Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 27 September 2012

Masak Tempoyak Ikan Kembung Dengan Timun





Ini adalah lauk hidangan dinner minggu lepas semasa my MIL masih ada di rumah kami. Memikirkan  orang Perak suka makan ikan masak tempoyak, semasa balik dari pejabat, kami singgah di kedai runcit membeli beberapa ekor ikan kembung. Lagi pulak rasa macam dah lama sekali tak memasak Tempoyak Ikan Kembung ni. Asyik asyik masak tempoyak Ikan Patin jer. Sekali sekala teringin juga makan ikan kembung yang tidak berlemak dan tidak memuakkan.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, memang tak lalu makan makanan berlemak, dek badan yang rasa sakit sakit seperti simptom mahu demam selsema. Jadi saya memasak masakan yang simple simple jer. Seperti biasa masak tempoyak ni sedap jika dimasukkan sekali hirisan timum atau pun taugeh yang besar besar tu. Dengan itu, dah kira "2 in 1" lah sebab dah tak perlu lagi nak memasak atau menggoreng sayuran.

Jom lah kita semak resepi yang saya gunakan. Saya memang tak meletak asam keping kerana tempoyak memang dah masam dan dimasukkan sedikit gula.





Masak Tempoyak Ikan Kembung 

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung
1 sk kunyit serbuk
2 biji cili merah (ditumbuk halus) 
1 senduk tempoyak (nak pekat letak lebih lagi) 
1 biji timun  (dipotong serong) 
Air secukupnya
Garam
Gula

Cara-cara:
Cili ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak, serbuk kunyit dan garam. Masukkan ke dalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata.

Masak dan kacau selama 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu sebelum dimasukkan timun. 
Masukkan asam keping jika kurang masam dan juga sedikit gula.

Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.




9 comments:

  1. Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

    Saygılar.

    ReplyDelete
  2. salam azie,
    sedapnya...tengok gambar pun dah tahu rasanya...yummy!
    Azie tahu tak macam mana nak buat kuih buah peria?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada resepinya tapi tak pernah cuba lagi. Sebab rasa macam remeh sikit nak membuatnya, jadi kalau nak makan sebiji dua, baik jer dibeli. Lagipun radanya, di rumah ni, I sorang jer kot yg suka kuih tu.

      Delete
  3. Salam kak Zie...emmm pagi2 dah jamu mata ngan tempoyak....sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan masa sedang dimasak, semerbak baubdi dapur

      Delete
  4. Salam, kak zie pernah cuba dengan timun ladang tak...lagi sedap tau sebab timun tu masam2 sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tak pernah pulak cuba. Nnt lain kali boleh cuba guna timun tu

      Delete
  5. sedap!! tuang kuah banjir2....lepas nasi sikit aje..bila nasi abis tambah nasi, lepas tu kuah pulak abis..tambah kuah..begitu la seterusnya sampai gendang gendut tali kecapi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chah, hahaha ada ada jer ya. Tapi memang sedap. semasa sedang dimasak tu, semerbak dapur.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.