Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 10 February 2014

Ikan Bawal Panggang Kuali






Pengetahuan kita sangat terbatas, sangat sedikit yang kita ketahui mengenai masa lalu, apalagi masa hadapan. Walaupun apa yang berlaku, saya harus redha dan pasrah. Kadang kadang Allah sembunyikan matahari dan beri kita hujan, petir dan kilat. Sebab selepas itu, diberikan kita pelangi yang sangat indah. Begitulah rahmat dan kasih sayang Allah yang pasti memberikan kita sesuatu yang terbaik dan sesuai dengan kita. Hari ini, saya redha, saya pasrah dan saya menerima semua yang ditakdirkan sebagai Qadha dan Qadar. Saya hanya mampu merancang tetapi tidak mampu melawan perancangan Allah. Ya Allah, sempurnakanlah doa ku sepanjang di Tanah Suci yang lalu.

Sekarang saya mahu bercerita sedikit akan kisah resepi ini. Telah lebih 20 tahun saya menyimpan resepi ini dan pernah juga beberapa kali memasaknya. Resepi ini saya pelajari dari Kak Ena, rakan sepejabat yang telah lama bersara. Kak Ena memang pandai memasak. Jadi saya yang ketika itu baru berkahwin selalulah meminta resepi dan disalin di dalam buku masakan. Haaa tengok salinan resepi di buku resepi saya yang telah usang. Zaman dulu mana mampu beli buku masakan. Lagi pulak resepi di buku masakan, banyak yang tak menjadi terutama kek dan biskut. Itu mengikut pengalaman saya sendiri lah.






Setelah lama buku resepi saya terperap, hari ini saya menggeledah resepi resepi yang terdapat di dalamnya. Semuanya resepi yang telah saya pernah cuba. Kebanyakan resepi yang diperolehi dari kawan kawan pejabat dan keluarga. Ada juga yang saya salin dari rancangan masakan di TV. Resepi Masak Panggang Kuali ini sangat mudah dan memberikan sedikit kelainan. Kalau mencari masakan ini di restoran, pasti tak jumpa nyer. Jadi kalau nak merasainya, kenalah memasaknya sendiri. Boleh juga digunakan ikan bawal putih tapi kena lah cari yang bersaiz besar, barulah rasanya sedap bak isi ketam. 




Ikan Bawal Panggang Kuali
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 ekor Ikan Bawal - lumur garam kunyit
1 batang serai - titik
1 pek pati santan
1 biji tomato buah
1 helai daun kunyit
Asam keping
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:

4 biji cili merah
4-5 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 hiris lengkuas

Bahan hiasan:

Bawang besar
Daun Saderi

Cara cara: 
Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah dilumur garam dan serbuk kunyit.




Tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi dan garing. Masukkan pati santan dan kacau rata.




Masukkan pula ikan, bawang, tomato dan daun kunyit. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak sehingga ianya pecah minyak.  Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




Semasa menghidang, letakkan daun saderi. Selamat mencuba....






4 comments:

  1. bila masuk sini terliur plk ngn ikan bawal panggang kuali ni...

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap je ikan panggang kuali ni..kna cari ikan besar dulu br bleh try..tq kak Azie sudi share resepi nii :-)

    ReplyDelete
  3. Wah! sedapnya Azie... teringin gee nk mencuba...

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Macam tulisan my sister :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.