Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

21 Dis 2012

Bingka Durian







Sementara semua keluarga saya ada di rumah, saya mengambil kesempatan membuat kuih muih berasaskan durian. Insya Allah, petang nanti, adik bongsu saya dan keluarganya akan sampai. Kalau semalam, saya menyediakan Kuih Talam Durian, hari ini pula saya membuat Kuih Bingka Durian. Kalau tidak dibuat waktu ini, alamak susahlah untuk membuatnya di waktu lain kerana anak anak saya tak menyukai kuih kuih Melayu seperti ini. Berbeza dengan saya, yang sedari kecil hanya terdedah kepada kuih muih tradisional samada yang disediakan oleh bonda saya atau yang dijual di kedai kedai. 

Kuih Bingka ini kalau di Kelantan dikenali dengan Kuih Bengkang. Ianya adalah dua perkara yang sama, cuma panggilan sahaja berbeza. Saya suka menyediakan kuih kuih bingka kerana ianya sangat cepat disediakan, masukkan kesemua sekali ke dalam blender dan siap untuk dibakar. Bakar dalam 1 jam atau sehingga garing sementara kita boleh melakukan kerja kerja lain. 

Selain mudah dan cepat, saya memilih untuk membuat kuih Bingka hari ini kerana masih mempunyai stok durian yang dibawa balik dari kampung hubby dan disimpan di dalam freezer. Kalau untuk dimakan begitu sahaja atau untuk dimakan dengan pulut durian, rasanya dah tak berapa sedap. Jadi makanya, terjadilah kuih muih dari isi durian untuk hidangan kami petang nanti.

Jom layan resepi yang sangat mudah tetapi menghasilkan kuih yang sangat sedap. Apa lagi penggemar durian,  jom cuba membuatnya sendiri di rumah sebagai hidangan petang untuk mengetahui bagaimana sedapnya....





Kuih Bingka Durian

Bahan bahan:
4 biji Telur
350gm Gula Pasir
350gm Tepung Gandum
350gm Isi Durian (guna 400gm)
2 sb Tepung Beras
400ml Santan Kotak
300ml Air
2 sb Mentega Cair
½ st Garam
Pewarna Kuning
Sedikit bijan

Cara cara:
Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam food processor/ blender sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang saiz 9 inci persegi (saya guna loyang saiz 10x7 inci) yg di lapik kertas aluminium dan diminyakkan. Tabur bijan dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak dan garing permukaan nya.

Biarkan betul betul sejuk sebelum di potong dengan pisau plastik bagi menghasilkan potongan kuih yang cantik.





8 ulasan:

  1. wahh..sedapnye kak azie..bak 2 potong!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ina, datang rumah, kita bagi seloyang. hahaha

      Padam
  2. Sedap! Tempat sy d panggil Kuih Bakar klu d bakar dlm acuan bunga kmi panggil Kuih Kemboja..aroma daun pndan yg menmbh sedapnya kuih ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama panggilan berbeza tapi kuihnya yang sama.

      Padam
  3. salam kak, cantek hasilnya, mesti sedap sangat nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rohah, sedap dan secukup rasa jer kemanisannya

      Padam
  4. Tak dapat nak merasa bingka durian..Jenis tak makan durian..Cam gini la..Akak sihat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, beransur pulih, cuma kena banyakkan rehat.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.