Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

16 Feb 2013

Lemon Curd Yang Mabeles








Sejak sahabat saya Nikee dok suggest supaya saya mencuba lemon curd sebagai filling atau frosting Vanilla Cupcake yang saya buat baru baru ini, saya mula teringin sekali untuk membuatnya sendiri. Lagi pulak, rata rata ramai yang memuji kesedapan lemon curd yang dibuat sendiri sehingga ada yang menulis seolah ingin menjilat dengan mangkuk sekali. Memang ya pun, licin whisk yang diguna untuk mengacau lemon curd. Hahaha tak tertahan melihatnya. Memang sedap, ala ala jem lemon gitu.






Sebenarnya lemon curd ini dibuat untuk diletakkan atas Lemon Butter Cupcake yang akan dibuat esok. Heee dah tak sabar nak makan cupcake dengan lemon curd yang mabeles ini. Ohhh sungguh tak sabar.... Saya dan Juita telah lama bercadang untuk membuat Lemon Butter Cake selepas terbaca dalam satu blog semasa saya di dalam ward di Tropicana Medical Centre dalam bulan Disember yang lalu. Jom kita layan resepi lemon curd dulu....






Lemon Curd
Oleh: Azie Kitchen 
Sumber: allrecipes.com

Bahan bahan:
3 biji telur
3/4 cawan gula
1/2 cawan fresh lemon juice
2 sb butter
1 sb parutan kulit lemon


Cara cara:
Pukul telur dan gula dalam mangkuk dan diletak di atas periuk air panas yang mendidih.

Satukan jus lemon dan parutan kulit lemon. Tuangkan ke dalam mangkuk tadi dan masukkan butter sambil dikacau atas air mendidih selama 15 minit atau sehingga pekat dan ada meninggalkan mark dari whisk serta bubble pertama mulai timbul di permukaan.




Nota;
Parut lemon sebelum ianya digunakan bagi mengekalkan kelembapannya. Lemon sejuk lebih mudah diparut. Parut kulit lemon dulu sebelum diperah jus lemon. Jangan parut sehingga ke bahagian putih kulit lemon.

Jangan masak sampai lemon curd mendidih untuk mengelakkan ianya dari berketul. Angkat dan ketepikan kerana ianya akan menjadi lebih pekat semasa menyejuk

Lemon curd boleh disediakan 1 minggu lebih awal dari  masa hendak digunakan. Tutup permukaan dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 3 minggu di dalam peti sejuk.




Cara cara lain penyediaan:
Untuk mengelakkan telur berketul, boleh diputar butter dengan gula dahulu sebelum dimasukkan telur sebiji dalam satu masa sambil diputar rata. Akhir sekali masukkan parutan lemon dan jus lemon. Kemudian baru diletak atas air panas sambil terus dikacau sehingga pekat.




9 ulasan:

  1. kak zie...internet baru ok di sini....sedapkan lemon..pastikan telor semuan resh nak mengelak hanyir....sedap tau....cupcakes lagi enak di buat white choclate cheese frosting...ataupun lemon boleh di jadikan lemon curd little pies...sedapkan....nampaknya akak dah baca artikel tentang green whoopie pies tu..mintaa maaf sebab tak minta izin akak nk namakan azie..jgn marah kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear,
      Oh ye ker? I baca berulang kali juga, tapi tak tahu lah pulak nama Azie tu nama siapa. Aduuh malulah pulak. Apa apa pun, terima kasih dan sangat terharu atas penghargaan itu. Saya baca blog Nikee berulang ulang kali. Nikee memang berbakat. Jatuh cinta betul dengan Vanilla Choc chips tu...

      Padam
  2. susah nak dpt org mcm aka yg femes di luar sana..berjaya dlm karier serta ibu yg terbaik utk anak2 akak..lpe tu ada mahligai indah kak...ni semua ternyata bukan mudah kak.....sy menghargai dan minat dengan org yg serba serbi boleh ni...membuka laman dapur helen sekadar tempat melepaskan kepenatan seharian..tapi belum taksub laaa,,hehehe!kak zie nice knowing akak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh terlalu tinggi pujian itu. Hakikatnya tidaklah sebegitu.Nice knowing you too, dear.

      Padam
  3. Assalamualaikum kak.
    Klu nk buat lemon curd ni sbg filling cheese tart bole ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Cheese tart, cream puff, sandwich, macaroon pun sedap.

      Padam
  4. Assalam ,Mohon share yer kak. :)

    BalasPadam
  5. As salam kak
    boleh share resepi mango curd? resepi lemon curd akak saya dah try. mmg sedap sangat

    BalasPadam
  6. hi..kalau kurang gula kepada 1/2 cawan , masih ok x?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.