Inilah lauk yang saya masak untuk dimakan bersama dengan nasi lemak hidangan sarapan pagi Nana dan kawan kawannya sebelum bertolak ke Johor untuk bercuti ke Singapura tempoh hari. Klik di SINI. Saya bertanya kenapa tidak ke Bandung, jawabnya mereka belum bekerja, jadi mulakan dengan negara yang dekat dahulu sebab boleh drive dan boleh tidur di rumah Nad. Hmmm bagus juga jawapan tu. Lagi pulak mereka semua sedang memikirkan hala tuju samada ingin membuat intern di Malaysia atau di Egypt.
Berbalik kepada sambal tumis sotong kering ini, ianya dibuat atas permintaan Nana yang katanya diminta oleh Hani. Bagi memastikan sotong benar benar lembut, saya merendam sekurang kurangnya 6 jam atau semalaman dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1:10 bahagian, diikuti dengan air panas selama lagi 1 jam sebelum dipotong untuk dimasak. Saya sendiri memang suka makan sotong kering yang rasanya memang sedap berbanding dengan sotong rendam.

Jom kita tengok resepi sambal tumis yang saya buat pagi ini. Sambal tumis ini kiranya masakan yang memang sentiasa saya sediakan untuk keluarga saya. Jadi ianya macam orang kata lah, practice makes perfect kan. Begitu juga saya, banyak belajar tips untuk memasak Sambal Tumis yang sedap. Lebih lebih lagi, hubby pun suka Sambal tumis Udang.
Antara yang mesti diperhatikan untuk menghasilkan sambal yang sedap ialah penggunaan bawang yang banyak, cili kisar pula mesti digoreng sehingga garing dengan api perlahan. Manakala rasanya mesti agak manis dan gula pulak dimasukkan sebelum memasukkan bahan bahan lain. Selepas bahan tumis garing, masukkan gula terlebih dahulu. Dengan cara itu, warna sambal kita juga akan menjadi cantik dengan berwarna merah gelap.

Sambal Tumis Sotong Kering
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4-5 ekor sotong kering - potong kecil
3-4 senduk cili kisar
5 bawang besar
1 labu bawang putih
1-2 inci halia
3 sudu besar gula (atau secukup rasa)
Garam
Asam keping/air asam jawa
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4-5 ekor sotong kering - potong kecil
3-4 senduk cili kisar
5 bawang besar
1 labu bawang putih
1-2 inci halia
3 sudu besar gula (atau secukup rasa)
Garam
Asam keping/air asam jawa
Cara cara:
Sotong kering direndam dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1: 10 selama 6 jam diikuti dengan air panas selama 1 jam. Basuh dan potong kecil.
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar dengan api perlahan sehingga benar benar garing.
Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu da kacau sehingga gula hancur. Kemudian masukkan sotong dan digaul rata sebelum dimasukkan air.
Masak dengan api perlahan supaya sotong masak dan masukkan garam dan asam. Setelah secukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

alahaii kak terliur saya tgk sambal sotong kering akak tu. nampak sedap sgt
ReplyDeleteMamasyaza, memang sedap sotong kering ni. Bukan sebab I yg masak tapi sebab sotong kering, memang sedap.
Deletesalam Kak, lapor le...ada lagi ke ..nak sikit.
ReplyDeleteIta, hari tu masak 1 kuali besar sorong kering sambal tumis. Bila tengok dah nak habis, masak lagi 1 kuali besar. Nasi lemak pun lepas dah nak habis, kukus lagi satu periuk. Memang hari tu, rasa guilty sangat sangat sebab tak boleh nak kontrol diri
Deletealamak... laparlah pulak perut tengok sambal sotong kering ni.... adeeehhhh!
ReplyDeleteAmie, mmg sedap sangat sambal umis sotong kering ni. Saya tak suka sotong rendam tu
Deletesedapnya kak azie..lm x buat sambal sotong nie..:))
ReplyDeleteAsmah, memand sedap. 2 kuali besar habis licin sebab dimakan berulang ulang. Nasi lemak juga dimasak 2 kali sebab kehabisan
DeleteKak Azie,sedap dan menyelerakan,tapi As selalunya tak pandai rendam sotong kering macam tu cuma As masak lama aje.
ReplyDeleteMasak lama pun masih liat. Cuba ikut cara yang saya buat di atas tu. gerenti lembut
Deletesalam kakazie..nmpak sedap banget sambal sotong tuh..kita tak pernah lagi wat sambal sotong kering selalunye guna sotong segar jek..sbb mcm tak berani nk try..hehe! so resipi akak nih kena masuk list lah..tq for sharing ye kak!
ReplyDeleteSaya lebih suka sotong kering dari sotong segar kalau dimasak sambal tumis, lebih lebih lagi jika dimakan dengan nasi lemak. Kalau makan nasi putih, ok lah sotong segar sebab biasanya ada banyak lauk pauk. Kalau nasi lemak, lauknya ringkas jer....
DeleteAs salam Kak Azie,masakan kak Azie membuat saya teruja untuk mengikuti blog ini.harap kak Azie sudi menjadi kawan dapur baru saya yang tak seberapa ini.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi mengikuti blog saya. Insya Allah, semoga kita dpt berkenalan dan berkawan dg lebih rapat lagi
Deleteslm kak azie, sy slalu mengikuti blog akk. mmg resepi akk sume sdp2, minta izin sy nk share resepi. tima kase byk2. akk, nk tanye air abu tu nk dpt dr mana? ingat sok nk msk sambal sotong nmpk sgt menyelerakan resepi akk tu. trima kase skali lg.
ReplyDeleteAir abu tu ada dijual dikedai kedai runcit
Deleteslm kak azie, sy slalu mengikuti blog akk. mmg resepi akk sume sdp2, minta izin sy nk share resepi. tima kase byk2. akk, nk tanye air abu tu nk dpt dr mana? ingat sok nk msk sambal sotong nmpk sgt menyelerakan resepi akk tu. trima kase skali lg.
ReplyDeleteKami beli di kedai runcit di seksyen 6 kota damansara
Deleterindu dgn tok saya bila tgk sambal sotong kering..dia msak mmg sedap.. :(
ReplyDeleteSaya pun sangat suka sambal tumis sotong kering berbanding dengan sotong rendam
Delete