Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 21 July 2013

Daging Sekilo Bawang Sekilo






Resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo ini saya ambil dari dapur Amie yang memang menpunyai banyak koleksi masakan yang sedap sedap. Walaupun saya dah menyalin resepi ini, agak lama, tapi tiada rancangan untuk membuatnya dalam masa terdekat. Sehinggalah hubby membeli 3 kilo daging yang segar dari sahabat kami. Hubby mencadangkan supaya dimasak untuk dibuat hidangan berbuka dan bersahur di samping untuk masakan rendang. Tunggukan resepi Rendang Daging Perak Istimewa saya di entri akan datang. 




Kali ini saya menggunakan pemanggang ajaib yang dah lama tersorok di dalam kabinet. Dengan ini, kerja memasak daging menjadi lebih cepat kerana ia berfungsi seolah pressure cooker juga kerana wapnya terperangkap di dalam pemanggang. Jadi masa memasak memang menjimatkan.

Sebelum kita tengok resepi, saya ingin kongsikan apa yang dikongsikan oleh Ustaz Said semasa kuliah Subuh di Surau Ad Dhuha. Dikongsikan bahawa kalau kita buat kerja, tapi tidak dapat syurga dari kerja itu, maka ianya adalah tipu daya semuanya. Betapa dunia ini penuh dengan tipu daya. Jadi biarlah apa yang kita buat, semuanya kerana Allah Taala, semuanya kerana perintah Allah. Jadi apa apa pun biarlah berpada pada, jangan dalam hidup ini hanya dikejar duniawi. Jom kita layan resepi dulu....



Daging Sekilo Bawang Sekilo

Bahan-bahan:
1 kg daging - potong kecil-kecil
500ml  santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 kg bawang besar - potong kasar-kasar
15 biji cili merah - potong nipis-nipis
3cm halia - tumbuk
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Garam dan gula
1 sudu teh pes asam jawa

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi. Masukkan lada merah dan dikacau hingga layu.






Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging layu dengan menggunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.





Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan dan renihkan.







Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak. Siap dan bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi impit/ketupat/roti dll.





Nota:
Waktu memasak daging adalah 2 jam tidak termasuk waktu penyediaan bahan.



9 comments:

  1. perhhhh....sedapp daging masak gini..

    ReplyDelete
  2. Just mouthwatering...looks delicious!

    ReplyDelete
  3. Terhidu baunya yang enak lazat terbit dari bawang besar yang hancur lunyai tu Azie... sedap betul kalau dapat makan dengan nasi himpit. Tq sudi cuba resepi ini ye Azie.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Azie, kiranya mcm masak rendang ye? cuma tak guna rempah2. Senang betul....pemanggang ajaib tu boleh reneh juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Zana,
      Pemanggang tu utk percepatkan daging empuk jer. Lepas tu, pindah semula dalam kuali.

      Delete
  5. alaaa..lupa pula nak minta share nasi ayam kak laily ke blog, minta izin ye Azie. tq.

    ReplyDelete
  6. wahhhhhhhhhhhhhh

    kak azie ...tq utk resepi nih . Nanti nak try la nampak sgt sedap

    ReplyDelete
  7. Azie, this dish uses lots of onions and must be very delicious! I saw your comment on my blog on steamed fish recipe. I have but have not posted as yet. If you want good steamed fish recipes, please head over to Kimmy's blog at http://kimmy-cookingpleasure.blogspot.com/. She does quite a few varieties of steamed fish because her hubby loves to catch fish :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.