Telah beberapa hari, saya asyik dok teringatkan raja segala buah iaitu buah durian. Rupanya bukan saya sahaja yang teringin nak makan durian tetapi Nellisa juga. Balik dari pejabat hari ini, saya terus mengukus pulut untuk dimakan dengan durian bersama santan yang diperah sendiri. Haai sejak pandai mengukus pulut ni, memang saya tak lagi menanak pulut. Bukan apa, tapi kerana pulut yang dikukus memang terhasil sangat cantik dan tidak berkerak.
Jom ikut saya layan yang terlebih rajin ni kerana hari ini saya mengambil gambar langkah demi langkah yang diambil menggunakan handphone Boy kerana kamera kami masuk workshop....
Pulut Kukus
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Beras pulut
Secubit garam
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sb minyak masak
Serbuk kunyit, jika mahu buat pulut kuning
Cara-cara:
Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.
Masukkan beras pulut ke dalam periuk pengukus yang telah mendidih. Guntingkan daun pandan, jika suka. Kukus selama 15 ke 20 minit.
Masukkan beras pulut ke dalam periuk pengukus yang telah mendidih. Guntingkan daun pandan, jika suka. Kukus selama 15 ke 20 minit.
Angkat dan tuang ke dalam bekas. Renjis renjiskan air sedikit demi sedikit ke atas pulut sehingga pulut nampak kebasahan dan lembut.
Tuang pula minyak masak ke atas pulut dan gaul rata. Kemudian masukkan semula pulut ini ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 15-20 minit. Kalau pulut masih nampak keras, renjiskan sedikit lagi air.











wahh kak azie, bikin yong terliur pagi nie..
ReplyDeleteyong paling malas nak buat mengukus pulut..
tapi makan nak.. hahaa
Cik Yong, sejak pandai mengukus ni, jadi seronok nak mengukus wp pulut yang dimasak sikit sahaja
Deletemmng cantik pulut kalau di kukus....suka tngk pulut lembut tapi lerai satu2...
ReplyDeleteBetul tu, sis. Lebih lebih lagi cantik dan tak berkerak.
Deleteidam cantik? cubalah resipi mudah fungus BBC MARDI Station hanya di MARDI Station CH
ReplyDeleteInsya Allah
DeleteHa yg ni betol la...pulut KUKUS,tapi apasal lak disiram ngan minyak masak lak???awat tak tarok ja kepala santan!!!tapi memang sedap siot...
ReplyDeleteAda macam macam cara mengukus pulut. Ada yg disiram dg santan, ada yg disiram dg air sahaja dan ada yg disiram dg minyak. Yg ini memang tak menggunakan santan.
Delete