Seriously inilah Vanilla Butter Cake terbaik yang pernah saya hasilkan setakat ini. Saya akui yang saya sangat cerewet dalam bab kek mengekek ni. Kek ini amat menepati selera saya kerana ianya bukan sahaja gebu dan fluffy tetapi juga moist terutama selepas beberapa jam dikeluarkan dari oven. Kek akan lebih lembab selepas ianya sejuk. Saya memang tak suka makan kek panas panas yang baru dikeluarkan dari oven. Puashati sangat sangat kerana dapat menghasilkan kek yang menpunyai tekstur yang halus dan gebu ini. Tak tipu, cuba tengok gambar gambar di bawah tu.
Sebagaimana saya menggemari Butter Cake, saya juga menyukai Vanilla Butter Cake yang kedua duanya sebenarnya tidak berbeza pun dari segi bahan yang digunakan. Cuma vanilla cake menggunakan vanilla extract yang lebih banyak. Kebetulan minggu ini ada tempahan Vanilla Butter Cupcake, jadi di samping untuk testing, saya sebenarnya dah tak sabar untuk menunggu hari jumaat untuk menikmati Vanilla Butter Cake. Jadi saya membancuh 1/2 adunan untuk kek ini. Walaupun setengah adunan, dapat juga 12 biji cupcakes yang gebu dan naik tinggi semasa dibakar di dalam oven.
Sebagaimana saya menggemari Butter Cake, saya juga menyukai Vanilla Butter Cake yang kedua duanya sebenarnya tidak berbeza pun dari segi bahan yang digunakan. Cuma vanilla cake menggunakan vanilla extract yang lebih banyak. Kebetulan minggu ini ada tempahan Vanilla Butter Cupcake, jadi di samping untuk testing, saya sebenarnya dah tak sabar untuk menunggu hari jumaat untuk menikmati Vanilla Butter Cake. Jadi saya membancuh 1/2 adunan untuk kek ini. Walaupun setengah adunan, dapat juga 12 biji cupcakes yang gebu dan naik tinggi semasa dibakar di dalam oven.
Sekejap sahaja menyediakan cupcake ini. Saya tidak membuat frosting kerana masih mempunyai lebihan frosting cream cheese yang sangat sedap baru baru ini. Bayangkan bangun pagi saya terus membuka peti untuk meratah frosting kerana sudah kehabisan roti. Hajat hati asalnya nak sapu frosting atas roti sebagai sarapan. Tapi bila roti tak ada, makan cream cheese gitu sahaja walaupun dalam hati terasa sangat bersalah kerana menternak lemak pagi pagi hari. Jom lah kita layan resepi yang pasti menjadi a keeper recipe for Azie Kitchen ni....
Easy, Delicious Homemade Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3/4 cawan butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk)
2 1/2 sk baking powder
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C.
Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.
Perfect Vanilla Frosting
Bahan bahan:
3/4 cawan butter - lembut
2 pounds powdered sugar (dalam 8 cawan)
1/3 cawan susu
2 sk vanilla
Cara cara:
Putar butter pada kelajuan sederhana sehingga ringan.
Masukkan gula ising dan putar lagi.








wah..gebu2 ;)
ReplyDeletemestiiii makan satu ..kena makan dua..lepas tu tiga lak..hihi ;)
Very the moist, hahahaha
Deletekak zie..tgh mencuba kek yer..ni for ur bisnes ya?bagus sesekali cub resepi nikee yg tak gunakan buttermilk @ susu...senang nikee dah byk kali buat utk tempahan..senang,murah serta lazat..all the best
ReplyDeleteOhh ya. Nnt I ambik resepi ya. I yg letak buttermilk, resepi asal hanya susu
DeleteNikee, mcm mana nak tengok resepi tu. bagi lah link
DeleteALAI..BARU DPT MSG DR AKAK...AKAK TGK DLM BLOG TU SEMUA YG MUDAH KAK....CAYALAH..MOTTO BLOG NIKEE BUDGET DAN MUDAH..MMG JADI...SEBAB CUPCAKES TU MAIN LEBUR SAHAJA KAK..BUKAN STEP BY STEP...PAYAH NAK SIAP..LAA,IN FACT THIS MOST EASIERST KAK!
ReplyDeleteTapi cupcake sekarang semua dah mudah membuatnya. Terutama bila kemudahan dah ada. Bukan mcm dulu dulu
DeleteKAK ZIE DAH CUN CUPCAKES NI...NK YG NIKEE PUNYA DALAM IVILLAGE 50 BEST CUPCAKES RECIPES.CHK GOOGLES AKAK AKN DAPAT SEMUA CUPCAKES YG KEBANYAKKAN NIKEE DAH CUBA KAK..CUME TAKDER BLOG MASA TU..GOOD RESEPI FOR UR CAKE SELLING....
ReplyDeleteI am so happy with my latest recipe, cukup sedap tapi kalau nak belajar resepi lain, tak ada salahnya.
DeleteAzie, your cupcakes do look very moist and fluffy. I love it that the top is smooth. I usually have cracks on my cupcakes. I must try your recipe soon!
ReplyDeletePH, I am so happy with the final outcome of this cupcake. It has all the things that I am looking for a vanilla butter cake. Should try. No regret
DeleteI-VILLAGE CUPCAKES RESEPI MMG BEST AKAK CARI MAGNOLIA VANILLA CUPCAKES AND IVILLAGE NO REGRET SBB BYK CUPCAKES YG DAPAT TAU GOOD FOR BISNES KAK
ReplyDeleteOhh tadi ada juga tengok Magnolia Butter Cake. Resepi lebih kurang jer. I mmg cari resepi yg banyak reviewer. Bila dah cuba OK, would rather stick to that unless ada perbezaan spt penggunaan bahan.
DeleteHi Kak,
ReplyDeleteTerima kasih pada comment mengenai rumput di laman.
Saya cuba resipi cupcake ni semalam. Memang sedap sangat.
Regards,
Sally
Sally, lepas sehari lagi sedap pada saya. Rasa lagi moist
DeleteSalam kak azie, susu tu fresh milk ke susu lain? Baru nak belajar :)
ReplyDeleteSilent reader
May
Saya guna fresh milk.
DeleteSalam kak Azie, thanks for recipe. Sy dah try da. ada kawan ckp mcm bubuh cheese jer. Tapi saya ada masalah dengan papercup. kadang2 papercup akan tercabut dr kek la. Saya guna papercup mcm akak tu. Akak ada petua x??
ReplyDeleteDear,
DeleteSusah juga tu kr saya tak pernah pula mengalami masalah spt itu. Elok jer melekat, spt dalam gambar tu
kak..nk tye,,cupcakes vanilla ni bole tahan berapa lama ea kalau dibiarkan dlm suhu bilik?
ReplyDeleteSaya letak dalam bekas kek dan tutup 3-4 hari kat atas meja, ok jer
Deleteoh..tq kak..saye risau cupcakes yg sy buat ni basi..huhu *by the way..sedap giler resipi ni!
Deleteas salâm.
ReplyDeletekak, bunga ats frosting tư cmna bt? ada jual đh siap kê kt kdai?
tq
Beli siap jer. Kalau mahu, boleh buat sendiri
DeleteSalam..
ReplyDelete3/4 cawan butter tu agak2 brapa gram ye?
Tq :)
Around 170 gram
DeleteSalam nak tanya,, utk frosting tu ,, powdered sugar tu memang kena 8 cawan ke? Klau kurang dia x jadi eh ?
ReplyDelete