Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 6 August 2012

Bingka Keladi







Selain Kuih Bingka Suji di SINI, saya sediakan juga Bingka Keladi. Bukan apa, sebab nak habiskan terus ubi keladi yang ada. Maklumlah bulan puasa ni, kesempatan memasak agak terbatas. Dikuatiri ubi keladi tu jumpa dengan Cik Pah pulak. Sangat mudah menyediakan kuih bingka berbanding dengan kuih talam yang perlu dikukus dan penutup pengukus pula perlu dilap setiap 5 minit sekali bagi menghasilkan permukaan kuih talam yang cantik. Saya menggunakan resepi dari blog Yatie untuk membuat Kuih Bingka Keladi kali ini.





Kali ini saya membuat di dalam loyang dan hasilnya sangat memuaskan. Rasanya memang sedap dan sesuai dengan selera saya. Cukup lemak dan manisnya. Pastinya resepi ini boleh digunakan lagi jika ingin membuat Bingka Keladi. 

Oleh kerana kita telah menghampiri 10 malam terakhir Ramadhan yang mana di dalamnya terdapat malam Lailatul Qadar, saya ingin berkongsikan sedikit artikel yang dikongsi oleh sahabat saya tentang beberapa kelebihan malam Lailatul Qadar yang diambil dari surah al Qadar ialah: 
  • Allah menurunkan al Quran pada malam tersebut yang mana ia memberi petunjuk kepada manusia dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. 
  • Ia lebih baik baik daripada 1000 bulan (83 tahun 3 bulan). 
  • Para malaikat akan turun ke dunia pada malamnya dengan membawa kebajikan, keberkatan dan rahmat. 
  • Malam ini adalah malam kesejahteraan sehingga terbitnya fajar. Iaitu kesejahteraaan daripada neraka dan azab Tuhan bagi hamba yang menghidupkannya dengan amal ibadah. 

Rugilah orang yang mensia siakan umur nya dengan perkara perkara yang tidak berfaedah. Tampunglah segerai kelalaian yang lalu dengan mencari Lailatul Qadar. Sesungguhnya ia menyamai umur manusia bahkan lebih dari itu. Apakah tempoh 83 tahun 3 bulan sesuatu yang singkat? 

Jom sekarang layan resepi...




Bingka Keladi
Cuba oleh: Azie Kitchen

Bahan- Bahan (loyang 9in x 9in)
3 biji telur
3 cwn santan (guna 2 santan kotak + 1 cawan air)
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn keladi- yg direbus, tos dan dilecek (1 cawan guna keladi yang dipotong dadu)
1 sudu kecil pewarna purple 
Sedikit bijan -ditabur 

Cara-Cara
Panaskan oven pada suhu 200C, lapik loyang dengan aluminium foil dan sapukan sedikit butter di sekeliling loyang, panaskan sebentar. Saya tak letak foil pun.

Masukkan 1 cawan keladi yg di rebus dlm blender, masukkan sekali telur, gula, garam, butter, santan dan tepung. Blend semuanya.

Gaul sebati dan masukkan 1 cawan lagi keladi yang dipotong dadu untuk mendapatkan tekstur yang kasar. Akhir sekali letak pewarna dan gaul lagi.

Tuang dalam tin yang telah di lenserkan butter tadi. Taburkan sedikit bijan di atas permukaan kuih.



Bakar selama 1 jam, guna api atas dan bawah. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran lagi selama 10 minit dan guna api atas sahaja.

Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga betul betul sejuk.


Setelah sejuk bolehlah di potong dan di hidangkan. Selamat Mencuba...




8 comments:

  1. cantik kejadiannya..suka tgk kaler pepel yg menyerlah tuh..mst sedap kan kak..Yana xpnh mkn lg bingka keladi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana, saya pun kali pertama membuat dan memakannya. Alhamdulillah sangat sedap.

      Delete
  2. senang je nk wat ruponye... nnt nk try la... thanks kak azie !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura, semua kuih bingka senang jer membuatnya

      Delete
  3. Cw tak pernah buat bingka..teringin nak buat,..tapi tak tau bila.. tengok Kak azie buat tu macam senang je.. Insyaallah cuba nanti. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CW, mmg senang. Masukkan semua sekali dlm blender dan blend. Tuang dlm loyang dan bakar. Siaaap. Itu yg rajin membuatnya

      Delete
  4. Love the purple colour. Now I really want to make bingka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH, this bingka is so yummy... You should try one

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.