Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 28 July 2012

Puding Karamel Nur Qaseh





Hari ini selepas balik dari appointment doktor di Tropicana Medical Centre, saya mengucap syukur pada Illahi kerana setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Orang yang bijak adalah orang selalu mengingati kematian, lebih mulia lagi orang yang tertunggu kematian kerana ingin mengadap kekasihnya. 

Saya bercadang untuk membuat sedikit kuih untuk berbuka, dikuatiri skil dan kemalasan meningkat apabila lama berjauhan dengan dapur. Namun sebaik melangkah ke ruang keluarga terdengar seperti seseorang sedang memasak di dapur. Aduhaaai rupanya Juita Ku Sayang membuat Puding Karamel yang dah jadi resepi turun temurun kami yang dipelajari dari sahabat saya Asmawati 20 tahun yang lalu. Ini resepi yang saya buat sejak sejak dulu, tengok di SINI. Gambar masa ni diambil sebelum pandai berblogging lagi. Di samping mencuba resepi yang lain, saya akan terus menggunakan resepi ini kerana sangat berpuashati dengan hasilnya yang menepati selera saya. Jadi saya pun tak dapat lah meneruskan hajat untuk membuat kuih kerana ingin mengelakkan berlebihan dan pembaziran.




Hari ini saya sangat gembira dan ingin menjadikan setiap hari adalah hari dalam bulan Ramadhan yang lebih baik kerana 2 perkara. Tapi saya tidak boleh berkongsi dengan kawan kawan semua. Apa yang boleh dikatakan ialah saya ingin menjadi insan yang baik dengan insan yang lain termasuklah binatang dan pokok pokok semuanya.

Hahahaha sebelum berkongsi resepi, saya nak share sedikit tazkirah Subuh yang banyak saya pelajari dan membantu mengatasi kelemahan saya berhubung solat berjemaah mengikut imam dan bukan bersama imam. Antara contoh contohnya ialah:

  • Bila imam habis takbir, baru makmum mengangkat takbir;
  • Bila imam habis membaca al Fatihah, barulah makmum mula membacanya;
  • Bila imam dah habis sebut Allahuakbar, barulah makmum mulakan pergerakan;
  • Bila imam habis sebut samiAllahulimanhamidah, barulah makmum bangun rukuk dan sebut robbanalakalhamdu;
  • Bila imam dah habis bagi salam yang kedua, barulah makmum mula bagi salam yang pertama. 
Semoga ibadah kita akan sentiasa dipertingkatkan dari hari ke hari. Jom layan resepi mudah yang boleh dihafal jer...



Puding Karamel Nur Qaseh

Bahan bahan:
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur (ikut saiz dan ikut suka)
5 - 6 sudu besar gula
6 - 8 sudu besar gula (untuk dibuat gula hangus)
Sedikit esen vanilla

Goreng 5-6 sudu gula untuk dijadikan gula hangus dgn api perlahan. Tuangkan dalam acuan besar atau acuan kecil kecil spt mangkuk pyrex, mengikut mana yang disukai.

Pukul telur dan gula dan masukkan 1 tin susu cair dan 1 tin air. Masukkan sedikit esen vanilla.

Tuang dalam acuan yang telah diletakkan gula hangus yang telah mengeras tadi.

Kukus hingga masak antara 10 - 15 minit sahaja. Angkat dan setelah sejuk, masukkan ke dalam peti ais sebelum dihidangkan.



Selamat berbuka puasa dan juga berterawih untuk kawan kawan semua...




4 comments:

  1. waa..sedap..ku suka gak puding telo ni.....selamat berbuka..semoga cepat sia..ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikee, paling mudah, paling cepat dan yang penting sedap. Terima kasih atas doa untuk saya

      Delete
  2. kak azie pukul telor pkai apa ye?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.