Iklan Nuffnang

Iklan

30 Ogo 2013

Nasi Goreng Cili Merah Di Malam Hari Kemerdekaan Ke56


  




Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke56 dan semoga negara kita akan terus berada dalam keadaan aman damai serta sejahtera. Kita perlu bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini. Lihatlah sendiri bagaimana kekacauan di negara negara luar terutamanya Mesir yang sedang bergolak. Orang Islam membunuh sesama Islam. Dalam erti kata yang sangat bermakna orang Islam menolong kerja kerja orang Yahudi. Betapa sedihnya melihat perang sesama sendiri. Jadi tanggungjawab semua untuk menjaga kemerdekaan yang kita ada hari ini. Jangan biarkan negara dan diri kita dijajah lagi samada secara terang atau tersembunyi. 

Berbalik kepada nasi goreng ini, sebenarnya Juita yang ingin makan nasi goreng untuk makan malam. Hubby pulak sangat mementingkan makan anak anak dari pagi, tengahari dan malam. Dia akan memastikan anak anak makan dan kekenyangan. Bukan sahaja anak anak yang kecil tapi anak yang bekerja juga diambil berat, terutama Nana yang selalunya balik kerja agak lewat. Jadi hubby akan memastikan makanan untuk Nana tersedia di atas meja makan. 





Sempena malam kemerdekaan, kami tidak kemana mana, jadi saya pun dengan sukarela masuk ke dapur bila mendengar hubby membasuh beras untuk memasak nasi. Beras basmathi yang hubby beli sekarang memang menghasilkan nasi yang sedap. Teringat masa dulu, kami tak kisah sangat dengan beras yang dibeli. Malahan saya tak tahupun yang ada beras yang sedap dan yang tak sedap. Semasa baru berkahwin, kami selalu juga membeli beras di Kelantan, samada cap Arnab atau Cap Pisang mengikut jenama yang dicadangkan oleh abang ipar. Pendekkan cerita, kami beli jer apa apa beras sehingga satu hari Nelly meminta dibelikan beras yang mahal selepas dia makan nasi yang sedap di rumah kawannya. 

Hmm kembang hidung jap bila hubby memuji nasi goreng saya yang sedap malahan lebih sedap dari nasi goreng di Restoran Waneeda.  Hahaha pandai jer memuji ya. Apa apa terima kasih kerana memuji. Hubby saya ni, memang jenis jarang memberi pujian. Nasi goreng ini bertambah sedap bila dimakan dengan ikan kering keropok yang dibeli di Sabah. Macam keropoklah rasanya yang rangup. Huhuhu  sedap bertambah tambahlah pulak....



Nasi Goreng Cili Merah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
6 batang kacang panjang - hiris kecil
6 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
4 batang cili merah - buang biji dan tumbuk kasar dengan sedikit belacan
2 biji telur
1 mangkuk udang - buang kulit
Garam

Bahan hiasan:
Daun sup
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga keperangan. Masukkan cili tumbuk dan goreng lagi sehingga wangi.





Masukkan kacang panjang dan kacau rata rata. Kemudian masukkan udang dan dikacau seketika sahaja kerana udang akan kecut bila digoreng lama. 





Ketepikan bahan lain dan tuangkan telur yang telah dipukul sedikit dengan garfu. 





Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut pada nasi. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.





Sebelum dihidangkan, tabur daun sup dan bawang goreng. Sedap dimakan dengan ikan kering keropok yang rangup. 







4 ulasan:

  1. sedapnya....dah lama tak masak nasi goreng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Kami pun dah lama tak masak nasi goreng. Selamat Hari Merdeka

      Padam
  2. Salam hari merdeka yang ke56... Salam nasi goreng sedap.. Hehehr

    BalasPadam
  3. sedapnya..teringin plak..huhu..salam, reader baru

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.