Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

1 Feb 2013

Kari Ayam 1213






Hari ini saya tak ada masakan istimewa pun, sekadar lauk pauk biasa. Namun setiap masakan ada cerita, bak kata Yuna, setiap gambar ada cerita. Begitu juga masakan pada diri saya. Lebih lebih lagi hari ini, tarikh yang cantik 1.2.13. Semalam lagi cantik 31.1.13. Apa apa pun esok lagi cantik dan istimewa kerana esok adalah hari ulang tahun ke14, anakanda bongsu saya yang sejak berbulan lepas merengek minta dibelikan iphone 4s, Apple sebagai hadiah harijadi. Berbalik pada tarikh cantik, saya bukan lah taksub dengan tarikh dan nombor nombor begini walaupun saya sangat menggemari no 8 dan 9. Alangkah bertuahnya jika dapat  memiliki plat kenderaan bernombor single digit 9. Hmm aah lupakan lah keangkuhan dunia ini semua. Kerana di sana lebih indah dari apa yang pernah kita bayangkan sebagai indah di alam ini. 

Berbalik pada Kari Ayam ini sebenarnya dari malam tadi teringin nak makan Kari Ayam. Jadi dari malam tadi, saya telah keluarkan ayam dari freezer dan diletakkan di bahagian peti ais sahaja. Bukan apa  tapi teringat kari ayam yang dimasak oleh kakak ipar semasa kami balik Ipoh mengunjungi arwah bonda mertua yang ketika itu, baru keluar dari Hospital Ipoh selepas serangan mild stroke. Kini Bonda Mertua telah kembali ke rahmatullah. Al Fatihah. Sesungguhnya kasih sayang dan manafaat anak anak kepada kedua ibu bapanya adalah doa yang diberi setelah mereka meninggal dunia. Bukan hanya kasih sayang duniawi. Sedekahkan Al Fatihah, cucurkan doa dan sedekah, wakaf atas nama mereka. Bukan sekadar mengingati tapi mendoakan mereka dalam setiap kali selepas solat. Alangkah bertuahnya ibu bapa yang mempunyai anak anak yang soleh dan solehah yang mendoakan mereka. Semoga anak anak saya juga tidak lupa untuk berbuat kebajikan dan tanggungjawab ini kepada kami. Insya Allah, ameen. 

Waah jauh pulak perginya celoteh saya. OK jom sambung semula cerita masakan. Kakak ipar saya memang pandai memasak, malah apa sahaja yang dimasak, semuanya sedap belaka. Hari itu, juga beliau membuat Masak Tempoyak Ikan Merah, pun sangat sedap. Belum lagi Kari Ikan beliau yang sangat sedap. Bila teringat kesedapannya, mula lah menelan air liur. Itu yang bangun pagi, terus ke dapur masak Kari Ayam. Boleh percaya ke hari ini saya bersarapan dengan nasi putih dan daging goreng kunyit ala ala Nasi Berlauk lah jadinya. Lepas ni nak keluar dengan Nana ke KL nak mencari tailor baru, nak menengok karpet, nak ke Bank, nak ke bakeri kerana minggu ini banyak mendapat tempahan cupcakes untuk Chinese New Year dan banyak lagi lah urusan lain. Hari ini kan KL bercuti sempena Hari Wilayah walaupun saya tinggal di Selangor. Selamat Hari Wilayah kepada semua orang Wilayah...
Jom tengok resepi pada siapa yang nak tengoklah. Saya  tulis juga resepi kat bawah ni untuk anak anak saya buat rujukan di masa masa hadapan. 



Kari Ayam
Oleh:  Azie Kitchen

1/2 ekor ayam - potong kecil
1 kotak santan
1 biji bawang besar - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Bunga lawang, kayu manis
Garam
Gula
Asam keping (atau asam jawa)
Kerisik - jika suka

Panaskan minyak dan tumis bawang bawang sehingga wangi. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam dan biarkan sehingga air ayam kering. Masukkan santan. Bila mendidih, masukkan garam, gula dan sesuaikan rasa. 

Setelah mendidih dan naik minyak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


  

6 comments:

  1. hehehe, uniknya tajuk tu, kari ayam tu pun nampak sedap benar tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat makan sebagai nasi berlauk dg sambal dan timun serta daging goreng kunyit.

      Delete
  2. ermm kak azie nmpk sedap..klu tambah kentang lg sedap he2, betullah tu + sambal belacan, ulam dgn ikan kering ummph kecuh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su, puas mencari ubi kentang tadi. Tak ada rezeki nak masukkan ubi kentang spt yg kakak ipar saya masak hari tu.

      Delete
  3. wah kak zie ari ni kita masak kari ayam.....kak minat single number yer..nombor keta nikee bhc 87 dan wqb 87..semua menggunakan no 87 termasuk hntaran kawin org cina kate byk oong maa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikee, susah nak dapat single number. Lepas ni cari 3 digit pun ok.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.