Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

26 Mar 2013

Puding Roti Karamel





Saya memang sedih kerana hajat untuk memasak nasi dagang tidak kesampaian. Itulah kelemahan saya apabila tidak boleh memandu sendiri untuk ke mana mana. Bila mengharapkan orang lain, pasti tidak sama dengan diri kita sendiri. Semua bahan bahan telah tersedia kecuali ikan tongkol. Mana mahu jadi nasi dagang, jika tanpa ikan tongkol. Saya mesti belajar berdikari, lagi pulak kita memang akan hidup dan menghadapi saat kematian juga sendiri. Saya tidak boleh menyalahkan orang lain atas kegagalan apa apa perancangan saya, mungkin takdirnya sudah ditetapkan begitu.



Sebagai gantinya, saya menyediakan 2 loyang Puding Roti Karamel untuk dibawa ke surau Ad Dhuha untuk makan makan selepas kuliah maghrib nanti. Sebelum ini saya telahpun mempunyai 2 resepi Puding Karamel yang memang sedap dan telah digunakan untuk menyediakan puding karamel di rumah kami. Klik di SINI dan SINI untuk melihat resepinya. Cuma kali ini, ianya sedikit berbeza kerana dimasukkan roti ke dalamnya. Bila dimasukkan roti, lebih mudah dipotong cantik. Jom kita layan resepinya....



Puding Roti Karamel
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Bahan bahan Puding:
4 keping roti gardenia – carik carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
3 biji telur – pukul sedikit
1 sk esen vanilla

Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi.

Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.

Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.


24 comments:

  1. waaaa..mudah je resepi dia..nak kena try ni;)
    makan sejuk2..pastiiii sedapp ni;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat ambik gambar yg dipotong. Cantik bila diterbalikkan

      Delete
  2. Salam,

    Agak lama juga tak buat puding roti kat rumah. Walhal roti sentiasa ada saja di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat saja menyediakannya. Jom buat

      Delete
  3. kak zie..mengeluh resah ari..semoga allah permudahkan urusan kakak seharian..insyaallah ok..kita buat nasi dagang lain kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu rasa sgt kecewa. Sedih sangat sangat

      Delete
  4. As salam,

    ermm sedappnya..rasa nak buat malam nie he2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I sempat makan seketul jer masa di surau. Malu nak makan banyak banyak

      Delete
  5. KakAzie,

    cakap pasal nasi dagang..
    Ya Allah sedapnya & teringinnya..

    ps: minggu nie kena pi souq cari ikan ayer (nasib baik ada jual kat sini)

    ReplyDelete
  6. I love u kak..moga Allah mudahkan semua hal hidup akak sebab akak punya resipi sangat menudahkan hidup saya...may Allah bless u always
    rahayu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak azie..saya dah try resepi.mmg jadi..terima kasih sebab sudi berkongsi..
    saya share kat blog sy jugk ya..:) naniarshad.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. dah cube dah..senang je nak buat..sedap pun sedap:)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt.. Terima kasih byk2 atas perkongsian puan.. sy dah cuba n alhamdulillah syukur menjadi.. tapi gula hangus sy xjd.. keras n berketul2.. kenapa ye.. sy guna api kecil je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gula hangus akan keras selepad dimasuk d loyang. Tuangkan adunan dan kukus. Gula hangus akan me jadi cair selepas kuih siap dikukus

      Delete
  10. Kalau campurdurian isi durian,akan lg keras x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tambah banyak. Sekadar ada rasa durian shj

      Delete
  11. salam akak , sye dah try resepi akak ni .. seriously memang sedap , encik suami pun suka .. budak2 tempat kerja lagi la suka .. thanks

    ReplyDelete
  12. Terima kasih puan selalu kongsi resepi dengan ikhlas. macam2 saya belajar masak dari puan. Moga2 rahmat Allah sentiasa brsama puan.Ameen

    ReplyDelete
  13. Slm.kak azie mcm mane nk pos brg kat akak ye?sy nk bg akak try pes segera rempah nasi dagang yg sy buat.nk bg free je.lps try akak komen la mcm mane rase.tu je.bru je start nk bisnes.akak bleh pm fb sy dninzack tak?

    Dninzack

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Kak :) Alhamdulillah saya cuba resepi ni pehhhhh memang menjadi. Bila terbalikkan tu lawooo je 👌🏼

    ReplyDelete
  15. Masa kukus Tu mmg nmpk lembik ke

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.