Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang



Sup Tulang


Melihatkan banyak tulang daging korban, jadi boleh dikatakan hari hari juga kami memasak Sup Tulang. Ini adalah sup yang saya sediakan pada hari minggu yang lepas untuk makan tengahari anak anak. Nasib baik ada Pressure Cooker yang memang sangat menjimatkan masa memasak.
 Kalau dulu berjam jam untuk menunggu tulang atau daging empuk. Tapi kini dengan Pressure Cooker, masa memasak hanya dalam 20-25 minit sahaja. Memang sangat menjimatkan masa.




Sup Tulang

Tapi macam biasalah, saya hanya memasak sahaja sebab kena berpantang di mana saya didapati sangat tinggi positive reaction kepada daging. Tapi Alhamdulillah kerana saya boleh makan daging kambing, ayam, ikan dan sotong. Syukur kerana Allah masih memberi saya peluang untuk menikmati nikmatnya rezeki Allah di muka bumi ini.

Sebenarnya semua orang pun pandai memasak sup ini tetapi mungkin cara menyediakannya sahaja yang berbeza. Saya cuma berkongsi cara saya menyediakan sup, kalau ada yang nak tengok, bolehlah tengok resepinya. OK setuju?  Orang kata dalam hidup yang singkat ini, kurangkan kontroversi. Alamak, itu dah bunyi macam rancangan Melodi lah pulak. Haaa kalau kita bukan artis pun, masih kena kurangkan kontroversi. Kurangkan mengumpat, jaga kata kata supaya tidak membuat dosa kering giteww. Bayangkan betapa banyak dosa jika hari hari kita mengumpat dan mengadu domba rakan sekerja. Macam Ustaz beritahu dalam ceramah, dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia juga tau. Tak ada istilah zero zero masa salam hari raya tanpa meminta maaf secara spesifik. Sama sama berpesan pesan. Maklumlah mati ni, kita tak tahu bila. Masih terkejut mendengar berita pemergian ke rahmatullah Penyanyi dan pelakun popular tahun 1980an, Noreen Noor semalam.



Sup Tulang


Sup Tulang

Bahan bahan:
1 kg tulang rusuk
5 ulas bawang - hiris utk menumis
1 sudu besar rempah sup serbuk
1 bunjut sup - opsyenal
1 inci halia - hiris kasar
Garam

Bahan tabur:
3 biji cili padi - hiris
Limau nipis
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup - hiris

Cara cara:
Masukkan tulang ke dalam pressure bersama air secukupnya. Masukkan 3 ulas bawang merah dan halia yang dihiris kasar, sup bunjut dan sedikit garam. Klik ON pada pressure cooker.





Dalam kuali lain, tumis bawang merah yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan air. Masak sehingga mendidih.



Sup Tulang

Masukkan rempah yang ditumis ke dalam periuk sup. Sesuaikan garam. Taburkan bahan bahan hiris dan perahkan air asam limau secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

18 ulasan for "Sup Tulang "

  1. Salam Kak Azie,

    Terimakasih di atas peringatan :)
    Sukanya sup tulang then perah limau nipis dan makan denagn cili padi... nyum nyum.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,k.Azie klau mcm saya ni mmg x de preassure cooker,jdi klau saya nk rebus daging seperti biasa saja,brapa lama pulak saya kna tunggu spaya daging betul2 empuk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.
      Sama lah dg I dulu. Rebuslah smp rasa daging dah lembut. Ambik seketul ke dalam pinggan dan cucuk dg pisau.

      Padam
    2. Boleh guna periuk nasi.. sy dh cuba lembut..

      Padam
    3. kalau guna periuk nasi berapa lama masa diperlukan?

      Padam
    4. Tak pasti. Ikut kepanasan. Tak perlu tengok masa tapi tengok kalau ia dah empuk atau belum.

      Padam
  3. Sy mmg sk resepi2 kak azie.nk msk sup tulang kambing,sama ke bahan dan caranya?

    Kalau sudi, follow blog saya kak... celotehcikorkid.blogspot.com, tq

    BalasPadam
  4. Mohon share resepi yer. Tq dear! :)

    BalasPadam
  5. Wahh sedap nyerrr ...nak copy .. TQ sharing ...

    BalasPadam
  6. Salam..kak Azie..berapa rm midea pressure cooker tu :)

    http://pearlvta.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Kalau tk sedap, masak lah cara sendiri. Mungkin lebih sedap. Memasak kena pandai merasa garam dan perasa. Ianya bergantung kpd jumlah air. Jika air penuh periuk tapi guna 1 bunjut sup, memang tak rasa apa apa kot.

      Padam
    2. Kalu tak pandai masak..pergi makan kat kedai je senang..sapa suruh masak sendiri..hahaha

      Padam
  8. Salam.. sesiapa yg berminat nak beli pressure cooker noxxa yang femes tu bole hubungi sy di +60126721725 - eleena

    BalasPadam
  9. Tq k.azie coz sudi berkongsi resepi...hari ni berbuka dengan sup tulang resepi k.azie.. Alhamdulillah...suami n anak2 kata sedap...

    BalasPadam
  10. Kak azie..bahan tumis tu kita masukkan dlm periuk sup tu semasa dia sedang memasak ke? Blh eaaa buka penutup tu tika dia sedang dlm proses? - ilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu stir fry boleh sis tak tutup... tp kalu da tekan meat/stew tue mg kena tutup... da cukup 35 minit... sis keluarkan stim dulu..then proceed masuk kentang n karot tue.. then meat/stew pastu set time 4 minit tue... da abih 4 minit keluarkan steam.. then baru masuk masuk garam n daun ketumbar. jgn bukak penutup kalu tgh masak sis...

      Padam