Iklan

Iklan Nuffnang

22 Feb 2014

Terung Goreng Berlada Sedap






Terung adalah antara sayuran yang saya gemari lebih lebih lagi jika dibuat pajeri terung. Pajeri terung adalah antara masakan kesukaan saya yang tidak pernah rasa jemu. Apalagi jika di dalamya dimasukkan sedikit udang hidup di samping udang kering. Selain pajeri, sedap juga jika digoreng berlada atau goreng kicap ringkas. Antara pajeri terung yang saya gemari ialah pajeri yang disediakan oleh Wan Chu Sungai Besi yang menggunakan terung hijau. Sehingga kini saya mencari terung hijau tapi tak pernah menemuinya. Memang sangat sedap terung itu. Aduhaai mana lah cari ni. Ada sesiapa yang ada di kawasan Sungai Besi yang tahu terung ini?

Hari ini saya menyediakan Terung Goreng Berlada mengikut cara Amie's Little Kitchen. Memang sedap sangat terung goreng. Saya boleh meratahnya begitu sahaja. Cuma bila memikirkan di dalamnya ada udang kering, jadi saya pun memperlahankan sedikit. Cuma ambil terung sahaja. Sebenarnya boleh juga kalau menggunakan ikan bilis sebagai ganti udang kering. 

Jom kita tengok resepi mudah untuk menyediakan sayur Terung Goreng yang sangat sedap ini.



Terung Goreng Berlada

Bahan-bahan:
3 biji terung Taiwan - belah 2 dan potong 3 - rendam dalam air untuk elak lebam
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar - mayang kasar
Garam/gula/perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
4 biji cili merah
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan (blh ganti dg ikan bilis)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara:
1. Tumbuk kasar bahan bahan. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.





2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.




3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

4. Padamkan api dapur dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.








20 comments:

  1. Insya Allah Akan ke dapur sebentar lagi. Tq

    ReplyDelete
  2. semlm da cuba resipi ni..alhamdulilah menjadi..

    ReplyDelete
  3. Dah try! Alhamdulillah sedappppp

    ReplyDelete
  4. Sekejap lgi nak try resepi ni...

    ReplyDelete
  5. Nk suh isteri masak pasni😅

    ReplyDelete
  6. Thanks :) malam ni masak ni

    http://pearvta.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. mcm mnarik n mdh.blh try.tq respi

    ReplyDelete
  8. Sedap dan cantik portmeirion tu 😄

    ReplyDelete
  9. Boleh try la.. ada ni terung n bahan2 lain. Hubby suka sgt mkn terung nih. Sy plak x berapa suka.. kot resepi ni boleh bg sy suka terung ok gak hihi.. tq ye share resepi

    ReplyDelete
  10. Syukran sis utk resepi kegemaran saya.

    ReplyDelete
  11. Dah try untuk berbuka puasa tadi...emmm sedap..tq

    ReplyDelete
  12. saya dah try untuk berbuka puasa tadi.sdap sngat . thanks

    ReplyDelete
  13. Sy pun dah try. Family sy suka sgt. Sampai berkali2 sy buat. Thanks puan azie 😊

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.