Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

3 Mar 2013

Fresh Blueberries Muffin Yang Mengujakan







Sebenarnya telah hampir seminggu, saya asyik teringin nak makan Fresh Blueberries Muffin. Entah apa apa, tiba tiba jer  tekak jadi macam tekak omputih pulak. Kalau dikirakan memang saya bukanlah gemar sangat dengan blueberry ni. Dulu saya beli sebab nak berdiet kerana kandungan anti oksidannya yang tinggi serta mampu meningkatkan metabolisme. Serius, saya bukan suka sangat buah buah omputih ni, kerana saya ni punya tekak Melayu.

Sebab teringin sesangat, malam sabtu saya dan anak anak memulakan operasi membuat Fresh Blueberries Muffin yang resepinya saya salin dari youtube. Nampak macam mudah jer. Tapi sungguh mengeciwakan kerana tak tahu di mana silapnya, muffin kami menjadi bantat. Akhirnya muffin muffin itu menjadi santapan 2 ekor ayam hutan kesayangan saya. Hubby mengusik, high class sungguh ayam hutan ni kerana sarapannya blueberries muffin, betik, jagung manis, roti dll. Apa nak buat, kalau dah itu rezekinya. Frust sangat sangat.  Jadi terus minta anak anak ke The Village Grocer mencari lagi fresh blueberry.  Saya pun mula mengooggle mencari resepi lain yang telah dicuba oleh ramai orang dan terbukti keenakannya. 





Pencarian saya berakhir apabila terjumpa resepi Fresh Blueberries Muffin yang berasal dari Maine dan telah berusia hampir 150 tahun. Tahu ke Maine tu kat mana? Kalau tak tahu, google dan carilah sendiri ya. Wow lamanya usia resepi ini, tentu dah berjuta orang yang telah mencubanya sehingga kini. Resepi Grandmother Hinckley's Blueberry Muffin ini saya salin dari Cooks.com yang telah diberi rating 4.9 out of 5 oleh 36 orang yang menulis komen. Rata rata menganggap resepi ini sebagai yang terbaik, so easy and delicious. 

Usaha saya kali ini memang tidak sia sia kerana ianya menghasilkan muffin yang memenuhi citarasa saya. Muffin ini secukup sahaja kemanisannya dan sangat sedap. Kalau nak tahu, macam mana sedapnya, kenalah cuba membuatnya sendiri. Lagi pulak, membuatnya tersangatlah mudah. Kalau dibeli, tentunya sangat mahal. Puashati jika dibuat sendiri dan dimakan sendiri dan akhirnya puji sendiri. Hahahaha klasss gitewww.... 

Bagai melepas geram, siap jer muffin ini saya terus makan sebiji dan kemudian bersiap siap untuk ke Mid Valley bersama Nana, Nelly dan Aween. Hajat hati untuk melihat harga terkini handbag LV, jadi saya berpesan supaya mereka berdua memakai handbag LV. Saja jer menjamu mata sebab esok Nana dah nak memulakan program induksi diikuti dengan penempatan sebagai Pegawai Perubatan. Selain itu, kami juga singgah di Guardian membeli pelbagai vitamin dan supplement sebagai persediaan diri kerana cabaran tugas sebagai seorang doktor memang sangat tinggi dan memenatkan. Habis hampir seribu juga tadi walaupun bendanya bukanlah banyak mana. Saya mahu Nana bersedia dan mula bertugas dengan penuh dedikasi atas rasa tanggungjawab kepada pesakit yang memerlukan rawatan. Jomlah tengok resepi dulu, asyik berceloteh pasal lain pulak...




Grandmother Hinckley's Blueberry Muffin
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
3 sb butter
2/3 cawan gula kaster
1 biji telur - pukul
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries
1 sk vanilla extracts (saya tambah)

Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.

Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam. 

Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas.   




Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.

Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula di atasnya. Kalau tak suka, pun boleh dibiarkan begitu sahaja. Sejukkan atas redai. 







Sedap dimakan semasa masih panas panas. 1 adunan hanya menghasilkan 9 biji muffin menggunakan cawan kertas di atas.







32 comments:

  1. kak sedap nampak tu...muffins ni kalau nak mkn balik kena masuk mikrowave panaskan...makan dengan butter sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga selepas dipanaskan dlm microvave, sapu dg melted butter dan tabur sedikit gula

      Delete
  2. Salam, Kak Azie. Saya selalu terpengaruh dengan cete Kak Azzie tau.. tapi realitinya cete Kak Azie memang tak tipu, contohnya beberapa resepi Kak Azie yg sy follow.. gulai kawah, nasi ayam hainan (tu tak sempat amek gbr & masuk blog.. huhu), lemon cupcakes (tu dah 2x buat) semuanya terbukti sedap!!

    Nak tanya, blueberry tu memang akan pecah dlm muffin tu ke? kebetulan saya ada stok blueberry, kalu baca entry ni awal tadi tentu sy tengah ngap skrg, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, terima kasih kerana sudi digoda oleh saya. Blueberry memang akan pecah, jadi masa kita sudukan dalam paper cup, biar ada blueberry yg hampir dg permukaan. Baru nampak cantik bila ianya pecah dan mengeluarkan warna yg akan mencorakkan cupcake kita. Ada 2 jenis, ada yg tabur gula sebelum dibakar dlm oven. Yg ini tabur selepas masak.

      Delete
  3. Pagi2 buka blog akak kecur tengok blueberry muffin nie..selalu k.azie beli bluberry di mana? Terima kasih byk2 kerana sudi n ikhlas menyumbang resepi yg sedap2 dan tidak lokek dengan ilmu yang ada. Moga Allah luaskan lagi rezeki akak sekeluarga. Buat nana good luck dan moga Allah mempermudahkan segala urusannya. ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Su. Kami beli di The Village atau Giant. Terima kasih atas doa utk Nana

      Delete
  4. Azie, your blueberry muffin is very the "menggoda"! They are so beautiful and look soft and fluffy. I have tasted fresh blueberries from the supermarket (mahal lah!) but I am not impressed with the taste.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear PH, the top is crunchy but the inside is so soft. Better make our own muffin as it is so easy. The most important thing is we can save money and make a delicious muffin

      Delete
  5. salam akak
    nak tanya, kena guna mixer @ boleh godek2 guna tangan jek
    sbb sy tgk method die simple sgt mcm muffin yg kite cmpur bhn kering & bsh
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Muffin boleh disediakan dg mudah sahaja. Saya dah reply on this dalam entri Induction Program

      Delete
  6. Salam kak..ya allah..first sy nk mintk maaf amek dulu rwsipi baru mintk izin...hik3..to seriously..mufin ni lah yg palibg sedap n senang nk buat..hubby n anak2 suka sgt.thanks kak...semoga akk sentiasa sehat n bokeh update blog as one of ibadah...memberi ilmu hingga ke syurga...amin.

    ReplyDelete
  7. Salam kak..naka tanya.. susu tu susu pekat/susu cair/ fresh milk ? x sabar nak buat..nampak tersangat sedap...

    ReplyDelete
  8. Salam kak.. saya ada copy 2 gambar dari blog akak ni.. Buat contoh gambar muffin yang sy letak kat dalam blog saya.. Kalau akak nak tgk, datang la kat blog sy ni.. :) http://berdurikaktus.blogspot.com/2013/07/resepi-muffin-blueberry-muffin.html

    ReplyDelete
  9. Salam..kalau x guna fresh blueberry boleh x sy pkai paste blueberry jer? sbbnya nk buat utk kduri utk 200 biji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Ikut suka masing masing. Nak letak buah lain pun ok

      Delete
  10. Assalamualaikum Azie, saya dah cube resipi ini. Sangat sedap. Terima kasih sudi berkongsi ilmu. Hanya Allah saja dapat membalasnya. Memang resipi Azie tepat. Kalau ikut memang menjadi. Saya selalu menanti entri Azie setiap hari.

    ReplyDelete
  11. Hi Azie, saya dah cuba CC nie - memang sedap, tak rugi saya memcuba. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  12. Menariknya..Boleh Cuba nnti..Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  13. Sedap...x sabar nak try..btw tq 4 sharing sis...

    ReplyDelete
  14. Salam kak. Nk minta izin salin resepi ni blh? Butter tu 3 sudu besar ke?

    ReplyDelete
  15. Salam...sis nk tnya 2/3 cwn gula castor tu cmne ye...tk pham..bru belajar membaking..ade ke lbih skit dr stgh cwn...

    ReplyDelete
  16. menjadi. senang nak buat n sedap. sy improvise ltak choc chunk utk adik yg xleh mkn blueberry. nyway, thx for the recipe.

    ReplyDelete
  17. Tq share resipi..sedap..dah cuba..suami pun puji..

    ReplyDelete
  18. Salam kak, kalau saya kukus tak bakar boleh jadi tak

    ReplyDelete
  19. Kalau pakai filing blueberry.....kena campur sekali juga ke

    ReplyDelete
  20. sedap sgt..thx share..sy dah start memollow blog sis sbb smua sdap n simple..kipidap..

    ReplyDelete
  21. salam..nak tanya klw guna susu pekat boleh ke?

    ReplyDelete
  22. Aslkm kak, thanks share byk resepi..saya ada cuba beberapa resepi akak. Semuanya alhamdulillah sedap..mohon guna resepi ye. Terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.