Dalam saya tercari cari apakah kuih yang akan disediakan untuk majlis hi tea tempohari, sahabat baik saya, Yarina bercerita pasal keenakan kuih yang dibuat oleh mak mertuanya yang merupakan pakar dalam membuat kuih seri muka. Sangat teruja mendengarnya, saya terus meminta resepi dan terus menulis dalam ipad. Walau bagaimanapun saya tak jadi menyediakan kuih ini semasa hi tea atas sebab sebab tertentu. Jadi hari ini, selepas siap masak untuk breakfast, siap masak untuk lunch juga, saya meminta hubby ke kedai membeli santan kerana tiba tiba jer teringin nak membuat kuih Seri Muka Bakar yang tertangguh baru baru ini.
Saya memang nak mengumpul dan mencuba resepi resepi tradisional yang memang dibuat oleh orang orang tua kita dulu. Saya pun baru dapat tahu yang my mom pun pakar dalam memasak kuih muih. Malahan masa saya kecil my mom menghantar kuih yang yang dibuat di kedai kedai makan dan sangat laris. Antaranya adalah kuih bronok, tapai beras, lompat tikam, putu mayam dan banyak lagi. Mungkin masa tu, saya kecil lagi sebab saya tak dapat mengingatinya kecuali tahu tugas saya yang perlu mengisar tepung beras dan tepung beras pulut untuk dibuat kuih muih.
Yang seronok sikit pasal kuih ini ialah lapisan atas nya dibakar berbeza dengan kuih serimuka yang biasa dibuat di mana lapisan atasnya dikukus sahaja. Tambahan pula, pengukus saya pun tengah bermasalah, jadi eloklah juga mencuba kuih ini yang hanya dibakar. Ya ampuuun, semerbak bau dapur saya dengan bau kuih ini semasa sedang dibakar. Rasanya sedap sekali, pasti anda akan merasakan kelainannya dengan kuih serimuka biasa. Sangat sedap, sangat enak weh, adik kakok. Marilah cubo, baru tahu ....
Jom kita tengok resepi. Terima kasih kepada Yarina kerana telah sudi berkongsi resepi keluarga dia untuk dicuba ...
Kuih Seri Muka Bakar
Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus
sedikit minyak masak (esp, jika guna santan kotak)
Cara cara:
Rendam pulut sekejap. Basuh bersih dan toskan. Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang. Untuk kali ini, saya hanya membuat separuh sahaja dari adunan lapisan bawah, itu sebab ianya kelihatan agak nipis.
Kukus selama 30 minit. Bila masak, digaul rata dan pindahkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak. Tekan dan ratakan.
Bahan Lapisan Atas:-
4 biji telur
1 cawan gula
3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air daun pandan
1/4 sudu teh esen pandan
Sedikit pewarna hijau
Beberapa helai daun pandan
* daun pandan dimesin dgn air dan 1/2 ulas bawang merah + 1 cm halia + 1/3 sudu jintan manis + kulit kayu manis
Cara cara:
Blend kesemua bahan dan tuang ke atas pulut.
Bakar pada 180 C selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak yang bergantung juga kepada saiz loyang yang diguna. Guna cake tester atau lidi untuk melihat samada kuih sudah masak
Boleh lah dihidangkan ...
Nota: Untuk rujukan - di masa akan datang, saya mahu kurangkan gula sebanyak 1 sudu besar dan tepung gandum ditambah lagi 1 sudu besar.
Enjoy ....
Enjoy ....











Salam kenal azie.nampak sedap tu..nak cub lah..tq for sharing
ReplyDeleteSalam kenal juga utk Nor. Cubalah, sedap sekali.
DeleteSalam kenal azie.nampak sedap tu..nak cub lah..tq for sharing
ReplyDeleteSalam kenal azie.nampak sedap tu..nak cub lah..tq for sharing
ReplyDelete