Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

19 Ogo 2011

Puding Karamel Mudah Dan Sedap





Resepi ini mudah disediakan dan menjadi kegemaran kami sekeluarga. Sekembali dari pejabat, saya masih sempat menyediakan untuk juadah pencuci mulut dimakan selepas berbuka puasa. Adunan ni, boleh menghasilkan 12 biji karamel jika menggunakan acuan pyrex atau guna satu dulang besar dan dipotong potong semasa hendak dimakan. Jika suka, boleh juga diletakkan buah buahan dalam tin di atas karamel ini semasa dihidangkan.

Resepi ini dikongsi oleh rakan sepejabat saya, Puan Hajjah Asmawati. Terima kasih berbanyak. Telah berpuluh tahun saya mencuba resepi kegemaran keluarga ini.. 

Selamat mencuba...



Puding Karamel
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur (ikut siz)
5 - 6 sudu gula
8 sudu gula (untuk dibuat gula hangus)
sedikit esen vanilla


Goreng 5-6 sudu gula untuk dijadikan gula hangus dg api perlahan. Tuangkan dalam acuan.

Pukul telur dan gula dan masukkan 1 tin susu cair dan 1 tin air. Masukkan sedikit esen vanilla.

Tuang dalam acuan yang telah diletakkan gula hangus.
Kukus hingga masak.



4 ulasan:

  1. Salam Kak Azie.. saya Izati dr kemaman.. sy sgt2 teruja bila tgk resepi puding karamel akak nie. cara buat pn senang. malam td dah try buat tp kenapa ye puding sy ni lembik.. sy dah follow resepi akak bulat2 dah pn.. harap akak dapat mbantu.. suami cakap sedap tp lembik.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau resepi ni, saya tak pernah pulak mengalami masalah lembik. Saya dah menggunanya berbelas tahun yg lalu. Air gulanya pekat dan bila dituang ke dalam acuan, ia akan kering dan merekah sebelum dituang adunan.

      Padam
  2. Saya dah try resepi akak tp saya terlupa nak masukkan air
    .hehehe. .nasib baik jadi..kawan2 cakap sedap.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads