Iklan Nuffnang

Adsense HTML

2 May 2013

Ikan Bakar Bercili





Semasa bersembang dengan Kak Yah, rakan surau Ad Dhuha di telefon berkenaan dengan pemanggang ajaib, Kak Yah tercerita cara dia menyediakan ikan bakar bercili. Apa lagi, saya pun cepat cepat menyalin resepi Kak Yah itu. Maklumlah Kak Yah berasal dari Kelantan dan semua masakan Kelantan pulak adalah makanan kegemaran saya. Jadi nampak gaya kenalah saya selalu berguru dengan Kak Yah bab memasak masakan Kelantan.

Jom kita tengok resepi mudah ini...



Ikan Bakar Bercili

Bahan bahan:
Ikan selar - dikelar
5-6 batang cili kering - tumbuk
Garam
Asam jawa
1/2 biji bawang besar - hiris nipis 
Cara cara:
Gaul semua bahan di atas dan dilumur pada ikan. Perap seketika.




Bakar menggunakan pemanggang ajaib sehingga masak. Balik balikkan sehingga kedua dua belah ikan masak.


Nota:
Jika ingin digoreng, gantikan asam jawa dengan sedikit cuka bagi mengelakkan ianya menjadi hitam.

8 comments:

  1. Wow! menyelerakan... resepi Kelantan mmg best...!!

    ReplyDelete
  2. wah rajin panggang ikan ye sejak ada yg ajaib ni kak azie..zila pun nak carik la ajaib ni..

    ReplyDelete
  3. hmmmm sedapnyaaaaa... terliur tengok ikan bakar bercili ni.. boleh praktik kan gak.. menu sihat kan..

    ReplyDelete
  4. Salam. Pn.Azie, terima kasih atas resepi nasi beriani pakistan. ya ampun memang sedap sangat bila dicuba.
    Hidangan tersebut boleh isi banyak perut di rumah, bawa ke pejabat dan untuk cikgu taska anak.
    alhamdulillah semuanya cakap ya ampun sedap...terima kasih juga atas journal percutian puan.
    memang memberi panduan buat musafir yang ingin berkelana.hehehe -UF

    ReplyDelete
  5. Salam kak,inshaAllah selepas hbs pantang ni pasti sy cuba..almaklumlah hubby sy pun org kelantan ...kak cubalah pula masakan belut...pasti lebih menyelerekan n kekalkan step by step ye kak....nurul masih dlm berpantang surgeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Nurul,
      Selamat berpantang. Saya sebenarnya tak boleh makan belut, mmg tk boleh wp dah cuba makan kat restoran Jepun.

      Delete
  6. sedapnya, tmbh pula klu ada lauk singgang atau asam rebus..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.