Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

16 Apr 2013

ETHICA: Perjumpaan Santai Di Gerai Sate Warx






Kalau dalam entri sebelum ini di SINI, saya kongsikan berkenaan dengan keenakan Sate dan Nasi Lemak Kukus Warx, kali ini saya inginkan kongsikan gambar gambar kami semasa menikmati Sate Warx yang meletup itu. Hari minggu baru ini, group WhatsApp ETHICA telah berkumpul secara santai di Gerai Sate Warx di Nilai, di samping untuk menikmati sate juga untuk merapatkan tali persahabatan dan silaturrahim antara ahli ahli ETHICA. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan komitmen masing masing, ramai juga yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir bersama famili dan ada juga yang datang secara solo. Antaranya ialah Kamarudin, Dr Abdol Aziz, Kamal, Alias, Azhar, Ard, Supri, Finar, Kak Sutina dan juga Yasmin. 





Saya dan hubby pada mulanya tidak mahu menyertai perjumpaan ini dek kesihatan saya yang belum benar benar pulih. Tetapi hubby di saat terakhir menyatakan persetujuan untuk turut serta sekiranya ramai yang akan hadir. Lebih lebih lagi dia bercadang untuk mengadakan perbincangan berhubung dengan aturcara dan aktiviti yang akan diadakan di Kolej Ketiga pada 1 Mei nanti. 






Memang seronok bila sesekali dapat bertemu dan bertanya khabar. Gelak tawa dan usik mengusik antara satu sama lain memang menjadikan pertemuan ini lebih mesra.  Sememangnya keakraban yang terjalin lebih dari 30 tahun yang lalu, akan tetap kekal erat dengan adanya aktiviti aktiviti ETHICA. Sesungguhnya platform ETHICA adalah platform terbaek untuk networking seperti yang disarankan oleh Penasihat ETHICA, Dato' Mohd Shafie Abdullah. Semoga dengan adanya ETHICA, ahli ahli dapat membantu antara satu sama lain. Sepakat Membawa Berkat....




2 ulasan:

  1. seronok dapat bertemu mesra pasti hubungan ni penuh bermakna..amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan kawan hampir 30 tahun lamanya

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.