Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

15 Apr 2013

JJCM Sate Dan Nasi Lemak Kukus Warx Yang Paling Sedap






Sate Warx Yang Terbaeeek. Serius tak tipu, sate Warx adalah sate yang paling sedap pernah saya nikmati setakat ini. Saya memang peminat sate, saya akan mengajak hubby makan sate beberapa kali juga dalam sebulan. Kalau saya rasa tak berselera, bila melihat sate pasti selera saya akan terbuka kembali. Hatta di bulan puasa pun, hubby akan membeli sate untuk saya sebagai hidangan berbuka. Begitu sekali saya menggemari sate. Sebut sahaja mana tempat yang menjual sate yang sedap, pasti saya akan mencarinya.






Tapi akhir akhir ini sangat susah untuk mencari sate yang sedap. Kalau dulu saya menggemari Sate Haji Samuri, namun kini tidak lagi kerana pada saya satenya yang telah di pre cooked menjadikan daging satenya agak kering. Sudah bertahun saya tidak makan sate Haji Samuri. Kemudian saya diperkenalkan dengan sate di Gulam Mee yang saya rasakan sedap juga sehinggalah saya menikmati Sate Warx hari ini.






Aduh sepanjang perjalanan balik dari Nilai ke rumah, saya masih terkenangkan keenakan satenya. Sate daging dan sate ayamnya sangat lembut, tidak ada kulit, tidak ada lemak lemak yang biasanya diselit antara daging yang dicucuk.  Satenya masih terasa 'juicy', tidak kering seperti kebanyakan sate. Selain daging yang lembut, kita boleh rasa rempah perapannya yang digunakan untuk memerap daging atau ayam. Bukanlah seperti setengah sate yang rasa seperti daging atau ayam bakar sahaja. Mempunyai sate yang lembut dan sedap sahaja tidak cukup sekiranya kuah satenya tidak sedap. Kuah sate Warx juga sangat sedap, pekat melekat serta secukup rasa.  






Jangan percaya sahaja apa yang saya tulis tapi anda kena rasakan sendiri bagaimana sedapnya Sate Warx. Saya dimaklumkan bahawa Sate Warx boleh ditempah dan dibakar di rumah kita. Adalah sedikit kos tambahan yang dikenakan. Jadi kalau anda bercadang untuk mengadakan jamuan, bolehlah menempah sate Warx. Boleh lihat keterangan lanjut di  bawah.




Kalau dah menulis pasal sate Warx, tak lengkap kalau saya tak menulis berkenaan Nasi Lemak Kukus Warx. Nasi Lemak Kukus yang mula dijual mulai pukul 6 petang hingga 2 pagi setiap hari kecuali hari Jumaat memang antara nasi lemak tersedap atau mungkin paling sedap yang pernah saya nikmati setakat ini. Kriteria untuk menghasilkan nasi lemak yang sedap selain nasinya, ialah juga sambal dan lauk pauknya. Apa yang boleh saya katakan sambal nasi lemak ini sangat sedap dan lauk pauk yang dihidangkan juga sangat sedap sehingga sukar untuk membuat pilihan. Rasa seperti mahu makan kesemua lauk pauk yang dijual.  Semuanya sedap. Ada lauk ayam, ada sambal sotong dan juga paru goreng berlada. Pendek kata semuanya yang terbaeeek lah... Jom serbu Sate Warx dan juga Nasi Lemak Kukus di gerai yang terletak di Jalan Melati 9, Taman Desa Melati 3 Nilai. 





6 comments:

  1. assalamualaikum Kak Azie..
    uih..selera kita sama ye..Cek Ah pun penggemar sate..emmm sedapnya..

    ReplyDelete
  2. Azie, I love sate too and you are right about the HS sate. One strange thing is that every time I eat their sate, I get leg cramps at night. Must try this sate Warx if I have the opportunity.

    ReplyDelete
  3. Aduhh azie buka2 tgok gambar sate terliur sudah he2 belum lagi makan dengar cite u je dah tak boleh tahan..jauhnya nak dtg entah bilalah dpt rasa sate warx ni..nama warx ni unik ya azie first time dgr..kalau di JB ni sate wak radol memang famous..

    Take care dear.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Azie,

    Saya juga penggemar sate. Ditempat saya (Muar, Jhr) lain sikit, sate makan waktu sarapan pagi, bersama mee rebus, lontong, soto dan juga nasi lemak. Ada juga sate perut (babat) which is my fav :) .If weekend, kedai2 sate sememangnya penuh. Apatah lagi bila public holiday. Yg bestnya, they count by lidi, mcm dulu2 jugak.

    ReplyDelete
  5. kak ada satu lagi sate yg sgt sedappp kat permata nama kedai tu sate sri melaka

    ReplyDelete
  6. saya dah cuba juga, tapi ada juga yg saya suka di depan kuarters cikgu di taman tun dr ismail, memang sedap..sambal dan nasi boleh minta lebih tanpa extra charge...ayam berempah pun power..kira kalau untuk harga nasi lemak ayam berempah rm4.50 sebungkus kira murah dan berbaloi la.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.