Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

28 Jan 2013

Gulai Nasi Berlauk Kelantan






Selamat bercuti sempena hari Thaipusam kepada semua pembaca blog Azie Kitchen. Ini adalah entri semalam iaitu hari minggu di mana saya telah memasak Gulai Nasi Berlauk Kelantan yang memang menjadi hidangan untuk sarapan orang Kelantan. Saya belajar resepi ini dari Kak Yah, kawan senegeri yang dikenali semasa ke surau Ad Dhuha. Baru baru ini, saya telah menggunakan resepi ini juga tetapi untuk menyediakan Gulai Telur Masin yang diletakkan sekali belimbing buluh. Kesedapan gulai tersebut menyebabkan saya memasaknya sekali lagi. Tetapi kali ini, menggunakan ikan yang direbus dan dibiarkan semalaman.  Boleh klik di SINI untuk entri Gulai Kuning Nasi Berlauk Kelantan.

Gulai ini sedap dimakan dengan sambal yang dipanggil oleh orang Kelantan sebagai sambal lada di mana, ianya menggunakan cili kering dan ada juga yang menggunakan cili padi atau dipanggil lada cengek.  Bagai melengkapkan hidangan lauk nasi berlauk, saya masukkan sekali ikan kering yang dicelur seketika dengan gula dan juga timun di samping belimbing buluh. Kalau tak ada belimbing buluh, bolehlah digunakan asam keping.

 

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3-4 ekor ikan kembung rebus
6-7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
4 hirisan lengkuas
Sedikit cili kisar - tak mahu letak pun, tak apa
Garam
Sedikit gula/ajino moto
1 keping asam keping
Santan

Cili hidup -cili solok, lagi sedap
Timun dan kacang panjang
Ikan kering - jika suka

Cara cara:
Ikan direbus dengan garam dan 8-10 keping asam keping. Kalau dibiarkan semalaman, lagi sedap dan mesra. Jika suka, celurkan ikan kering dengan merebus air hingga mendidih, masukkan sedikit gula dan celur ikan kering seketika. Angkat dan tos.

Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas. Masukkan bahan kisar ke dalam santan. Masak atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga menggelegak. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali masukkan ikan rebus, cili hidup, timun dan kacang panjang. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih serta sambal belacan. 








10 ulasan:

  1. Huhu rindu nyer nak makan nasi berlauk bila tengok gambar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini pun sebab rindu, saya memasak lauk Kelantan

      Padam
  2. Pakai ikan ape ni? Selar ko selaye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap guna ikan selar kuning atau kembung

      Padam
  3. Berehhh trimo kasih kak dap ohhhh

    BalasPadam
  4. Thanks Azie, resepi U semua sesedap rasa dan seindah gambarnya ♥♥♥

    BalasPadam
  5. Salam K. Azie. Mcm mana nk buat sambal lada nasi berlauk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam kak azie.. Ryn rs klu kita guna ikan tongkol @ aya lg sdp..

      Padam
    2. Ya ikan tongkol lebih popular tetapi sekali sekala ingin menikmati ikan lain sebagai mengimbau zaman kanak kanak di kampung. Ikan kembung dan ikan selar kuning juga diguna utk lauk nasi berlauk.

      Padam
  6. Br je masak ike ayo mkn esk nasi berlauk heheh

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.