Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

12 Apr 2013

Surat Surat Menjadi Saksi Cinta







Kalau di entri sebelum ini saya tuliskan berkenaan dengan kad kad ucapan yang diterima sempena hari istimewa klik di SINI. Kali ini saya ingin menulis berkenaan koleksi yang sangat sentimental. Koleksi sebagai tanda keagungan cinta kami walaupun tidak sehebat Romeo and Juliet. Tetapi ianya penuh dengan pelbagai cabaran serta suka dan duka. 


Kemudahan perhubungan yang ada zaman kampus saya hanyalah public phone. Oleh kerana itu, student hanya ber dating samada di bilik bacaan atau di dewan makan atau di gerai Sahor. Itu lah juga antara sebab gerai Sahor menjadi sangat nostalgia di kalangan sebahagian penghuni kolej. Masa tu tidak boleh nak bergayut di handphone atau ber sms apalagi ber whatsApp seperti sekarang. Semasa cuti penggal pengajian, semua siswa dan siswi balik ke rumah masing masing. Semasa saya bergelar mahasiswi, Universiti Malaya masih mengamalkan sistem penggal. Siswa akan belajar untuk setahun dan menduduki peperiksaan pada akhir tahunnya. Agak sukar juga kerana ujian dan peperiksaan berdasarkan subjek yang diajar untuk tempoh setahun. Berbanding dengan sistem semester, saya rasa sistem penggal lebih mencabar.

Teringat lagi semasa cuti balik kampung sempena cuti penggal pertama, saya menerima sekeping poskad pertama dari sidia yang ketika itu, masih lagi tahap boyfriend. Tak pasti kalau ketika itu, dia boleh dianggap sebagai special boyfriend. Ya lah sebab dia tak pernah mengungkap kata cinta sayang tapi selalu mengajak saya keluar makan makan, belajar bersama dsb. Walaupun tanpa ungkapan kata cinta, kita boleh merasakan jika disayangi. Kehadiran poskad itu, sangat sangat di luar dugaan dan pastinya menbuatkan saya sangat gembira. Begitulah untuk cuti cuti berikutnya, dia selalu mengutuskan surat surat. Alahaai tulisannya konsisten cantik dan bahasa yang berbunga bunga.





Saya yakin setiap percintaan pasti diuji untuk mengetahui kalau ianya adalah cinta sejati kita. Percintaan kami juga diduga dengan hebat sehingga memberikan kekecewaan yang mendalam pada saya di suatu ketika. Saya tidak bersedia untuk menulis sebab terputusnya hubungan kami, kelak luka lama berdarah kembali. Tapi yang ingin saya tulis adalah di kala saya membina semula kebahagiaan, sidia merayu ingin kembali dalam seutus surat yang dikirim melalui seorang coursemate. Ketika itu, saya pasti bersedih tat kala mendengar lagu juara Anugerah Juara Lagu iaitu Sekadar Di Pinggiran nyanyian Francisca Peters yang tengah meletup kerana lirik dan bait bait lagunya menyamai kisah saya sendiri. OK kita tinggalkan kisah sedih kerana yang mahu diceritakan di sini ialah bagaimana surat menyurat memainkan peranan dalam menyatukan kembali hubungan cinta kami.

Semasa sidia mula bekerja di UiTM Pahang, saya masih berada di tahun akhir pengajian. Oleh kerana berjauhan, lagi  kerap dia mengutuskan surat untuk saya di kolej terutama di musim peperiksaan, sidia akan menghantar surat yang hampir terkini di saat saya menerimanya. Kalau esok saya mempunyai exam paper ABC, surat yang diterima hari ini juga berkenaan paper ABC. Ada surat yang dilampirkan duit juga. Tunai lagi. Pernah suatu masa, sidia menghantar telegram. Sungguh terkejut mendapat telegram, maklumlah saat itu, yang terfikir adalah jika ada kecemasan. Tapi rupanya dari sidia yang memberitahu akan menelefon pada waktu tertentu. 






Setelah saya mula bekerja, medium perhubungan antara kami mula berubah walaupun masih ada surat surat. Sidia akan menelefon saya di pejabat. Hmmm secara kesimpulannya, memang perhubungan cinta kami banyak melalui surat menyurat. Sehinggalah kami berkahwin dan saya balik ke kampung untuk menjalani tempoh berpantang di sana. Itulah antara surat surat terakhir yang hubby utuskan untuk saya dan Nana di kampung. Selepas itu, tiada lagi surat menyurat kerana kami tidak pernah lagi berpisah dalam tempoh yang lama. Saya menjalani tempoh pantang anak anak seterusnya di KL. 




Kesemua surat surat itu masih tersimpan rapi dan tidak dibenarkan sesiapa pun menyentuhnya. Betapa ia menyimpan rapi selok belok dan liku liku percintaan kami yang penuh suka duka 29 tahun yang lalu. Saya pernah menulis untuk dijadikan novel cinta namun ianya terhenti separuh jalan dek kesuntukan masa. Begitulah kisah saya dan sidia yang akhirnya kini menjadi suami. Betapa Surat Surat Cinta Menyaksikan Segalanya...


12 comments:

  1. As salam azie,

    Adat bercinta, bertunang apa lagi dalam rumahtangga pasti ada dugaannya. Terpulang lah kepada seorang bagaimana untuk menhadapinya namun kalau sudah tertulis jodoh pasti tidak kemana walau macamana hebatnya dugaan itu..
    Lucky u.
    Semuga jodoh u kekal hingga ke syurga.

    Take care.

    ReplyDelete
  2. salam kak azie..waduh asyik masyuk saya membaca ayat2 indah kt entry akak nih..penuh memori kan kak! saya pn msh menyimpan surat2 cinta dr cikabe..cumanya bnyk gak yg telah hilang masa berkemas pindah randah umah..alahai!

    ReplyDelete
  3. Aiyo, Azie! So romantic! You are right, there are moments of hurt and pain in relationships but if both are fated to be together, you will be together. I feel a lot better after reading your story because I pun face challenges tapi sayang punya pasal, I banyak bersabar and we are still together sampai sekarang :)

    ReplyDelete
  4. Kak Azie, nostalgic sungguh. Lin hanya silent reader blog kak azie, tapi tiap-tiap hari mesti nak baca coretan kak azie.Suka dan mengasyikkan terutama bila bab-bab kenangan lama. termasuk yg lalu - rumah pusaka kak azie. Telegram yang mempunyai sentimental value - dah 26 tahun tu.
    Budak-budak sekarang, telegram pun mungkin tak tau. Isi hati ,luahan rasa memang syahdu kalau dalam bentuk tulisan berbanding 'live' . Semoga kak Azie diberi kesihatan yg baik untuk terus menulis ....

    lin, johor bahru

    ReplyDelete
  5. alahaiiiii romantik sangat

    misti lagi indah kan bila anak anak dah besar2 ...then bukak balik surat surat tew ...

    alahaiiii asal Moon plak yg tetiba feeling plak neh ...Kak Azie ....beshhh nyaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. kak zie setiap kali sy masuk jenguk blog akak dr dulu penulisan akak memberi seribu makna..kak zie seperti wae dan mama sy masih menyinpan surat-surat cinta ini..mama pun surat cintanya di tulis dlm bahasa jawi lagi..jangan tak tahu foto-foto mama berpelukan dgn wae di tepian pantai syahdu penuh bermakna..itulah dunia dulu dan dulu serba srbi sederhana!semoga llah panjatkan usia yg panjang dan kesihatan terbaik buat anda berdua selamanya...

    ReplyDelete
  7. n3 kak Azie kali ni mengimbau nostalgia dolu-dolu...tp kami berdua tak romantik langsung..takde surat2 ni...kalo ada pon kad dgn sebaris ayat setahun sekali..hehehe...best kn kalo romantik2 camni..bole feeling2 gitu!

    ReplyDelete
  8. i like kak...sebab sy suka tulis surat dolu2...heheh

    ReplyDelete
  9. romantiknya kak.. sekarang telegram dah hapus. lama tuh..

    ReplyDelete
  10. mak aih kak....memang best la banyak surat cinta. Nampak sgt hubby akak nie penyayang orgnye. Semoga hubungan kasih sayang akak dan suami kekal hingga ke syurga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.