Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

12 Sep 2012

Agar Agar Santan Rose








Bila badan tak sihat, rasa panas dan tekak merah, mula selera makan berubah. Rasa nak makan benda benda yang sejuk jer. Haaa itu yang terus terfikir nak buat agar agar yang dipost dalam blog Oven Kecil ni.  Sekembali dari klinik dan kemudian ke KLIA, saya terus membuat agar agar Santan Rose. Tapi kejadian agar agar ini adalah gagal kerana tidak membentuk 2 lapisan yang cantik walaupun rasanya tetap sedap.

Saya menggunakan sukatan cawan tadi. Rasanya macam pengiraan air saya dah tak tepat. Sebab 1 liter sama dg 1000ml tapi bila saya menggunakan 4 cawan air, hanya bersamaan dengan 800ml air sahaja. Aduh sungguh tak berhati hati. Kalau dibaca sukatan air yang dicadangkan pada serbuk agar agar yang digunakan ialah 1 liter air bagi setiap 10 gram serbuk agar agar. Saya lebih suka agar agar yang lembut berbanding dengan agar agar keras kenyal.

Jom tengok resepi di bawah...






Agar Agar Santan Sirap Rose

Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm ( lebih kurang 1 1/2 sb)
1 liter air (5 cawan air)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
250 ml santan pekat (1 cawan) - guna 1 santan kotak + 50 ml air
1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak sikit dg garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap rose - atau guna pewarna pink dan perisa rose
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
Masak air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.

Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.





9 ulasan:

  1. Assalam Azie.. sweettnyerrr warna agar agar tu.. take good care n get well soon dear.

    BalasPadam
  2. ni kalau makan sejuk2 pergh...memang best.. warna pink lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balqis, warna sudah sweet, tapi hanya jadi 1 warna, bukan 2 lapis. Tapi rasa maintain sedap

      Padam
  3. Comelnya agar2 santan rose azie ni....pink gitewww.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norzie, senang makan. 1 ketul sekali masuk mulut gitewww

      Padam
  4. Assalamualaikum Azie :D
    Sungguh cantik, Sungguh comel, Sungguh sedap...
    Kak Lin suka tengok warnanya...lembut gitu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi singgah

      Padam
  5. sya ade try bwt, tpi agar2 sya tak mnjadi. malahan santan nya tkumpul d ats. agaknya mngapa tu ye?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.