Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

1 Mac 2013

Vanilla Dan Chocolate Chips Cupcakes Untuk Tahfiz Darul Atiq







Setelah sekian lama teringin untuk mencuba resepi dari I-village yang saya ambil dari blog Nikee di SINI, akhirnya hari ini tercapai juga cita cita itu. Kami membuat Vanilla dengan Chocolate Chips Cupcakes untuk di bawa ke Tahfiz Darul Atiq di Kuala Kubu Baru sempena majlis tahlil Bonda Mertua. Kek ini disediakan oleh Nana dan Nelly. Saya cuma menolong memasukkan adunan ke dalam cawan kertas sahaja. Sementara Nana belum mula bekerja, bolehlah minta tolong dia. Maklumlah beberapa hari lagi Nana akan menjalani program Induksi di Felda Residence
 Trolak dan selepas itu, akan terus bertugas di hospital yang akan ditetapkan. 





Tekstur cupcake ini sangat lah soft, fluffy dan moist. Ala ala berlemah lembut gitu. Melihat gambar yang dipapar di blog Nikee, saya fikir permukaannya akan menjadi sedikit rugged. Bentuk cupcake Nikee berpermukaan cembung cantik. Loyang pertama menghasilkan cupcake yang rata dan gebu. Tetapi selepas itu, Nelly mencadangkan supaya saya mengisi adunan agak banyak dalam 3/4 supaya bila masak, bentuknya agak cantik meninggi. Oleh kerana kami membuat sebanyak 4 adunan, jadi kejadian cupcakes yang akhir akhir menjadi lebih cantik dari yang sebelumnya. Keesokan hari didapati permukaannya mula berkedut kedut sedikit. Hmmm kalu kuih Akok, lagi berkedut lagilah cantik kejadiannya. Kalau kek, tak tahulah pulak. 1 adunan menghasilkan 24 biji cupcakes. Puashati kerana akhirnya berjaya juga membuat kek Vanila gebu gebana menggunakan resepi yang dicadangkan oleh sahabat saya ini. Terima kasih Nikee kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dan sudi berkongsi resepi yang sangat sedap ini.






Berbalik kepada sekolah Tahfiz Darul Atiq ini, ianya merupakan sekolah untuk pelajar pelajar tahfiz di mana anak saudara kami pernah mengikuti kursus jangka pendek semasa cuti sekolah. Jadi adik ipar mencadangkan supaya majlis tahlil di adakan di sini. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang anak anak mereka belajar di sekolah tahfiz seperti ini. Adalah menjadi cita cita saya untuk satu hari mengambil mereka sebagai anak angkat. Insya Allah, mudah mudahan cita cita ini akan menjadi kenyataan.


Jom lah kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini. Mana tahu kot ada yang ingin mencubanya....







Vanilla Cupcake With Chocolate Chips
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

11/4 cawan mentega  (10 oz)
2 cawan tepung gandum/tepung kek
2 sk baking powder (ayak dg tepung gandum)
11/2 cawan gula kaster
6 biji telur gred A
1/3 cawan susu
2-3 sb chocolate chips (gaul dg tepung di atas)
1 sk esen vanilla ekstrak
Chocolate chips - tabur atas cupcake

Cara cara:

Putar gula bersama mentega hingga menjadi putih dan kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus di putar.

Masukkan esen vanilla.


Masukkan tepung gandum yang diayak dengan baking powder secara berselang seli dengan susu. Masukkan chocolate chips yang digaul dengan tepung gandum di atas dan gaul sebati.


Tuangkan ke dalam cawan kertas dengan 3/4 penuh. Taburkan chocolate chips di atas permukaan cupcake


Bakar pada suhu 180C dalam 18-20 minit atau sehingga masak. Kami menggunakan fan bagi menjadikan warna cupcake perang sekata.









29 ulasan:

  1. sedapnyaaaaa;)
    resepi pun mudah je..tunggu balik rumah baru nak cuba ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba jangan tak cuba. gebu gebana

      Padam
    2. Hi Azie.. i have not tried any of your recipe from your blog. They all look fab..!! Glad i found yours. will try sometimes and let u know. Thanks

      Padam
  2. kak zie..hahaha mcmlah baru jadikan...memang cun resepikan..sedap pun kek moist lagi selepas 3 ari walaupun terus makan dari peti ais...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kenapa kejadiannya tak semantap Nikee punya. Saya tengok gambar cupcake Nikee berulang kali. Mcm steady dan mantap jer. Kami punya jadi lemah lembut dan esoknya berkedut pulak. Mcm mana ni....

      Padam
    2. ntahlah kak!..apa pun nikee beat telor lama juga dlm 5 minit..masa masukkan nikee masukkan 3/4 penuh..biar melepasi papercup tu...tapi kak azie..hampir sama kan...hrp akak puas hati dgn resepi ni

      Padam
    3. kak gunakan fan oven tuk baking kek ni yer..nikee guna old method biasa saja yg ditetapkan tuk membakar..mungkin fan oven pun bole menyebabkan kek terkejut..fan selalunya nike gunakkan tuk masak kukis sahaja kak

      Padam
    4. Kami guna fan oven sebab tengok kek dah masak tp warna masih keputihan. Mmg sedap kek ini cuma tak puas hati sb tak jadi secantik Nikee punya. Saya copy gambar kek Nikee sebab berkenan sgt dg kejadiannya

      Padam
  3. tq kak...well kalau tak masak juga pd suhu 180 c masa bake..boleh di lamakn sikit masa bakar kek ni dalam 25 minit kak..myb next time bole try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami guna 160C selama 20 minit. Dah masak tp permukaan tak berwarna perang cantik. Itu yg kami buka fan. Kalau terlebih bakar,makan jadi kurang moist lak

      Padam
  4. Assalam kak azie..nak tny,10 oz tu brapa gram ek?? - iera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, lebih kurang 56.7 gram guna online butter conversion

      Padam
  5. Salam. Cupcake ni tersangat sedap. Gebu2 gitu. Tak tak comel cam gambar. Dia jadi longkah dari papercup bila sejuk. Sebab saya pakai butter ke kak anis?

    BalasPadam
  6. Kak azie, kalau kita guna resepi vanilla butter cake kak azie, yg mana putih telur kita asingkan ok tak kak?

    BalasPadam
  7. susu segar atau susu pekat ye?

    BalasPadam
  8. kalau ikut sukatan yang dalam list bahan2 tu ......agak2 berapa bilangan cupcakes yang boleh dihasilkan ye?

    BalasPadam
  9. Salam.sis.susu yg sis guna tu susu pekat or susu cair ye

    BalasPadam
  10. Salam kak..susu tu susu tepung ka susu Cari kak.. Mohon pence tahan...xberapa parham.. Kikiki

    BalasPadam
  11. Saya dah cuba..mmg sedap. Thanks sis azie share resepi

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum sis... sy nak tanya.. boleh tak klau guna loyang je?

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Memang boleh tapi tak sedap lah kot. Guna minyak yg lebih baik utk kesihatan.

      Padam
  14. 1 1/4 cawan butter bersamaan 310gm butter kan?

    BalasPadam
  15. Kak zie sy da buat cookies tu. Hubby kata sodap sbjik bau dia mcm famos amos. Ni nga try buat resepi ni. Sy bakar 180c 20min...sblum tu panaskan dulu oven boleh ke????

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.