Iklan Nuffnang

28 Nov 2012

Puding Raja Akhirnya.....





Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan kawan yang telah memberikan ucapan tahniah, doa dan pelbagai ucapan sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke25 pada hari ini. Saya harus akui bahawa tempoh ini adalah tempoh yang cukup untuk mematangkan umur sebuah perkahwinan. Namun dalam perkahwinan terdapat suka duka, bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Begitu juga dengan kami, namun kesabaran dan ketabahan telah menyebabkan perkahwinan masih bertahan sehingga ke hari ini. OK lah kita beralih pula pada resepi yang saya ingin kongsikan pada hari ini, iaitu Puding Raja.

Hasrat untuk membuat Puding Raja akhir tercapai apabila hubby mempunyai tugasan di Kota Bharu. Saya memesan hubby membeli jala emas yang merupakan antara bahan penting yang memberikan kesedapan pada puding raja.  Saya berbelah bahagi samada untuk membuat jala emas sendiri atau membeli yang ready made sahaja. Kalau ada yang berminat untuk cuba membuatnya sendiri, bolehlah rujuk pada entri yang dikongsi oleh sahabat saya di blog Spices Journey.

Selepas mempunyai stok jala emas, masalah yang saya hadapi adalah mencari pisang lemak manis yang merupakan bahan utama dalam penyediaan Puding Raja. Lama resepi ini diperam dan lama juga jala emas disimpan. Saya sebenarnya tidak pernah melihat pisang lemak manis, apalagi membelinya. Kawan kawan fb memberitahu yang pisang ini boleh dibeli di Pasar Borong Selayang. Tapi bukan mudah untuk kami ke sana, seingat saya hanya sekali atau dua saya ke sana. Itupun dah berpuluh tahun lepas. Hari ini, akhirnya hasrat saya untuk membeli pisang lemak manis tercapai apabila selepas bersarapan, saya tergerak hati untuk singgah di gerai pasar tani di tempat parking di Tangling dan mendapati ianya ada dijual di situ.

Yeaay akhirnya ... Saya menghantar What's App meminta Nana menyediakan puding raja hari ini. Walaupun tak betul betul dihias cantik, namun puashati kerana dapat akhirnya menikmati puding raja yang telah lama diidam idamkan. Resepi Puding Raja ni dah lama saya perolehi dari buku masakan Air Tangan Tengku Puan Pahang yang dihadiahkan oleh Dato' Daing Khatijah yang ditandatangani oleh Tengku Puan Pahang sendiri, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan idola saya sejak dulu.

Jom layan resepi dulu....



Puding Raja
Sumber: buku Air Tangan Tengku Puan Pahang

Bahan bahan:
4 sikat pisang lemak manis - buang kulit
1 cawan biji gajus - digoreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun - potong 4
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding:
1 tin susu cair
3 biji telur - ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula (ikut citarasa)
Daun pandan - simpul
Esen vanilla

Cara memasak:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.

Kuah Puding:
Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. 

Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak  bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang:
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus.
Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.





19 comments:

Shiela said...

Ya ampun terliur sungguhnya laa Azie.. bila laa nak buat pulak ni.. i mmg suka sgt puding raja ni.

Azie said...

Dear, Nana main campak jer bahan bahan hiasan tu, tak tersusun cantik dan gambar pun tak secantik gambar puding raja yg dalam blog you. Ceri pun tak ada, jadi warna dah kurang. Tapi rasa sedap

Shiela said...

ok jer i nengok.. dear.. just nak share with u, i baru jer petang semalam buat lagi Bengkang Pandan. Kalini i bakar guna dapur gas cam i cakap aritu. best sangat kelilingnya garing.. ada few pic kat N3 Bengkang Pandan tu kalau u nak nengok.. http://spicesjourney.blogspot.com/2012/11/bengkang-pandan-spices-journey.html

Hasidah Bt Awang said...

Salam kenal sis...bestnya..terliur dibuatnya..

ummiaisyah said...

salam kenal Kak Azie...
sedapnya nmpk puding raja tu..xlusif betoi puding ni..susah nk jumpa! camne le rasa nye ya...ad gajus plak...mmmmm

Azie said...

Oh OK, nnt I tengok. I mmg suka bingka yg garing keliling tu. kalau di bulan puasa, mmg tiap hari membelinya di cafe

Azie said...

Salam Kenal. Memang best, patutlah sajian istimewa istana

Azie said...

Salam kenal. Memang eksklusif sebab dulu dulu, ianya puding sajian istana sebab bahan bahan yang dimasukkan ke dalamnya agak remeh seperti membuat jala emas. Bahan tabur pun sangat mewah spt prune, gajus, ceri. Saya tak letak ceri sebab tak ada stok.

umi h said...

Jala emas Tu Ada jual ke kn buat sndiri.klu Ada ready made senangle ckit

Azie said...

Ready made byk dijual di Kota Bharu. Boleh frozenkan utk kegunaan masa depan

ozieboo said...

salam pkenalan

ozieboo said...

salam pkenalan...kak nak tanya...pas susun pisang elok2...n bhn2 yg lain..kuah kastard tuang ke dlm acuan ker? n perlu d sejuk kn sblm mkn?

Sungai Kuali Camp Site said...

Salam kenal kak azie.. sedapnya kak... last mkn ms mengandungkan ank ke2..suruh mak mertua buatkan. Kak, nak tnye pasai jala mas tu ad yg ready made ye? Mn nak dpt ye? Kl ad x?

Azie said...

Kami beli ready made di Pasar Siti Khadijah KB

Salamiah Othman said...

Mmg namenye jala emas ye..kt pasir gudang johor ade jual x?

MSSM Skuasy said...

kak nak tanye jala emas nk dpt kat mne.. n x nk wat cam ne

Azie said...

Beli di Kelantan. Di Pasar Besar Siti Khadijah. Boleh beli banyak banyak dan simpan di dalam freezer. Ianya boleh dimakan begitu sahaja. Jangan lupa beli juga tahi itik.

Najieza said...

Puding raja mmg sedap..sy bru try smlm..sblum ni dgr2 je..smlm bru ada rezeki nk rs..ingt nk try buat sendri..sy mtk resepi ni ye..nk try buat..

mentari merah diufuk timur said...

Blh bg resepi cam ner nk buat jala emas tu..