Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

16 Jun 2013

Moist Muffin Pandan






As salam dan selamat berhari minggu buat semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Hari Bapa kepada semua bapa bapa terutama my laling Hubby yang sangat saya sayangi dan yang juga sangat menyayangi saya. Setelah sekian lama, saya berehat dari masak memasak, hari ini saya tiba tiba terasa ingin nak membuat Muffin Pandan yang saya ambik resepinya di blog Inahar. Sebenarnya saya dah lama nak membuat muffin tapi yang dirancang adalah muffin pisang. Namun hari ini, bertukar ke muffin pandan setelah terbaca yang muffin ini sangat gebu dan lembab. Saya memang sukakan kek, cupcake atau muffin yang lembab lembab.

Sebelum itu, saya nak kongsikan sedikit intipati kuliah Surau Ad Dhuha malam tadi berkenaan dengan orang orang bangsa Yahudi dan Nasrani yang suka mengubah, menukar dan memesong kandungan kitab suci mereka iaitu Taurat dan Injil. Agama sejak Nabi Adam adalah agama Islam yang mengajak manusia kepada perkara yang sama, cuma syariat yang sedikit berbeza. Kesemua kitab kitab yang diturunkan mengajak manusia berubah dari kezaliman kepada keadilan, kejahilan kepada pencerahan ilmu, penyembahan berhala kepada penyembahan Allah. Yang berbeza hanyalah nama Rasul dan nama kitab.

Al Quran adalah kitab yang kandungannya mengandungi  kebenaran. Al Quran juga mengesahkan isi kitab suci yg diturunkan sebelumnya iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Al Quran tidak bertentangan dengan kitab kitab ini, tetapi orang Yahudi yang telah memesongkan  kandungannya. Seperti sabda Nabi, ada antara Yahudi yang sikapnya mengubah, menukarganti dan memesong kitab Taurat dan Injil. Yahudi sangat bijak pandai kerana  bukan mudah untuk menukar dan menyusun atur dan menulis semula kitab yang telah diubah. Antara yang disembunyikan ialah sifat sifat Nabi Muhamad dan kedatangannya yang memang disebut dalam kitab mereka. Yahudi sepatut boleh menggunakan kitab mereka sendiri sebagai penentu sesuatu isu tentang Islam dan kebenarannya seperti kerasulan Nabi Muhamad, hukuman rejam ke atas penzina yang telah berkahwin, isu keperluan 4 saksi dsb. Ini adalah satu mukjizat Nabi yang buta huruf. Ianya bukan suatu kelemahan kerana ianya menunjukkan Nabi dibantu Allah kerana bagaimana baginda yang tak boleh membaca dan menulis boleh mencari sumber dokumentasi dan membawa sesuatu isu yang terkandung dalam Taurat dan Injil yang disahkan kandungannya dalam Al Quran. Orang Yahudi menolak perdebatan di Al Madaris dengan menggunakan kitab mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka tahu kebenarannya tetapi enggan menerima Nabi Muhamad yang bukan dari kalangan Yahudi, tetapi berbangsa Arab.





Berbalik kepada muffin yang sangat mudah dan cepat disediakan ini, memang benar apa yang ditulis oleh kawan kawan yang telah mencubanya. Muffin ini naik dengan cantik, rasanya pulak memang gebu dan moist serta berbau sangat harum. Saya menggunakan cup kecil dan rasanya dibakar dalam 25 minit sudah mencukupi. Tadi saya membakar selama 30 minit dan leka untuk check selepas 25 minit. Resepi ini menghasilkan 14 biji muffin yang comel saiznya. Kalau ada yang mahu menyediakan hidangan petang dengan cepat dan sedap, saya cadangkan supaya mencuba resepi ini. Jom kita tengok resepinya....




Moist Muffin Pandan

Bahan bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder 
1/2 sk bicarbonate soda 
1/2 sk garam
120gm gula kaster
200ml santan - guna 100 ml santan kotak & 100 ml air
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 sk pandan paste 
1/2 sk pandan essence - tak letak
Sedikit pewarna hijau - tak letak
Badam hiris atau apa yg disukai - tabur 

Cara cara:
1.  Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups. 
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata. 
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati. 
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. 
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.






  

13 ulasan:

  1. salam kak...
    geramm tengok mapin akak yg ontok gebu tu...
    letak santan...lagi best la rasanya...lemak2 gitu....sedapppp tu kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mas,
      Yg penting muffin ni sgt wangi

      Padam
  2. Assalamualaikum akak...
    nak mintaak akak halalkan apa2 yg sy amik(resepi) yeeee
    moga murah rejeki
    Ijan

    BalasPadam
  3. As'salam kak azie...kalau nk order pandan muffin cake ni akak ambil x???..dan mcm mane kire ye..;p




    ~ alen mohd yasin ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alen,
      Saya ada ambil order secara sambilan tapi kini, saya tak berapa sihat untuk menerima tempahan

      Padam
  4. Ok...moga akak cepat sihat ye..teringin nk rase muffin dr akak..;p

    BalasPadam
  5. salam..
    suke tgk blog akk y dipenuhi kek2 y comel2 y buat sy terliur slalu.haha
    nk buat pandan paste mcmane? mintak izin copy resepi ye..~

    BalasPadam
  6. kalau santan ganti dgn susu boleh tak.

    BalasPadam
  7. salam
    saya mintak izin guna link untuk resepi ni ye

    BalasPadam
  8. Salam .Saya dah buat knp pahit pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti ada yg terlebih tu. Mcm pewarna ke. Tak pasti pulak

      Padam
  9. salam akak brp lme muffin bole btahan ye.if mjlis esok bole dibuat awl shari atau mcm mane...tq

    BalasPadam
  10. Salam kak..sy try resepi akak jd kek..baru buat..doakan jadi ye..sbb takde muffin cup..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.