Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 29 September 2013

Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap





Sebelum menulis berkenaan resepi, hari ini saya nak kongsikan sedikit antara intipati kuliah Dhuha Ustaz Iqbal, surah Al Baqarah ayat 118-121 di mana ditunjukkan tentang kejahilan orang jahiliah yang tidak berilmu bila berdebat dengan Allah SWT. Mereka mungkin mempunyai ilmu tapi tidak menghujahnya dengan berilmiah. Sedangkan Allah telah memberi petunjuk yang jelas pada setiap Rasul dengan mukjizat masing masing tetapi orang Yahudi dan Nasrani sangat degil. Orang Yahudi tidak akan sekali kali mahu mengikut kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam Al Quran walaupun berita tentang kelahiran dan kebenaran Rasulullah telah dinyatakan dalam semua kitab kitab sebelum ini. Sebaliknya Nasrani, golongan yang sesat masih ada harapan di mana mereka kesemuanya akan memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Isa. Orang Nasrani mengenali Nabi Isa sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri. 

Rasulullah SAW berpesan supaya kita tidak terikut dengan program Yahudi seperti contohnya berpuasa di hari As Syura, cara menyimpan janggut misai dan banyak lagi. Pada golongan Yahudi, mereka diberi kelebihan di dunia tetapi belum tentu selamat di akhirat. Dalam kehidupan kita sekarang inipun, banyak diterapkan kehidupan Yahudi secara tidak kita sedari seperti tandas yang tidak disediakan air sebaliknya hanya ada tisu.

Sebagai kesimpulan, kita kenalah dekatkan dengan Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, dengan hadisnya. Beli dan baca buku berkenaan hadis hadis. Jangan ikut program Yahudi, perbanyakkan membaca Al Quran juga memahami kandungannya. Sebaiknya dibaca terjemahan dulu sebelum dibaca ayat bagi menambah penghayatan. Akhir sekali, kena yakin dengan seyakin yakinnya bahawa satu hari akan tiba bila Allah akan membalas kebaikan kita. Pada masa itu, tiada pertolongan melainkan pertolongan Allah. Dan takutlah kamu pada satu hari yang tidak boleh menebus satu jiwa dengan jiwa yang lain. Juga tidak diterima ketika itu, apa bentuk keadilan dan tidak boleh menolong orang lain. Itulah hari pembalasan.....

Berbalik pada resepi pula, telah lama saya ingin membuat biskut ala ala Famous Amos terutama bila melihat ramai kawan kawan yang telah menayang di blog masing masing. Saya sebenarnya tak pernah membeli biskut yang "high end" ini walaupun saya sangat menggemarinya. Saya hanya akan makan biskut Famous Amos yang dibeli oleh anak anak. Bukan apa, macam terasa sayang duit nak membayar semahal itu untuk biskut yang sedikit jer. Tapi anak anak memang mereka tak kisah asalkan mereka suka. Malahan semasa majlis pertunangan Nana, juga disediakan biskut Famous Amos dalam salah satu dari hidangan candy buffet.





 Sebenarnya dah banyak kali saya menyalin resepi Famous Amos yang dikatakan resepi asal yang dibeli oleh seorang pelanggan dengan harga yang mahal. Oleh kerana tidak berpuashati dengan cara isu yang ditangani oleh pihak Famous Amos, dia telah bertindak memyebarkan resepi di laman web. Walaupun dah lama menyimpan hasrat untuk membuatnya, ianya tinggal hasrat semata mata sehingga lah saya ternampak gambar kejadian biskut Famous Amos di blog Cahaya Cinta Ku kepunyaan Ana Suzana yang sangat menggoda hati saya. 

 


Biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya, ianya adalah setanding sahaja dengan keenakan biskut Famous Amos yang sangat mahal itu. Bagi kawan kawan atau anak anak yang sukakan biskut ini, bolehlah cuba membuatnya sendiri. Selain dari walnut, boleh juga dimasukkan kekacang lain atau biji bunga matahari yang juga sangat sedap. 





Jom kita tengok resepi di bawah ini yang telah ditulis untuk separuh adunan. Separuh adunan dapat menghasilkan 55 keping biskut. Jika mahu buat adunan penuh, gandakan sahaja bahan bahannya kecuali telur masih menggunakan 1 biji ya. Hari Raya Aidil Adha pun akan menjelang tak lama lagi, jadi bolehlah kita menyediakan biskut ini untuk hidangan tetamu yang bakal berkunjung. Lagi pun sangat mudah dan cepat jer untuk menyediakan biskut yang fofular seantario dunia ini.



Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 





Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.






Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.






Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.







Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.



38 comments:

  1. sedapnyer..must try recepi memandangkak anak suka..thnks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya. saya memang suka biskut-biskut macam ni :)

    dill.

    ReplyDelete
  3. tme kasih kak kerana bkongsi ilmu dan resepi..nt jemput la singgah blog saya http:///nzaralisya.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam, Kak Azie. Anak sy selalu mintak sy belikan biskut ni. Tapi mcm kata Kak Azie, tak tergamak nak bayar mahal utk biskut yg sedikit. Harus sy cuba resepi ini utk dia, hehe. Sbenarnya dah byk kali pun jumpa resepi ni tapi tak pernah terrrrrrrrrrracun sampai macam ni.. betul2 pandai Kak Azie susun ayat tauuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hahaha senang sangat. Main kacau kacau jer, siap utk dibakar

      Delete
  5. Boleh sy tahu belajar kelas duha tu kat masjid mana? kalau belajar dikelana jaya sy teringin nak turut sama ...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kota Damansara Surau Ad Dhuha. Sgt best Ustaz Iqbal ni. Blh sama sama perbetulkan bacaan sebelum tafsir. Sebelum tu solat Dhuha berjemaah

      Delete
  6. Bestnye kalu dpt wat biskut camni...vanilla extract tu ape ye kak Azie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vanilla extract sama dg esen vanila. Cuma lebih pekat dan lebih berperisa. Blh juga guna esen vanilla.

      Delete
  7. Macam terbau-bau je aromanya ketika sedang di bakar... hmmmm!

    ReplyDelete
  8. Dah buat..senang sgt2..sedap plak tuh....mohon share ye..singgahlah blog saya :)

    http://pdajawe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Baru buat ptg tadi. Sedap dan tul cam rasa famous amos. Buat adunan penuh. Gunakan badam cincang dan setengah adunan letak kan m&m diatas. Minggu depan nak try kek pelangi lak. Terimakasih byk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak terasa lepas sekeping sekeping makan biskut ni.

      Delete
  10. as-salam k.azie,
    saya confuse tang mentega or butter. Mentega dlm resepi k.azie ni i.e. cam jenama Planta tu ke atau Buttercup? Mohon tunjuk ajar..
    TERIMA KASIH... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sufea,
      Mentega dalam BM dan butter in english. Sama lah. Ada macam macam jenama butter spt Anchor, Presidents dan yang bukan pure butter macam Buttercup. Planta adalah majerin. Dua dua pun boleh guna cuma akan memberi rasa yg berbeza. Butter lagi sedap lah.

      Delete
  11. Kenapa saya buat dia jadi kembang dan leper..sebab pakai mixer ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat kecik tinggi. Cuba tgk gambar sebelum dibakar. Jadi tak lah besar dan leper sangat

      Delete
  12. Mmm....sy dh cube n rasenye mmg sedp dan superb. Cume yg mule2 bakar tuh terhangit ckit. Yg lain semue ok je. N sy pun dah try kek coklet kukus moist. Mmg mnjadi n plan skrg utk memasarkan produk. Heheh....tq sis

    ReplyDelete
  13. Tumpang tnya Pakai whisk tu mcmne etk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul guna alat pemukul telur tp pukul sikit sikit jer. Tengok dlm gambar di atas tu.

      Delete
  14. macamana nk tahu sukatan tepung jagung yg mengikut kesesuaian kekerasan adunan ya?

    ReplyDelete
  15. kak azie sy dah buat tp sy dah letak adunan dlm fridge and sudu kan mcm pic kak azie tp tekejut bila masuk oven dia cair jadi macam lautan biskut atas trail tu
    nak bg pic macamana eh

    ReplyDelete
  16. Salam..tumpg tnye ye..sb dan sk tu ape ye? Hehe..xfhm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sb sudu besar dan sk sudu kecil

      Delete
  17. Bakar api ats bwh or api bwh sj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana mana resepi jika tak disebut, maknanya bakar macam biasa api atas dan bawah, kecuali disebut

      Delete
  18. terima kasih atas resepi ni.. x sbr nk cuba.. kalau beli kat kedai mahal..

    ReplyDelete
  19. Nampak Sedap . nk tanya kalau nk buat resepi penuh bahan lain kira camne ye kak?maklum la ramai rakyat kat rumah ni...

    ReplyDelete
  20. Kak Azie, saya dah cuba buat..tapi adunan tak jadi lembik seperti mana gambar yg kak azie tunjuk sblm di sudu dan dibakar tu..saya pelik lah..mm..lepas dah whisk bahan A, saya day ayak bahan B, saya masuk kan semua bahan diayak dlm adunan bahan A, dab saya kacau guna spatula spt kak Azie suruh..tapi pelik nye, dia tak jadi lembik, malah jadi dough pulak..kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sebab sukatan bahan. Guna cawan standard.

      Delete
  21. Cawan standard? Mm..saya guna measuring cup tu..tak boleh ye? Tapi apa pun, saya dah bakar tadi..Alhamdulillah..jadi la kak..risau sgt saya klu tak jadi..rasa dia pun sgt sedap..huhu..tq kak Azie..

    ReplyDelete
  22. kak , sya mintak izin share yer..nk tnya, blh x ganti myk jagung dengan minyak masak biasa?tq kak

    ReplyDelete
  23. guna telur gred C boleh ke..tu je ada dalam stok sy.tq

    ReplyDelete
  24. Terima kasih Azie. Saya dah try. Mmg mjadi. Rangup.#ubat release stress

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.