Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

10 Sep 2012

Agar Agar Santan dan Rose






Hari ini saya membawa Agar Agar Santan dan Rose ke pejabat sempena makan makan bagi meraikan harijadi kawan kawan, selain dari Puding Karamel di SINI. Aduhaii sedap sekali agar agar simple begini bila dimakan sejuk sejuk. Nyaman jer rasa tekak. Saya sediakan agar agar ini malam tadi sebelum masuk tidur dan disimpan di dalam peti ais bagi membolehkan ianya sejuk untuk dihidangkan pagi ini.





Lain kali, boleh disediakan lagi agar agar ini yang saya rasa sangat sedap. Lagi pun menyediakannya juga sangat cepat dengan menggunakan bahan bahan yang simple juga. Saya sebenarnya lebih suka agar agar dari puding yang biasanya lebih berlemak dan banyak bahan digunakan seperti tepung kastard, telur dan sebagainya. Lagi simple lagi sedap kalau dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Jom tengok resepi di bawah....





Agar Agar Santan dan Rose

Bahan lapisan bawah:
900ml air
1 sb serbuk agar-agar
130 gm gula pasir
1/2 sk esen ros
Sedikit pewarna merah

Bahan lapisan atas:
450ml santan - guna 1 santan kotak + 250ml air
1/2 sb serbuk agar-agar
90 gm gula pasir
1 helai daun pandan - disimpulkan

Cara cara:
Jerang semua bahan bahan lapisan bawah dengan api sederhana panas. Kacau sekali-sekala sehingga mendidih. Padamkan api dan tuangkan ke dalam loyang berukuran 10x10 yang telah dibasahkan dengan sedikit air
biarkan sehingga keras.

Jerang pula bahan lapisan atas dengan api sederhana panas dan kacau selalu. Bila mendidih padamkan api dan keluarkan daun pandan.

Bila lapisan bawah sudah hampir keras sendukkan agar agar bersantan dan tuang ke atasnya.

Biar keras baru disimpan di dalam peti sejuk




4 ulasan:

  1. Azie, I love this type of jelly with the santan on top. And by the way, the puding karamel is to die for. Very good idea to put them in small containers like that.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, this agar agar is so yummy and the caramel is to die for. I really love this new recipe

      Padam
  2. regarding the coconut milk. Is it
    1. 450g ( ccoconut + water)
    2. 200g milk + 250 water

    thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya mana mana pun boleh. Saya guna yg ke2 kr 1 kotak santan ialah 200ml. Jadi saya tambah air 250ml.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.