Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

3 Sep 2013

Satay Goreng Yang Mudah Dan Sedap






Ujian sakit yang Allah berikan adalah mempunyai mesej yang perlu kita fahami dengan mata hati dengan apa yang tersirat dari apa yang tersurat. Itulah petikan kata kata dari program Iktibar Tanah Suci dalam rancangan Astro Oasis yang sedang bersiaran di kala saya sedang meng update entri ini. Saya relate kan petikan itu dengan kesakitan yang saya sedang alami ketika ini. Sekembali dari umrah Ramadhan, saya jatuh sakit yang mungkin Allah sayangkan saya, Allah mahu mengampunkan dosa dan kekurangan saya semasa umrah, Allah ingin mengangkat darjat saya serta sebagai peringatan betapa tingginya nikmat sihat. Saya berazam untuk meminum air yang banyak selepas ini dan menjadikannya ianya sebagai gaya hidup yang sihat. Betapa sakitnya jika kita mempunyai masalah buah pinggang....





Kalau di entri sebelum ini di SINI, saya kongsikan resepi Kuah Kacang turun temurun keluarga Kak Jee yang memang berniaga Satay Majid dan Satay Anika yang sangat famous satu ketika dulu. Kali ini, seperti yang dijanjikan, saya letak pula resepi Satay tapi saya tak ada lah pulak membakar macam satay tradisional tu. Sebaliknya saya hanya membuat satay goreng sahaja. Selain digoreng di dalam kuali dengan minyak yang banyak, boleh juga digoreng di dalam kuali tanpa minyak/guna minyak sedikit atau dibakar di dalam oven dengan dengan sedikit minyak pada suhu maksimum dan dikacau sekejap kejap hingga masak. 

Jom kita layan resepi satay yang sangat mudah ini tetapi sedap...



Satay Daging

Bahan bahan:
600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah 
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit

Cara cara:
Daging dibersih2kan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.





Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul betul. 





Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam. 





Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. 







Ambik sebatang serai diketuk ketuk sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau daging hangus. 

Nota:
Kalau nak buat satay goreng, tak payah dicucuk daging perap. Goreng daging perap dalam minyak terendam, agak basah basah sedikit. Semasa dihidangkan dalam pinggan, curahkan kuah diatasnya. 

Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah. Namun kali ini, saya cucuk dengan lidi buluh dan digoreng.







Memang terbaik dan sangat mudah dan cepat disediakan. Selamat mencuba....



11 ulasan:

  1. salam, Kak Azie.. guna pemanggang ajaib boleh jugak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga bakar guna pemanggang ajaib

      Padam
  2. Baru semalam teringat nak google resepi sate...alhamdulillah harini kak Azie update resepi sate kat blog...boleh la saya cuba...TQ kak Azie :)

    BalasPadam
  3. Waduh waduh sangat mengoda resepi nie...nak kena cuba lepas ni nampak gayanya

    BalasPadam
  4. Asslm kak azie blh pm sy x..ni num 0133660138..

    BalasPadam
  5. As salam kak azie, sy dh cuba resepi kak azie nie..sate dan kuah sate mmg umphhhh...mmg sedap kak azie.baru pertama kali la sy mencuba resepi sate kak azie.suami sy sangat sukakanya..I love it..ianya simple tp sedappp..goreng ataupun dipangang dua2 sedap.Terima kasih kak azie yerr...smg kak azie dmurahkan rezeki amin ..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat sate goreng sgt mudah dan mudah juga utk dinikmati.

      Padam
  6. Kak Azie, sy tak paham goreng dlm minyak terendam then curahkan kuah diatasnya.. Kuah kacang ke? N curah masa goreng ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah buat penambahbaikan pada perenggan berkenaan. Harap ianya membantu.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.