2014

Ikan Selar Goreng Berlado Yang Sungguh Sedap






Wow sangat sedap lauk ikan berlado ini. Resepi ini diajar oleh rakan sepejabat saya Rohaya yang lebih dikenali sebagai Roy di kalangan geng rapat. Saya makan menambah berpinggan pinggan banyaknya. Dah habis makan, saya sambung meratah ikannya pulak. Bila sudah buntu memikirkan apa nak dimakan, dapat makan masakan simple seperti ini memang ngam sekali. Lebih lebih lagi dimakan dengan Gulai Kambing yang dikirim Kak Nah, kakak sulung saya dari kampung. Ikan selar memang sedap jika digoreng garing garing. Sedap dimakan begitu jer, maksud saya selepas digoreng dengan garam kunyit.






Sebelum itu, saya nak mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Said di atas pemergian Ustaz Said ke rahmatullah pada pagi ini.  Sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh. 2 tahun mengikuti kuliah Maghrib dan Subuh beliau di bulan Ramadhan di Surau Ad Dhuha, sangat banyak ilmu yang saya pelajari. Antaranya yang selalu ditekankan ialah menghadiri majlis ilmu yang sangat besar ganjarannya. Diberikan contoh, mengikuti 1 jam kuliah memberi 1000 rakaat pahala berbanding dengan 20 rakaat solat Terawih yang memakan masa 3 jam. Bukan bermakna kita tak boleh melakukan solat terawih tetapi perbanyakkan juga amalan mudah tetapi memberikan ganjaran yang besar. Akan sentiasa saya ingatkan pesanan ini. Sebelum kita tengok resepi, saya nak kongsikan sedikit pesanan Ustaz Ibrahim supaya memperbanyakkan amalan soleh yang memberi pahala berterusan selepas mati. Sejak itu, saya mula mencari hadis hadis berkenaan perkara ini. Saya mahu segera mengamalkannya. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya apa yang mengikuti orang mukmin daripada amalannya dan kebaikannya selepas wafatnya. Ilmu yang disebarkan, dan anak soleh yang ditinggalkan, atau kitab yang diwariskan, atau masjid yang dibangunkan, atau rumah tumpangan untuk ibnu sabil dibangunkan, atau sungai yang dialirkan atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya sewaktu hidupnya, maka akan berterusan pahalanya selepas wafatnya". 


Ia menunjukkan amalan jariah adalah amat luas pengertiannya daripada kita sempitkan dengan hanya perkara perkara yang bersangkutan dengan ibadah sahaja. Jika seseorang itu berkebun sehingga ditakdirkan meninggal dunia dan tanamannya berterusan dijaga oleh orang lain, maka pahala orang yang meninggal akan tetap berjalan selagi tanamannya masih ada. Bahkan jika ada binatang seperti ulat, burung dan sebagainya yang memakan tanamannya, dianya tetap mendapat pahala sedekah juga. Subhanallah. Selain itu, didikan dan tunjuk ajar yang baik juga akan mendapat pahala berterusan. Jom sama sama kita tingkatkan amalan sebagai bekalan supaya kita terus mendapat manafaatnya walaupun kita tiada lagi di dunia ini.


Jom kita tengok resepi mudah tetapi sangat sedap ala ala meletop ni....





Ikan Goreng Berlado

Bahan bahan:
4 - 5 ekor ikan selar - kelar & lumur garam kunyit
2 biji bawang besar - hiris
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
3 bawang putih - opsyenal
1/2 helai daun kunyit
1 asam keping
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak mengikut jumlah yang sesuai supaya sambal tidak kering. Tumis bawang besar hiris hingga layu, masukkan cili kering yang dikisar bersama bawang. 

Tumis sehingga cili masak dan keluar minyak. Masukkan daun kunyit yang dicarik carik.





Masukkan asam keping, garam dan sedikit gula.





Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng garing garing dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. 





Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas panas. Memang sangat sedap ikan ini...









19 comments:

  1. Salam Isnin Kak Azie,
    Memang sedap masak sambal begitu. Selalunya saya tukarkan cili kering dengan cili padi untuk lebih umpph..hehehe

    ReplyDelete
  2. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. Assalam Kak Azie... aduhh... laparnya saya tengok ikan selar ni...terus menyanyi perut saya.. selamat berkenalan, kalau sudi selekelah singgoh rumoh ambo. tq

    ReplyDelete
  4. sy pun suka mcm ni simple & sedap....sy setuju tu.

    ReplyDelete
  5. belado2 mmg saye suke..cik abg je xbrape suke..xpe janji saye suke suke suke...;))

    ReplyDelete
  6. sdapnye..thanks kak azie share resipi ni, nak cuba lah bt :) simple dan jimat masa..

    ReplyDelete
  7. my favourite menu ever... sy try letak daun kunyit tu mmg tambah sedap... thanks kak azie.. ;)

    ReplyDelete
  8. Dh try ptg smlm.. Mmg sedap, tp sy buat kering skit.. Mmg ummm.. Tq akak..

    ReplyDelete
  9. Mmg sdp lh menu y kak share,dh byk sy try..vry dlcs..

    ReplyDelete
  10. Tengah mencari resepi pelbagai jenis masakan utk ikan. Huhu.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum azie...
    Saya suka mengikuti blog ni...banyak dah resepi yang saya dah cuba...
    Dan hari ni...nak try ni pulak....
    Makasih sebab dgn ade blog ni saya dpt belajar memasak...

    ReplyDelete
  12. x payah guna air asam jawa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah guna asam keping. Kalau nak guna asam jawa, jangan guna asam keping

      Delete
  13. pagi pagi mcm ni dh terliur dah, balik karang nk cuba buat lah. tq for sharing

    ReplyDelete
  14. Kalau saya search resepi di google selalu akan keluar resepi blog k.zie ^_^ Alhamdulillah mudah sy nak dpt idea menu memasak...Jazakallah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.