Iklan

Iklan Nuffnang

6 Feb 2014

Masak Tempoyak Ikan Kembung Versi Perak







Semasa ke Ipoh untuk tujuan tugas rasmi, kami telah singgah makan tengahari di rumah kakak ipar. Memang saya sudah meminta hubby menelefon Kak Nyah supaya disediakan makan tengahari. Saya teringin sangat untuk makan masakan beliau yang memang terkenal dengan kepandaian memasak. Pendek kata campak apa apa jer pun, pasti menjadi dengan sedap. Bagai mengetahui apa yang saya inginkan, Kak Nyah menyediakan Masak Tempoyak Ikan Merah. Oleh kerana masih tak puas memakannya, saya kali ini menyediakan sendiri Masak Tempoyak  cara Perak. Masak tempoyak cara Perak berbeza dengan cara Pahang kerana ianya menggunakan serai, tidak daun kesum seperti di Temerloh. Oleh kerana tiada ikan merah, saya hanya menggunakan ikan kembung.

Jom kita tengok resepinya yang sangat mudah tetapi sangat sedap. Selain timun, saya juga gemar jika dimasukkan Taugeh yang berkepala besar tu. Arwah Bonda Mertua biasa menggunakan taugeh untuk masak tempoyak. Bukan sahaja mudah tetapi juga, dikira 2 dalam 1 kerana dah ada lauk ikan dan sayuran sekali. Hmm kalau dapat dimasakkan telur dadar atau ayam goreng, dah dikira lengkaplah hidangan kita.

 


Masak Tempoyak Versi Perak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - potong nipis (saya guna ikan kembung)
4 biji cili merah
2 senduk tempoyak (saiz sedang)
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai - ketuk
1 batang timun - jika suka
3-4 gelas air atau mengikut yang disukai
Garam
Secubit gula

Cara cara:
Blender kasar cili merah atau ditumbuk kasar. Kemudian satukan semua sekali bahan termasuk ikan dan timun dengan air secukupnya. Petua kakak ipar saya ialah bahan bahan mesti digaul sebati dengan menggunakan tangan.

Masak dengan api perlahan sehingga ianya mendidih dan merenih dengan agak lama.

Masukkan sedikit garam dan secubit gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.



14 comments:

  1. salam azie,lama akak tak kesini tengok masak tempoyak ni teringin lah pulak, ada banyk versi ke tempoyak ni ?? akak selalu masak tpi tak tau versi apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Kak Noor. Byk versi kak. Klu Temerloh hanya masuk daun kesum. Kalau Perak guna serai. Ada versi lain guna bunga kantan dan daun kesum. Mmg byk cara lah.

      Delete
  2. oh yeke Azie, rasanya akak kalau masak semua masuk, daun kesum, serai dan bunga kantan hahaha, tak tau lah versi apa sebenarnya tu.. hentam2 saja janji sedap

    ReplyDelete
  3. Salam K.Azie..sedapnya gulai tempoyak!...klu isi taugeh kasar/keladi lambuk mmg lagi sedap!!

    ReplyDelete
  4. Kalau timun kuning tu lagi sedap dan bertambah-tambah lah nasi dibuatnya :)

    ReplyDelete
  5. Salam kak azie, terima kasih atas perkongsian resepi. Byk dh saya ambil n cuba ni. Nanti nak try test resepi ni pulak. Meleleh air liur nengoknya. Hehe

    ReplyDelete
  6. Kak azie, law letak bwg jd rase ape pulak? Ade perbezaan rase ta dlm.gulai tempoyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti kerana cara saya memang tak letak

      Delete
  7. Hari tu dah masak guna resepi ni. Suami suka n berselera makan. Hehehe.
    Hari ni nak masak lagi. Sebab tu jenguk blog ni. Nak ucapkan TERIMA KASIH banyak. ;)

    Natrahmohamed.com

    ReplyDelete
  8. Tq.Kak.azie. Sy ni tk pandai masak.tp ada nyr resepi Kak.azie ni mudahkan saya belajar

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..suami suka.saya cuba letak ikan kerisi.Lepas ni suami ckp try letak patin..tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.