Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

29 Dis 2013

Pai Ayam Melbourne Untuk Rakan Sepejabat Nellisa




Sempena cuti hari krismas, saya masuk ke dapur selepas mengemas barang barang yang dibeli dari US. Nelly meminta disediakan Pai Ayam untuk dibawa ke pejabat bagi meraikannya bersama sama kawan pejabat. Saya hanya membantu Nelly apa yang patut. Oleh kerana memasak bersama sama, sekejap sahaja telah siap. Dapat 10 biji pai yang bersaiz besar.

Selepas itu, saya kembali menyambung kerja kerja mengemas dalam kabinat dapur. Saya terpaksa menyusun atur semula peralatan kristal di dalam kabinet bagi memuatkan lebih banyak barangan di dalamnya.

Jom kita tengok resepi yang telah saya gunakan hari ini. Telah beberapa kali saya menggunakan resepi ini. Resipi asal dari penyanyi Nora. 



Pai Ayam Melbourne 

Bahan bahan:
Untuk inti pai (filling):
2 cawan isi ayam- hiris nipis
1 tin cendawan butang- hiris nipis
1 1/2 tin sup cendawan butang Campbell
1 tin (kecil) kacang pis - tak letak
3 biji bawang besar- potong dadu 
4 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 sb lada sulah
3 sb mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

Untuk pastri :
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air

Saya guna:
Kulit puff pratha jenama kawan

Cara cara:
Panaskan mentega. Tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.

Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah.  Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan  ketepikan seketika.

Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu.  Bakar selama 5-6 minit. Kali ini, saya tak membakar kulitnya dahulu, cuma terus dimasukkan isi pai.




Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai. Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan di atas isi pai sebagai lapisan atas.







Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sudu kecil air untuk mengilatkannya.





Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200C. Saya gunakan fan oven untuk menaikkan pastri pai






1 ulasan:

  1. Kak Azie... Maaf la nak tanya sikit... sy baru jer nak belajar buat pie nie... kulit puff prata tue letak bahagian mana...

    Yanie

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.