Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

10 Apr 2013

Kuih Talam Tokyo Yang Sedap






Kali pertama makan kuih ini semasa jamuan makan makan ETHICA di rumah Dato' Saleh di SINI. Pada mulanya, ingatkan ianya hanya Kuih Seri Muka. Kalau Seri Muka, macam tak teringin nak mencuba. Maklumlah malam malam makan pulut, kan. Tapi Dato' Saleh promote suruh juga dicuba kerana katanya sedap sekali. Ianya ditempah dari staf Datin Nursinah di Seremban. Kalau dah sedap, bukan cukup dengan satu, haa sampai 3 ketul. 


Dalam hati mula tertanya tanya, macam mana resepinya.  Dr Abdol Aziz Sahat macam boleh baca apa yang ada di fikiran saya bila dia terus menyampuk, haa Azie tu nak minta resepi lah tu. Adooi kantoi, kalau dah pakar motivasi tu, kepala kita pun dia boleh baca. Nak tanya Pak cik Google pun susah juga sebab nama kuih pun tak tahu. Tapi dengan sedikit pencarian, akhirnya jumpa. Ooohh Kuih Talam Tokyo. Dah berkenalan, tapi tak tahu nama giteww.. Manalah nak tahu nama ya, sebab saya belum pernah lagi menjejakkan kaki di bumi Tokyo tu. Janganlah pulak ambil serius, itu hanya sekadar nama. Orang Jepun pun tak tahu nak buat kuih ini,





Resepi Chef Asma ini ditemui di blog Damai Qalbu dan di blog Yatie. Tanpa berlengah, saya terus menyalin resepi. Suka hati sangat, ya lah kalau Kuih Seri Muka, jenuh nak habiskan bahagian pulutnya tu. Jadi kalau lapisan bawah hanya menggunakan sagu, ok lah. Tidaklah heavy sangat. Lagi pulak anak anak mungkin suka mencubanya. Dah bercakap pasal kuih Seri Muka, resepi terbaik pada saya setakat ini adalah di SINI. Memang sedap dan kejadiannya pun OK, membuatkan saya menyanyi keriangan. Puashati sangat sangat. Kalau kuih Seri Muka versi bakar di SINI. Pun yang terbaeeek.


Teringat lagi Dato Saleh malam tu dok mengajar kami supaya makan dengan diterbalikkan lapisan sagu sebagai permukaan atas kerana ada rasa manis dan lemak. Hahaha apa apa pun, memang sedaplah. Sedap dengan rasa sagunya yang kenyal kenyal lembut dan lapisan atas yang cukup kemanisan dan lemaknya. Serius tak tipu. Hubby yang biasanya tak berapa suka dengan kuih pun, boleh berulang alik ke dapur memotong sendiri kuih ini. Saya hulurkan sepinggan pada jiran sebelah rumah dan hidangkan sepinggan pada pekerja yang membuat penyelenggaraan di rumah kami. Jom cuba kerana cara menyediakannya pun sangat sangat simple. Gambar kat bawah ni, saya potong masa belum betul betul sejuk. Itulah rupanya jadi camni, tak kemas.






Kuih Talam Tokyo
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Untuk Lapisan Bawah:
300gm sagu kecil warna putih
60gm sohoon
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil. 

Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. 





Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.


Bahan Untuk Lapisan Atas:
4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur) 
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan blend rata. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.

Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.








44 comments:

  1. Assalamualaikum Azie,
    mmng sedapkan kuih ni, maaf ya tak terjawab pertanyaan Azie aritu...seeloknya mmng kena alas plastik loyang tu supaya tak melekat di loyang sagu tu..boleh je guna plastik putih biasa, potong ikut saiz loyang....tapi kira menjadilah ni...yg penting sedap dan di sukai satu family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keesokannya dah kurang sikit melekat dsn permukaannya pun tak licin sebb saya tak lap penutup pengukus tu.

      Delete
  2. pernah makan sekali talam tokyo ni..memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa first time makan, rasa sedap. Tu yang usahakan juga cari resepi

      Delete
  3. bleh penah mkn lg kuih ni..tp nti nk cuba la..nk rasa jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH, cubalah sedap sgt. Lebih ringan berbanding dg kuih seri muka

      Delete
  4. mak aiihh kak azie..memalam ni nmpak kuih talam tokyo nih terus berkeroncong bunyi pewut..adoyaai!!

    ReplyDelete
  5. Hi dear..mengegarkan iman orang puasa ni he2...tak boleh jadi ni kena buat jgk, tengok je dah menambat hati. U tau azie walaupun su ni hanyalah silent reader ur blog ni dah macam diary su pulak kalau tak buka 1 hari mcm rindu sgt2 its a must he2.. insyaallah satu hari nanti dapat jugak jumpa dgn tuan punya blog yang baik hati ni.

    Take care and hope you are fully recovered.

    Love.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much for your support. Alhamdulillah skrg ramai silent readers mula meninggalkan komen di blog ini

      Delete
  6. salam Kak Azie...sy dh lama usha talam tokyo ni tp agak skeptikal dgn penggunaan suun dlm kuih...hehehe...takut tak bule terima..eventho i'm not a fussy eater..anyway..kalo insan berpengalaman review sedap...esok juga sy akan buat!! thanks 4 sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Ummi,
      Sebenarnya tak rasa pun sohoon tu tapi rasa sagu dan kelapa. Serius sedap hingga kena tahan diri kot terlebih makan

      Delete
  7. Salam.saya br jer jadi peminat k.azie dah pernah cuba resipi donat kentang elok jer menjadi .mlm nie baru test talam tokyo cuma lembik bhgian atasnya.ngapa jadi cman tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat pun jadi lembik dan susah dipotong. Keesokannya barulah cantik dipotong. Kuih ini kena benar benar sejuk dan potong menggunakan pisau plastik

      Delete
  8. memang sedap kuih talam suji..akak rasa..tahniah..teruskan perniagaan

    ReplyDelete
  9. salam...nak tanya sukatan gula pasir 300gm utk lapisan atas, tak manis sangat ke?
    perlu dikurangkan or kekalkan dengan sukatan sebanyak itu...saya bukanlah 'sweet tooth'
    tapi nak mencuba, nampak yummy...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, saya mmg guna resepi ini tanpa diubah dan saya suka rasanya yg sesuai dg selera saya. Tapi jika tak suka manis, blh lah kurangkan gula

      Delete
  10. tak la susah sgt rupanya kuih nie....kena try la...

    ReplyDelete
  11. Mencari cari resepi kueh talam ni. Terjumpa disini...terima kasih kerana berkongsi resepi. Sy ingin mencuba untuk minum petang.

    ReplyDelete
  12. salam...kak azie. qist cuba taalam tokyo hari ni.... memang tak tahan baby dalam perut nak makan..hehehe.Harap2 menjadik

    ReplyDelete
  13. As salam kak Azie, saya mmg suka browse blog ini & resepi yg dikongsi mmg best! Saya ada pertanyaan, sekiranya saya tak gunakan air alkaline/air abu/ air kapur, adakah akan menjejaskan kuih talam ni? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bubuh pun ok tapi kalau bubuh tu, rasanya akan kenyal sedikit lah.

      Delete
  14. salam kak camner saya buat asyik lembik je org kata salah kacau macamana cara yg btl from ana

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum
    salam perkenalan..saya minta izin kongsi resepi yang sedap nie eik..tkash..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..first time mkn..oder dr cg anak..lps tu ank mula oder lgi ngn cg dia..x blh jd..kna cari resepi utk anak2..alhamdulillah..dah jmpa..mohon share resepi ye..nk try jgk..tenkiu ye sis.

    ReplyDelete
  17. Ooootq so much...saya pernah makan first time kat wedding anak ongkaya....memang sedap...saya akan cuba utk nak jual

    ReplyDelete
  18. tak pernah makan..tp rasanya mcam berminat nk mkn..nak tanya, yg sagunya tu... rasa nya tawar je ke? atau ada isi apa2.. maaf cuma tanya.. mungkin jg sy tak perasan resepinya ada tambah apa2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izanne,
      Boleh rujuk resepi kalau nak tengok bahannya. Sebelum dicuba kena baca resepi dulu, baru jelas mcm mana menyediakannya

      Delete
  19. Salam..boleh tahu..air alkaline tu maksudnya air penapis beralkali tu ke..

    ReplyDelete
  20. Salam k.azie,kalau guna perasa pandan yg kt kedai tu boleh x?

    ReplyDelete
  21. terima kasih puan.suma resepi dlm blog ni saya cuba mmg menjadi.moga ilmu yang puan kongsi akn melipat ganda rezeki puan..

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum..
    Sy Sal...
    Thanks kak Azie coz sudi berkongsi respi..
    Sal klu tringin nk makan n masak.. Sal akan buka blog Azie kitchen mmg apa yg nk semua dh ado kat sni....
    Thanks sekali lgi...

    ReplyDelete
  23. Salam Thanks kak Azie...
    sy trmkn talam ni kt kenduri pastu tanya kwn apa nama talam ni...last2 Google jgk nk buat bulan pose ni. thanks kak Azie. besok siang sy buat. wajib ni...hihi. selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  24. Tkasih kak azie sharing resepi talam tokyo. Sedappp sangat. Family semua suka sangat sangat kuih ni.

    ReplyDelete
  25. Pn Azie.. Mcm mana nak kasik lapisan bawah tu tak terapung bila kita tuangkan lapisan atas yg hijau tu?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Kak Azie
    terlewat sgt pertanyaan ini hehe

    Sohoon tu suun yg mcm.bihun tu ye

    Pernah rasa mmg sedap.talam.ni

    tu na.cuba buat
    tapi kene mk sure bahan2 betul hehe

    Thanks kak Azie

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum saya nak tanya talam ukur berada ye

    ReplyDelete
  28. Kak azie.. feberet kita ni.. tau mkn je.. ni bru tau nama dia.. simple aje rupanya nk msk nye.. nnt kna try...

    ReplyDelete
  29. Salam, kak azie..terima kasih sbb share resepi ni...baru mengenali kuih ni...sedap...nak tnya, kalo kite pakai sanran kotak macam mane ukurannya nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sama juga. Masukkan santan kotak, masukkan air dan sukat ikut sukatan diperlukan

      Delete
  30. baru ternampak blog ni sbb mmg nak try talam tokyo nih....nak tanye klu guna sagu yg beso boleh ke

    ReplyDelete
  31. Saya nak cuba resepi nie ye.minta izin dan terima kasih.ummu faiz.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.