Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

16 Sep 2012

Kek Marble Anis Yang Sangat Mabeles







Aduh aduh mana tahan... sebab tak tertahan, saya makan berketul ketul berulang ulang tanpa risau akan kenaikan berat badan pun masa tu. Saya makan kek Marble yang sangat sedap ini semasa jamuan hari terbuka di pejabat di Shah Alam sehingga terbawa bawa ke rumah. Sehingga sampai rumah pun, saya masih terkenang kenang keenakan kek itu. Rasanya lembab lembab dan manis manja giteewww. Kesedapannya menjadikan saya tanpa malu terus meminta resepi dari Anisah. Sebelum ini saya dah banyak kali menyediakan Kek Marble Trio yang juga sangat gebu dan lembab. Boleh klik di SINI untuk resepi dan gambar gambar.





Saya seperti yang saya tulis dulu memang menyukai kek yang simple seperti kek Butter, Kek Marble yang menggunakan bahan yang sedikit sahaja. Terima kasih Anis kerana sudi berkongsi resepi dan menurutnya resepi ini diperolehi dari kakak saudara beliau. Saya nak namakan kek ini sebagai Kek Marble Anis lah sempena mendapat resepi ini dari Anis. Resepi ini menghasilkan 2 biji kek menggunakan loyang bersaiz 8". Jadi kalau tak ada majlis tertentu, bolehlah dibuat hanya setengah adunan jer.

Kalau nak tahu bagaimana rasanya, jomlah kita cuba buat kek ini pula. Jom layan resepi di bawah...   

 





Kek Marble Anis

Bahan bahan:
10 biji telur
450gm marjerin
350gm gula kaster
350gm tepung (guna tepung kek Bluekey)
1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
Sedikit esen vanila
Pewarna (merah/purple/hijau) -  atau apa apa warna yang disukai


Cara cara:
Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang. Kemudian, pukul telur satu per satu sehingga adunan kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan gaulkan.

Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit  sambil dipukul hingga rata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, mengikut warna yang disukai.

Masukkan 1 senduk adunan (merah) di tengah tengah loyang yang telah dilenser majerin, kemudian, 1 senduk adunan (hijau) di atas adunan warna merah dan 1 senduk adunan (purple) dan ulangi sehingga habis dan lorekkan.







Bakar pada suhu 180C menggunakan api bawah sahaja selama 30 minit dan selepas itu, baru menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit lagi.


Nota:
Sukatan ini boleh dapat 2 biji kek untuk loyang saiz 8".
Boleh juga dibuat sebagai cupcake.

Bila kek masak sahaja, terus dimatikan oven kerana tidak mahu terlebih bakar bagi menghasilkan kek yang moist.











19 ulasan:

  1. Kalau kali pertama kita rasa sedap... memang teringat2 sampai bila2 kan Azie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Amie. Bak cinta pandang pertama. I mmg suka kek yg simple mcm ni. Lembab lembab manja giteeww

      Padam
  2. Love this cake, Azie! It is so colorful and simple to make. I will be like you too, makan tak sudah, sudah. Yum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, i love the simple cake too. Masa kecik kecik dulu selalu makan kek kosong jer kan.

      Padam
  3. nampak sedap sangat kek marble tu Zie boleh lah try lepas ni pasti sedappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, I suka kek ni plain dan sgt moist. Bahannya sgt mudah, cuma guna majerin jer. Cuba lah

      Padam
  4. Assalamualaikum Azie :D
    Mak Kak Lin mmg suka sangat2 Kek Ni....biasanya Kak Lin buat mmg lebih tapi tak pernah pulak guna sampai 10 biji telur...tentu besar kek ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lin, mmg besar. Adunan ni menghasilkan 2 biji kek saiz 8". Saya cuma buat setengah adunan sahaja.

      Padam
  5. salam kak zie,tini dah buat kek marble ni....memang mabeles...anak2 pun suka....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tini, terima kasih kerana sudi mencuba. Mmg moist kan?

      Padam
  6. Boleh guna butter?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Guna butter lagi sedap

      Padam
  7. susu segar tak perlu ke

    BalasPadam
  8. Kalau nak buat 1/2 adunan maknanya semua bahan-bahan di bahagi dua ke? Nampak sedap sangat kek ni. Tak sabar nak mencubanya......... Kak Raja.

    BalasPadam
  9. salam kak azie,
    tepung blue key tue tepung gndum @self raising flour

    BalasPadam
  10. Salam kak Azie,

    Boleh tahu kenapa mula-mula kena bakar menggunakan api bawah sahaja? Ada beza tak kalau terus bakar menggunakan api atas dan bawah?

    Terima kasih.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.