Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

1 Jan 2013

Kuih Keria


 





Sebenarnya sejak balik melawat my MIL yang diserang angin ahmar atau mild stroke, saya masih dalam keadaan terkejut melihat keadaan beliau. Saya menjadi sangat sangat insaf dan takut bila melihat bagaimana dalam sekelip mata Allah menarik segala nikmat. Begitu juga dengan kematian yang boleh memisahkan segala galanya dan tertutup segala nikmat kehidupan. Bak kata Ustaz Kazim dalam ceramahnya, nikmat yang paling besar adalah nikmat kehidupan, masih bernyawa kerana masih boleh beribadat, masih boleh bertaubat dan sebagainya. Setelah nyawa terpisah dari badan, segala galanya telah tertutup. Hanya menunggu balasan atas segala perbuatan baik dan jahat yang dilakukan di dunia semasa masih hidup. Tiada lagi peluang kedua diberikan. Itu sebab kita digalakkan menziarahi orang yang sakit dan orang mati supaya kita mengambil iktibar dan melihat betapa tiada kehidupan yang kekal abadi. Betapa dunia ini tiada maknanya. Ambik pengajaran daripadanya dan berubah dengan serta merta. OK lah cukuplah setakat ini dan jom kita tukar topik kepada kuih yang saya sediakan pagi tadi. 

Selain Kuih Chek Mek Molek di SINI, saya juga menyediakan Kuih Keria menggunakan ubi keledek yang direbus tahun 2012. Kuih Keria adalah kuih kegemaran my hubby dan anak anak. Saya pula, agak kurang menggemarinya kerana tak suka memegang kuih melekit dan belengas di tangan ini. Tapi sebab Juita ada juga menyebut kuih keria, jadi saya tunaikan juga. Lagi pulak, kedua dua kuih ini menggunakan bahan dan doh yang sama iaitu ubi keledek rebus yang ditumbuk dan kemudian digaul dengan tepung gandum. Yang berbeza hanya kuih keria digoreng dan disira dengan air gula. Manakala kuih Che Mek Molek dibungkus gula didalamnya dan digoreng sehingga gula didalamnya mencair.


Alhamdulillah air gula saya menjadi lebih baik berbanding dengan air gula semasa saya menyira Kuih Keria Labu semalam. Untuk rujukan saya di masa akan datang, saya tuliskan di bawah bahan dan cara cara membuatnya.







Sira Kuih Keria
Oleh: Azie Kitchen

3 sudu besar gula
2 sudu besar air
Sedikit tepung gamdum

Panaskan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih. Masukkan kuih keria yang telah disejukkan dan kacau rata.

Apabila air gula bersalut rata di kuih keria, taburkan sedikit tepung gamdum supaya ia tahan lama dan tidak mudah cair. 

Terus dikacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih. Tutup api dan bolehlah dikeluarkan dari kuali.





9 ulasan:

  1. Cntik bentuk kuihnya kak....sekata je....klau sy main gulung jer....hihihi.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu pun buat asal siap jer. Skrg tak boleh berdiri lama, buat sambil duduk kat bangku tinggi tu. kekok buat kerja sambil duduk ni

      Padam
  2. cantik bentuknye dah mcm donut... ohh... pagi ni kami sefamili pun breakfast ngn kuih keria ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami breakfast semalam dg chek mek molek dan kuih keria

      Padam
  3. Lama tak makan kuih keria...sekata je salutan gula tu...tak tau pula kalau buh tepung gandum dia xmencair..terima kasih atas tips

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun mencari tips dalam google juga

      Padam
  4. Balasan
    1. Siapa yg suka kuih berasaskan keledek, pasti suka kuih keria.

      Padam
  5. cantik bentuk nye..
    sy nak cuba buat jugak la..anak2 suke makan kuih..

    jemput ke blog saya..
    http://norzuryati.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.