Iklan Nuffnang

Iklan

2 Feb 2014

Mee Sup Istimewa Yang Sangat Sedap









Sempena cuti Tahun Baru Cina yang panjang ini, saya masuk ke dapur menyediakan Mee Sup Istimewa yang resepinya saya pelajari dari guru Tajwid saya, Kak Kamariah. Menurut Kak Kama, resepi ini telah berpuluh tahun digunakan. Ianya diajar oleh Kak Soraini yang memperolehinya dari seorang Chef di Hotel Shangri La. Kak Soraini juga adalah rakan sepejabat yang telah lama bersara. Kak Kama dan Kak Soraini memang pandai memasak. Semasa sampai di rumah Kak Kama, kebetulan dia baru lepas membersihkan ayam dan sawi di dapur untuk dibuat Mee Hoon Sup. Selepas habis mengaji, saya tak melepaskan peluang untuk meminta resepi yang sering mendapat pujian dari mereka yang pernah menikmati Mee Hoon Sup Kak Kama. Memang dari dulu lagi, saya suka menanyakan resepi jika merasai masakan yang sedap.

Sebelum kita melihat resepi, saya ingin kongsikan doa yang diajar oleh sahabat saya kerana sejak kebelakangan ini saya banyak ditimpa ujian satu demi satu. Namun ianya tidak sekali kali melemahkan saya biar pun pelbagai kata dan sindiran diberi. Malahan saya lagi kuat dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Di antara doa yang saya amalkan adalah,  yang bermaksud “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia".







Jom kita tengok rahsia menyediakan kuah sup yang sangat istimewa ini. Ohh rupa rupanya ada air asam jawa dan belacan bakar. Inilah kali pertama, saya mendengar yang belacan dimasukkan ke dalam sup. Kata Kak Kama, ramai yang tak percaya bila diberitahu yang kuah sup nya dimasukkan belacan. Ramai yang memikirkan yang dia hanya bergurau. Terima kasih kerana sudi berkongsi dan membenarkan saya berkongsinya pula dengan pembaca blog Azie Kitchen. Kalau ada yang nak mencuba, silakan lah. Layaann....




Mee Sup Istimewa 

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar. 
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara;
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi. 

Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.





Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis. 





Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.





Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.



Cili Kicap 

Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi - perah airnya
Sedikit cuka
Kicap manis
Garam
Gula

Cara cara:
Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula. 

Nota;
Cara bakar belacan. Susun belacan yang dipotong dalam dulang dan bakar dalam oven. Angkat dan boleh simpan dalam bekas sebelum disimpan dalam peti ais. 






80 ulasan:

  1. terima kasih kak azie sudi kongsi resepi yg unik ni, mmg lain dr yg lain. kena cuba ni hehe ;)

    BalasPadam
  2. sedapnya meesup. ada kicap lagi tu haaa

    BalasPadam
  3. Nk cuba jugaklah,X pernah buat sup boh belacan. Tk share. :-)

    BalasPadam
  4. thanks k.azie sudi berkongsi resepi nie...first time jugak dengar ada campuran belacan dalam kuah sup ni...boleh cuba nanti...dan cili kicap tu nampak sangat mengoda!

    BalasPadam
  5. Tk berkongsi resipi boleh cuba ni. Anak pun memang suka makan mee/bihun sup..

    BalasPadam
  6. Cuba baca juga .Bismillahillagi (samapai habis) 3x selepas solat suboh dan magrib..insyaallah dilindungingi dari segala yang tak baik

    BalasPadam
  7. suke sangat baca blog k azie. resipi pun best2 sangat. ini lah panduan saya untuk ke dapur :) thannk you k azie sudi share and looking forward to learn more from u.

    BalasPadam
  8. Assalam, akak, terliur saya tengok sup ni, nak cubala nanti masa balik kg, ayah dan hsband suka mkn mee sup. Thanx akak, semoga akak dilimpahi rahmat ALLAH dan sentiasa dlm pemeliharaaNYA, amin

    BalasPadam
  9. salam kak azie, timo kasih sudi kongsi resipi..sedap molek napok tu..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kak azie, ari ni wan nak buat bihun sup, google n jumpa blog kak azie, tgk resepi ni lain dari yg lain, nak cuba la buat ni, izikan wan copy resepi ye, tq

    BalasPadam
  11. Salam sis.. I tried this receipe and I have to tell u, it's AWESOME!!!
    Sedap gilerrrrrrrrr!
    Thank you so much for sharing the receipe!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tumpang tanya ,asam jawa byk mana ya ?

      Padam
    2. Sikit sahaja. Nnt masam pulak. Kena rasa dulu.

      Padam
  12. salam kak azie... last week try masak mee sup ikut resepi ni.. first time masak sup letak asam jawa dengan belacan.. seriously sedap sangat.. letak pulak sambal kicap banyak2.. sedap sangat... thanx k.azie kongsi resepi.. -Nieyza-

    BalasPadam
  13. Slm k azie..tq 4 sharing...perfect recipe tuk berbuka ptg ni😄

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Nak cuba la jap lagi sis. Mcm best jer. .

    BalasPadam
  16. Thanks a lot for sharing the recipe...memang sedap..sis how much asam you use?

    BalasPadam
  17. Memang sedap.. dah buat tadi.

    BalasPadam
  18. Sedap btl kak..teringin nak wat..
    znzabadistore.blogspot.com

    BalasPadam
  19. sedapnya..nk cuba balikni.tq

    BalasPadam
  20. Dah 2 kali try resepi ni..memang awesome!! Anak2 pun suka sgt..thanks ye sudi kongsi resepi ni :)

    BalasPadam
  21. wahhh sedapnye. saya suka mihun sup. anak pun suka menu ni paveret dia sampai hirup kuah ^__^
    tq sharing this.
    puan siti- www.mamaizara.blogspot.com

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah.dah buat sedap.anak2 pun suka.

    BalasPadam
  23. saya pernah cuba ! memang superb !! sedappp sangat ..orang tkerjut saya ltak belacan kiki

    BalasPadam
  24. Dah buat dan mmg sedap!! Xletak pun stok daging. Mee kuning saya ganti dgn fettuchini.

    BalasPadam
  25. Sedap sgt2..tp sy tmbh sikit serbuk sup sebelum btul2 masak...kasi power sikit hihihi

    BalasPadam
  26. Terima kasih atas perkongsian. Sememangnya sup ini sangat menyelerakan kami sekeluarga. Kami makan sup ini menggunakan mi rumpai laut edaran syarikat kami. Sangat lazat apabila sup ini dimakan dengan Mi Rumpai Laut Jalinan kami.

    https://www.facebook.com/JalinanSeaweedNoodlesKLSel

    BalasPadam
  27. THANK YOU FOR SHARING RESEPI KAK.. DAH CUBA AND MEMANG SEDAP!!!

    BalasPadam
  28. Sya dh Cuba bbrp resipi yg akak share...mmg berbaloi. Mee sup ni SEDAP!!!! En suami puji sedap n rsa lain dr biasa....bertambah2 lg mkn. Tp bab belacan Bakar mmg xbgtau...hihi suami xsuka belacan...

    BalasPadam
  29. Smlm sy try buat resipi ni tuk berbuka,alhamdulillah mmg sedap.suami dan anak spai 3kali tambah.
    Malamnye kami menggaru berjemaah sbb gatal makan belacan..hehehehe

    BalasPadam
  30. Salam.. saya dah try resepi ni untuk juadah berbuka puasa semalam... Alhamdulillah memang sedap terangkat mabelesss... husband bg 6 per 5 bintang.. terlebih 1 bintang pulak..hehe.. tq sbb sudi share resepi..

    BalasPadam
  31. Mcm ne nk bakar belacan dlm oven ye..boe kme n bpe suhunye ye...huhuhu..nk try

    BalasPadam
  32. Hai K.Azie,

    Saya dah cuba resipi ni, best sgt2..paling best bila hub & mama mertua start requesting untuk saya masak ni lagi, lagi & lagi..xprnh terlintas sup yang sedap camni
    ada letak belacan. Kali kedua masak xletak pn still sedap.
    Thanks for sharing. May Allah bless you!

    Rose

    BalasPadam
  33. ada masa lapang nanti nak cuba yg ni pulak. tekak ni ingin benor menghirup kuah sup yang mmg nampak sedap ni..

    BalasPadam
  34. Sy da cube..betol sgt sedappp...alhmdlah dpt resepi yg asli...smoga mndpt berkat dr ilmu yg diberi..

    BalasPadam
  35. Terima kasih kongsi resepi ni. Nak try la nanti.
    http://ainaez.blogspot.com

    BalasPadam
  36. Salam Kak Azie..
    Terima kasih bagi resepi awesome ni..
    Memang terbaiklah, berbeza rasanya..
    Saya dah try dan minta izin masukkan dalam blog saya..

    http://aziejaya.blogspot.my/2014/02/mee-sup-istimewa-yang-sangat-sedap.html

    BalasPadam
  37. kak azia nak tnya menu ni utk berapa org mkn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti. Saya masak utk keluarga sendiri. Makan berulang ulang. Cuba lah masak dulu, baru tahu.

      Padam
  38. Salam kak Azie..saya dah buat memohon sup nie beberapa kali mmg sedap...Thax for the recepi...

    BalasPadam
  39. Azie... bole x kiub daging tu gnti dgn kiub aym

    BalasPadam
  40. Salam k.azie...nmpak pun da sedapp...mesti cuba nih..byk juga resepi lain yg sy da cuba dr azie kitchen..minta halal ye...t.ksih

    BalasPadam
  41. As salam kak Azie.. bwg putih n halia tu tumbuk halus ke atau just ketuk je? Konpius jap..hihihu.. tq kak azie !

    BalasPadam
  42. Dah try buat.. mmg sgt sedap. Terima kasih azie...

    BalasPadam
  43. suka follow blog ni...dari saya tak pandai masak, skrg dah boleh..tq sgt

    BalasPadam
  44. Sy suka recipe nu sbb Sangat ringkas dn tak perlu banyak bahan2

    BalasPadam
  45. Lain dari yg lain resepi ni...
    Kene try ni... tgok pic dah terliur dah... tq kak mohon share resepi ni yer.... nk try petang ni.

    BalasPadam
  46. blh cuba ni,cam sedapp jer,thanks kongsi resepi :)

    BalasPadam
  47. Saya nak cuba pg ni..mesti sedap.selalunta resepi yg dikongsikan dr Azie kichen memang sedap.tqvm atas sharing

    BalasPadam
  48. Tqtq..sgt bermanfaat...
    Resepi ni sedap dan berbeza dr biasa...sesiapa belum try...kena buat tah

    BalasPadam
  49. Tq Azie kitchen...semua resepi yang dah saya try ( especially resepi pantai timur) mmg betul.Bukan rekaan semata2. Setiap olahan resepi menjadikannya yang terbaik. Salute to u. Tahniah. Semoga Allah memberkati hidupmu pn Azie.

    BalasPadam
  50. Terima kasih, mudah dan sedap

    BalasPadam
  51. Tq puan, mudah dan sedap. Anak2 makan sampai bertambah-tambah

    BalasPadam
  52. Puan..terima kasih share resepi..sya da cuba..cuma kiub tu je lain sbb da pg 6 kedai xjmpa koub daging..so gun aje kiub ayam...tapi tetap sedap...husben n mertua suka...terima kasih banyak2

    BalasPadam
  53. Sy dah Cuba mee sup ikut resepi puan Azie.sedap sangat.mlm ni nak buat lagi. Terima Kasih share resepi.

    BalasPadam
  54. Say ambil resepi no.. Mohon halal ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Semoga menghasilkan masakan yg sedap ya

      Padam
  55. Mcm best je resipi nim..nk try ar jap g... nmpk aneh je letak belacan n asam jawa dlm sup..tp rate2 komen ckp sedap...auww..mesti cuba ptg nim..hihihi...
    Tp plg frust ssh naw naw nk crk kiub daging...tukar kiub ayam je laf..

    BalasPadam
  56. Mmg lain dari yg lain... Saye dah terai menu ni... So bile buat sup...ini la resepi saye pakai... Hehehe

    BalasPadam
  57. Nk try utk buka puasa ni..tq kak share resipi nim.

    BalasPadam
  58. Bole ar msk ptg ni... Suami nk mkn
    Mintk halal kn yr kak azie

    BalasPadam
  59. Hai kak azie, sy zura. sy cadang nk masak utk 20-30 org..agak2 resepi kak azie ni utk berapa org punya ye

    BalasPadam
  60. Sedap resepi mi sup ni... bahannya mudah dan ringkas... saya dh cuba... minggu depan nak cuba masak banyak utk berjual pada hari keusahawanan sekolah pula...minta halal kongsi resepi ni ya kak azie

    BalasPadam
  61. saya dah cuba. mmg sedap rasanya. tq pn azie sudi share resepi sedap2 dgn kami

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.