Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

30 Dis 2012

Moist Chocolate Cake Buat Cik Su







Kek Coklat yang sangat sedap dan sangat moist ini disediakan untuk Cik gu Hasliza, adik bongsu saya dan anak anak yang sangat menggemari. Setakat ini, resepi ini adalah antara resepi Kek Coklat yang terbaik. Boleh rujuk resepi di SINI dan juga di SINI. Saya tidak bercadang untuk bercerita pasal resepi kek dan sebagainya. Cuma di sini, saya ingin kongsikan resepi topping yang disediakan sendiri oleh Cik Su. Menurutnya, resepi ini dipelajari dari kakak ipar beliau. Memang sedap topping yang disediakan. Untuk rujukan, saya tuliskan di bawah bahan bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya. Jom layaannn...



Chocolate Frosting

Bahan bahan:
1/2 tin susu pekat manis
5 sudu besar milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil nescafe (opsyenal)

Satukan kesemua bahan di atas dan kacau di atas dapur dengan menggunakan api yang perlahan sehingga mencapai kepekatanyang disukai.

Jika terlebih pekat, bolehlah ditambahkan sedikit susu cair. Angkat dan tuangkan ke atas kek coklat yang telah disejukkan.


4 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.