Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

6 Apr 2013

Chocolate Chips Muffin Paling Simple





Hari ini saya memang mati akal berada di rumah keseorangan. Hubby dan Nana pergi kerja, Nelly pulak keluar sejak pagi, Juita ada camping dan Aween pulak dengan latihan karate di sekolah. Aduhaai serius, kalau macam ni hari hari, kes naya ni. Tapi tunggu dulu, mungkin sebab saya sakit kot. Kalau tak sakit, boleh juga saya berkebun, memasak dan mengemas rumah atau pergi window shopping ke.  Oh oh atau pergi kuliah. Hari ini kuliah Dhuha di surau Ad Dhuha pun tak dapat nak pergi. Sejak keluar hospital, badan saya seperti menggigil menggeletar. Badan saya bolehlah berehat tapi macam mana dengan minda.

Hmmm nak makan tengahari pun kena tunggu hubby balik juga. Hari ini dia balik lambat kerana kena ke Subang Jaya ambil Aween dulu. Nak lepak lepak depan TV pulak, ada pekerja yang masih membuat kerja kerja baik pulih di rumah. Segan lah pulak. Lagi pulak, kaki memang berhabuk. Nak ber whatsApp dengan geng geng ETHICA pun semua menyepi, agaknya sibuk dengan keluarga masing masing. Yang sekejap tadi menyapa pun hanya Mayor London jer, yang lain senyap dan sunyi. Perut dah mula berbunyi, kepala dah mula pening dengan angin.




Akhirnya saya teringat untuk membancuh muffin. Alaa bukan susah buat muffin ni. Janganlah pulak kata sakit sakit pun masih nak buat kuih. Buat muffin ni macam buat cekodok jer. Bancuh semua bahan dalam mangkuk, tuang dalam bekas dan bakar. Sementara muffin siap, saya pun bancuh 1 mug milo dengan susu pekat. Apetit kita memang pelik sikit agaknya kalau sakit. Dah lama tak meratah milo, saya pun pandang kiri kanan, agak agak tak ada pekerja tu nampak, apalagi meratah milo macam Chah dari blog Bila Chah ke Dapur di mana dia masuk dapur untuk meratah milo. Gitu lah gamaknya. Rakan rakan blog pun sunyi jer hari ini. 




OK dah masak pun. Cantik naiknya. Gebu dan lembut teksturnya. Kesimpulannya, saya sukalah dengan muffin ni. Boleh cuba lagi resepi ini dan boleh tabur dengan badam ke atau masukkan fresh blueberries pun sedap. Lupa pulak, nak bubuh tadi.  Walhalnya ada jer stock blueberries dalam peti. Kalau ada sesiapa nak menyediakan kuih yang cepat disiapkan, bolehlah guna resepi ini. Lepas makan muffin dengan milo, saya naik bilik, berbaring macam ular sambil dengar youtube Ustaz Don berkenaan dengan bab solat. Walaupun dah berumur ni, banyak lagi bab bab solat yang saya tak mahir. Jadi sama samalah kita mempelajari lagi semua hal sementara kita masih diberi peluang. Jom kita tengok resepi dulu



Chocolate Chips Muffin

Bahan bahan:
125 gm tepung gandum - ayak dg baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu sega
75 gm gula caster
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - tabur

Cara cara:
Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.





53 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul betul betul. Kalau ada tetamu, belum habis bersembang, muffin dah disiapkan

      Padam
  2. wah mdhnya, bhn pun x byk...
    mtk izin copy ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan lah. Nnt share kejadiannya di sini. Semudah buat cekodok

      Padam
  3. Balasan
    1. Saya suka muffin yg naik membukit dan merekah sikit. Baru cantik

      Padam
  4. Minta Izin copy resepi sebab tertarik nampak simple dan gebus sangat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila lah. Sebenarnya dalam 25 minit dah masak. Saja suka lebih perang dan crunchy atasnya. Tapi dalam lembut jer. Muffin mmg sedap dimakan panas panas. Nnt bolehlah share hasilnya ya utk rujukan pembaca lain juga

      Padam
  5. wah...senangnya kak...nampak sedap la...ni kalau dpt kat anak2 ni mesti licin ni...fiza ambik resepi yer kak...besok2 blh try...hari ni sehari penang hujan... alhamdulillah ... sejuk ja bumi Allah hari ni....perut keja lapar ja waktu hujan2 camni....he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Fiza. Dah buat nnt share ya

      Padam
  6. Assalamualaikum . Saya nak tanya, kalau nak pakai cawan, berapa banyak cawan yg digunakan utk Tepung, Gula kastor, Minyak masak dan Susu segar? Terima kasih : ) .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tak pasti sebab tadi saya timbang. Lain kali bolehlah sukat.

      Padam
  7. Elok je kejadiannya muffin cip coklat tu Kak Azie....teringin la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Mudah dan sedap terutama di makan masa panas suam

      Padam
  8. Assalamualaikum, saya nak tanya kenapa bila saya buat muffin atau pun cupcake, bila esoknya permukaannya menjadi lembab, harap boleh tolong saya, terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebiasaannya lebih lembab kerana minyak atau bahan lemak dari mentega mulai sebati

      Padam
  9. kak, 7g baking powder agak2 berapa kalau guna sukatan sudu?
    payah nak timbang sebab takde digital scale..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gocke
      Saya tak pula menimbangnya. Insya Allah, lain kali boleh cuba timbang. Boleh jer guna agak agak dalam 1 sudu kecil ker

      Padam
  10. Salam kak..slalo juga tgk blog kk azie..tp xpernah try..semlm entah aper ker punya rajin...buatlah cupcakes ni...with anak2..depa suka sgt..sebab sensng buat n sedsp...thanks kak..semoga ilmu yg akak bg ni berpanjangan...

    BalasPadam
  11. berapa biji cupcake boleh dpt dlm satu adunan ni kak zie :)

    BalasPadam
  12. mcm best jer resepi ni
    rasa nak buat utk goodie beg besday anak nt
    semoga sy rajin..insyaAllah

    BalasPadam
  13. sya nak share juga la. simple sgt n bahan pun tak banyak. semua dah ada kat dapur dah...

    BalasPadam
  14. salam..kak..sya bru je bt td..sedp sgt..gebu..tp dpt sikit je..next time nk triplekan adunan

    BalasPadam
  15. salam...boleh kukus tak muffin ni..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum pernah kukus muffin. Semua dibakar.

      Padam
  16. Terima kasih kak azie..atas resepi..dah byk kali saya wat muffin ni..mesti jadi..semoga Allah murahkan rezeki kak azie..:)

    BalasPadam
  17. Salam kak azie. Sy dah try n sy double kan amount. So telur jadi 2 la kan. Tp rupe dia cm terbakar sket n tak rupe muffin sgt. Agk rata. Tp rase dlm ok. Kenape ye? Sbb suhu ye? Tq kak azie.:) nway tq for the recipe.

    BalasPadam
  18. Klau google resepi, confirm mesti sy singgah kat sini.. Ni tgh pantang, terasa nak mencari resepi cupcake.. Tak sabar tgu habis pantang.. Nak try resepi cupcake kak azie..

    BalasPadam
  19. kak azie.. kalo susu segar tu digantikan dgn full cream milk boleh tak.. ada beza ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer guna susu apa apa pun.

      Padam
  20. Assalam kak azie...suka tgok muffin akak nihh...comel ajerr...teringin nak buat...minta izin copy resepi yer..kak azie, nak tya muffin nihh boleh disimpan beberapa hari tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh beberapa hari juga. Nak lama boleh masukkan dlm peti sejuk

      Padam
  21. salam kak zie, dh buat muffin nie, sdap sgt..dah lama dah kalau sy google resepi mesti taip nama kak zie, dlm apa resepi sekali pon, mmg btol2 jadi resepi kak zie, sedap sangat.. terima kasih berkongsi ilmu dengan ikhlas.. semoga sentiasa diberkatinya..

    BalasPadam
  22. DONE!!! Less than 30mnt aja kak, simpel banget buatnya ga pake repot hihihii..muffinnya enak lembut 😍😍
    Thanks 4 resepnyaa y kaaakk

    BalasPadam
  23. Dah try..sedap n mudah..laen x let double sukatan sbb xcukup la 8 biji..anyway tq ye kak azie..

    BalasPadam
  24. Balasan
    1. Beli lah satu. Sangat banyak kegunaannya dan memudahkan kera di dapur

      Padam
  25. Bahan ni bolh dpt brpa muffin klau guna bekas kecik comel tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah lupa. Boleh cuba buat dan tgk brp dpt

      Padam
  26. salam kak..saya dah cuba resepi choc chip muffin ni..mmg sedap..tp saya buat dlm lembut,luar keras..pastu choc chip tu mencair..help me akak....

    BalasPadam
  27. Salam kak azie.. Nmpk cam sedap je cup cake tu.. Resepi simple cam senang nak buat.. Nak tanya,,vanilla tu esen vanilla ke?

    BalasPadam
  28. Saya dah try buat... mudah sangat nak buat.. sibuk anak-anak pun sama buat

    BalasPadam
  29. assalam,resepi ni boleh kukus tak?

    BalasPadam
  30. Balasan
    1. Ya esen vanila atau blh juga guna vanilla extract

      Padam
  31. Maaf tumpang tanya.. muffin ni tahan x klu 4 hari?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya tahan. Boleh jer letak dlm peti ais.

      Padam
  32. Semalam saya buat, sedap tp tak naik. Jadi cam bahulu kurang manis but anak2 suka. Habis sekelip Mata.

    BalasPadam
  33. Sy minta izin utk cuba resepi ni ya sis 😍

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.