Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

16 Feb 2013

Ayam Masak Serai Lauk Nasi Lemak







Wah seronok bila bangun pagi jika ianya adalah pagi hari Sabtu atau Ahad. Sebagai wanita berkerjaya, hari hari minggu adalah hari yang amat mengembirakan saya. Apa apa pun, saya kenalah bersabar kerana hanya ada beberapa tahun sahaja lagi untuk saya bekerja atau mungkin juga saya memilih untuk mengambil persaraan pilihan. Tapi hari ini, saya tak boleh bermalas malas kerana hari ini saya akan menerima tetamu di rumah. Bukankah kedatangan tetamu di rumah akan memberi banyak rahmat dan kebaikan kepada tuan rumah. Jom baca petikan di bawah:


Hadis : Setiap tetamu yang memasuki rumah anda akan mendatangkan :

1. Seribu berkat.
2. Seribu rahmat.
3. Allah akan mengampunkan semua dosa anda sekelurga.
4. Allah akan berikan pahala 1000 orang syahid.
5. Setiap kunyahan yang dimakan oleh tetamu pahalanya seperti pahala haji mabrur.
6. Allah akan bangunkan untuknya satu Bandar didalam syurga.

“Dan sesiapa yang memuliakan tetamu, maka mereka seolah-olah memuliakan 70 orang nabi”. (Mafhum hadis Rasulullah)

Haaa tetamu istimewa saya hari ini ialah Latifah yang merupakan kenalan sejak lama dulu lagi. Saya memasak nasi lemak sebagai hidangan brunch Latifah yang pada mulanya saya ingat akan datang bersama anak anak beliau. Tapi atas sebab sebab tertentu, beliau hanya datang berseorangan. Aduh dek lama tak bersua, kami bersembang dan bergossip berjam jam lamanya sehingga hubby balik dari pejabat, kami masih bergelak ketawa di meja makan. 




Untuk lauk nasi lemak hari ini, saya menyediakan Ayam Masak Serai di samping Sambal Tumis Ikan Bilis, Telur, Timun dan Keropok lekor. Jom kita tengok resepi Ayam Masak Serai yang sedap ini, mana tahu kot ada yang ingin mencubanya. Sedap dimakan juga dengan nasi putih panas panas dan nasi impit. 






Ayam Masak Serai
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong kecil (sebesar 2inci x 2 inci)
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Gula

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
1 serai

Cara caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya

Tumiskan bahan bahan yang telah dimesin dan serai sehingga agak garing. Masukkan sedikit air. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Masukkan  sedikit gula dan sesuaikan rasa.

Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.

Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas panas atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.







4 ulasan:

  1. Salam kak azie..im ur silent reader..i've tried this dish and sgt sedap..saya mkn dgn nasi ketumbar..tq for the recipe...amy

    BalasPadam
  2. Kak azie mmg the best...kalo nak cari menu sedap2 mmg blog kak zie la sy akan cari dulu..tq akak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak kalau saya nak masak 3 ekor ayam..bahan2nyer kene kali 3 ke kak..

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.