Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

11 Apr 2013

Koleksi Tidak Ternilai







Terjaga dari lena yang panjang, saya menyandar dengan kepala yang masih kosong. Tiba teringat akan sesuatu. Saya memang seorang yang sangat sentimental, lebih lebih lagi di bulan April dan November. Cepat cepat saya mengambil ipad dan mula menulis. Apa yang saya tulis? Kali ini ianya tidak berkaitan dengan masakan. Seperti biasa, apa yang saya tulis adalah sesuatu yang spontan, dari kepala terus ke jejari menekan di key board ipad. Saya tidak mempunyai masa untuk menulis dan mengedit bagai. Itulah cara saya. Ianya umpama menulis diari di zaman zaman dulu. 

Zaman sekarang bukan lagi seperti zaman zaman dulu. Dulu tiada handphone, tiada internet dan rasanya komputer pun tak ada. Jadi kalau hari hari istimewa, hari perayaan, hari jadi dsb, kad kad ucapan dihantar sebagai pengganti diri. Serius, saya sangat merindui detik detik itu yang dirasakan lebih dihargai.






Saya masih menyimpan kad kad ucapan dari hubby dan anak anak yang tersayang sebagai koleksi paling berharga dalam hidup saya. Antaranya yang sempat saya snap gambarnya seperti dipaparkan di sini. Setiap kali hari istimewa, selain kad hubby juga akan menghantar jambangan bunga ke pejabat. Kad ucapan hubby sangatlah romantis dan membuatkan saya terasa sangat disayangi. Lagi pulak janji hubby untuk menyintai saya sepanjang hayatnya.





Di bawah ini adalah gambar lukisan yang dilukis oleh Nelly sewaktu dia masih di sekolah tadika Sri Comel yang berhampiran dengan rumah kami di USJ. Dia memang anak yang bijak sedari kecil lagi.









Saya ingin paparkan di sini sebahagian dari koleksi kad ucapan sebagai kenang kenangan. Di waktu anak anak masih kecil, hubby akan menulis bagi pihak mereka. Kad kad ini dirahsiakan dari saya sehingga tiba harinya. Hubby akan pastikan setiap orang anak akan memberikan saya kad ucapan.

















Yang ini lagi membuatkan saya tersenyum dan ketawa sendirian setiap kali membacanya. Kad pemberian dari Aween. So sweet. Love you so much Aween.







Itu semua kisah zaman dulu yang telahpun berlalu. Zaman kini semuanya lebih ringkas, kebiasaannya menjelang detik hari istimewa, hubby dan anak anak akan naik ke bilik untuk memberi ucapan dan ciuman pada saya. Dalam kebanyakan masa, saya memang telah tidur pada masa itu. Selain itu, mereka juga kan menghantar sms untuk memberi ucapan. Nana yang walaupun ketika itu jauh di Egypt pasti akan menghantar sms tepat pada waktunya. Tapi sms bukan boleh disimpan, jadi yang ada hanyalah dalam memori. Selain itu, kami juga akan keluar makan makan di tempat yang istimewa, tiada lagi kek kek harijadi seperti zaman dulu, zaman anak anak masih kecil dulu. 

Tunggukan paparan lebih istimewa di dalam entri akan datang. Hingga jumpa lagi, salam sayang buat semua pembaca blog Azie Kitchen.



8 comments:

  1. Yeah thats what happen to me. All those days anak-anak akan buat kad sendiri but not now is just a text, hadiah, makan-makan, hugs and kisses. anyway syukur masih dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi kita dan yang penting..thots is counted kan azie!

    Love.

    ReplyDelete
  2. kenangan yg amat bernilai..

    ReplyDelete
  3. Tidak ternilai harganya kan kak...kad dari anak2 pun saya simpan tapi nak kena cari balik dan kumpulkan satu tempat ^_^

    ReplyDelete
  4. sebelum ni saya dan adik adik juga suka buat kad sbg hadiah utk mama kami, tapi sejak saya dah bersekolah menengah dan tinggal di asrama, saya lebih suka belikan kad yg cantik sbg hadiah. cuma adik bongsu saya sahaja yg masih membuat dan menulis kad buat mama..

    ReplyDelete
  5. Auww....Azie, these cards are so touching! They are very precious, I do miss receiving hard copy cards. Nowadays family and friend prefer the electronic way. You have a very loving family and that is one of the greatest blessings in life. Your are a very lucky lady, Azie!

    ReplyDelete
  6. kak azie syahdu sungguh..baik di framekan..jadi koleksi in kekal hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan.

    Sweet sangat...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.