Iklan Nuffnang

Iklan

5 Sep 2013

Lontong Nur Qaseh Yang Terbaik





Sementara masih di bulan Syawal, saya memasak lontong untuk dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang. Teringat lontong yang Kak Ha, rakan sebilik semasa menghantar lontong yang sedap melalui Roslina kerana saya tidak dapat menghadiri jamuan raya di rumah beliau. Bukan sahaja lontong tetapi nasi Arab dengan kambing, nasi minyak dengan ayam juga dihantar sekali. Terharu sangat sebab Kak Ha sangat prihatin terhadap saya. Juga pada Roslina atau nama manjanya Nana yang bersusah payah menghantarnya ke rumah saya walaupun sudah lewat senja. Kebetulan masa tu, memang teringin sangat nak makan lontong. Macam pucuk dicita ulam mendatang lah pulak.

Oleh kerana masih ada kuah kacang dan nasi impit, saya mintalah hubby beli sedikit sayuran. Lagi pulak, buat kuah lodeh ni bukan susahpun. Macam masak sayur lemak jer, cuma perlu dimasukkan pelbagai sayuran. Bercakap pasal sayuran ni, kita sebenarnya boleh masukkan apa sahaja sayuran yang kita suka. Ada yang masukkan petai pun. Cuma saya akan memilih sayuran kegemaran saya, di samping memastikan ianya berwarna warni. Ada warna oren, merah, putih, hijau dan purple (sebelum masaklah). Pendek kata, suka hatilah nak masukkan sayur apa pun. Hahaha asal bahagia.

Oleh kerana saya keseorangan di rumah dan anak anak pula tak suka lontong, saya pulak bila dah siap masak, selera pun dah hilang. Kadang kadang sekali fikir, saya ni memasak untuk relieve stress jer gamaknya. Jadi saya pun jemput sekali beberapa orang jiran untuk datang minum petang di rumah. Yang ada hanyalah Normah, Kak Jah dan Datin Ros jer. Kak Teh pulak menpunyai mesyuarat. Oleh kerana lama tak bertemu, memang banyaklah juga topik yang dibualkan. 







Resepi yang saya gunakan hari ini dipelajari lebih 20 tahun dari bekas rakan sekerja, Kak Yati dari Johor yang sangat handal dalam bab memasak. Inilah resepi yang selalu saya guna sejak berpuluh tahun dan saya masih puashati dengan resepi ini. Pada selera saya, ianya sangat sedap sehingga saya menambah berkali kali. 

Insya Allah, saya akan terus menggunakannya sampai bila pun sebagai resepi keluarga saya. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi sama yang saya buat sebelum ini. Resepi lain yang pernah saya cuba, boleh klik di SINI. Bezanya yang ini bahan kisar ditumis sedikit. Kali ini, saya hanya menggunakan sambal kacang di SINI jer. Jom tengok resepi nya di bawah ini....



Lontong dan Kuah Lodeh Nur Qaseh

Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang 
1 biji kentang - potong 8 
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak 
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. 

Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.




Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.







24 ulasan:

  1. As salam azie
    Semuga didlm lindungan Allah. Sedappnya lontong, kegemaran su. Kalau su, bila teringin nk makan lontong ni tak perlu tunggu bln syawal everytime fav he2..

    Love
    suhaila

    BalasPadam
  2. Salam Kak Azie,

    Saya dah cuba resepi kuah kacang dengan daging. Terima kasih banyak kerana sudi kongsi resepi. Memang sedap. Dah letak pun link entri untuk rujukan pembaca lain.

    BalasPadam
  3. Salam Kak Zie . .
    Saya baru lepas mendirikan rumah tangga, baru berjinak2 nak kedapur sbnrnye. Boleh dikatakan blog kak zie sgt2 membantu sy, resepi yg jelas dan sgt2 memuaskan hasilnya ! Terima kasih kak zie . .

    BalasPadam
  4. salam kak, santan kotak tu yg berapa ml ek?

    BalasPadam
  5. As salam kak, abah saya masukkan sedikit belacan utk menambahkan kesedapan lontong ni.Saya pernsh buat tanpa letak belacan, pttla rasanya tidak sesedap abah saya masak.Just sharing😊

    jemput lawat blog saya especially jika perlukan cadangan suplemen utk kesihatan anda: http://bit.ly/1xOJ7L9

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas perkongsian. Kami skrg tak brp boleh ambil belacan, jadi gatal resdung. Udang kering sebagai ganti.

      Padam
  6. Resepi akak mmg superb..thanks for sharing

    BalasPadam
  7. Salam kak azie! Its me again! Heheh. Dah try recipe ni dulu and mmg sedap mA! Im doing it again today to jamu my parents and family pulak. Along with the kek kukus made 2nd time! Hehehe thanks alot for your recipes! Mmg i will follow ur blog mostly for cooking from now on! May Allah bless u and family!

    BalasPadam
  8. Assalam.. kak azie nk tnye resepi lontong nie utk berape org mkn?

    BalasPadam
  9. Assalam...tq. esok pagi nak try

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas perkongsian resepinya.
    Saya ambil resepinya lain2 tiada.dulu kini Dan selamanya..

    BalasPadam
  11. Kak azie sayangggg ❤ dulu kita dah try sup tulang power kakak... memandangkan esok raya kita nak try pulak resepi lontong kakak.... i ♡ u kak Azie syggggg

    BalasPadam
  12. Baru nk buat esok.1st timer.. tapi tempe goreng tu masuk bila ya? Atau letak di atas bersama telur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masuk tempe sikit dalam kuah. Saya suka masukkan tempe ranggup masa nak makan. Jadi tempe ranggup. Ada dua tempe lembik dan tempe ranggup. Semua ikut citarasa masing masing.

      Padam
  13. Kenapa perlu diasingkan santan cair & pekat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena asingkan supaya santan tak berketul bila tidak dikacau dengan baik. Bila dah masak, baru masuk santan pekat. Masak seketika supaya tidak pecah minyak.

      Padam
  14. Kalau tak letak sengkuang sedap tak? Sengkuang susah cari sekarang hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer tk letak. Ada ketika saya pun tak letak

      Padam
  15. Salam. Resepi ni untuk hidangan berapa org ya ? Sy nak buat untuk 2 org je hehehe

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum...nak ucap terima kasih sgt2 dgn puan sebab kongsi resepi lontong sedap ni..saya dah gunakan resepi ni sejak 2015 dan Alhamdulillah setiap kali open house mmg kwn2 request lontong ni.

    BalasPadam
  17. sy ni kerjaya yg super duper bz.. tak penah masak selama 6 tahun kawen.. mmh tak reti langsung.. bcoz of ur blog.. alhamdulillah.. segalanya berubah tahun ini.. more than 25 resepi dah buat untuk suami..tq so much kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Teringin nk kenal dg puan.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.