Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 26 July 2012

Part VII: Pembinaan Pagar

Sementara saya agak sibuk di bulan Ramadhan ini, saya tidak dapat berkongsi berkenaan masakan, saya ingin menyambung catatan berkenaan pembinaan pagar Villa Nur Qaseh. Sebelum nya di SINI. Pagar kami amat mencabar sebenarnya kerana jika dilihat bentuk dan cara kemasukan kereta, adalah sedikit unik. Tidak lurus, jadi pembinaan kedua dua batu tembok amat amat membuatkan saya pening, apalagi memikirkan pemasangan pintu pagar automatik kemudiannya.  

Aduh tak ada rupa pagar masa ni. Tengok ni, mata pun jadi senak. Ini adalah pembinaan meter elektrik dan air yang saya mahukan ianya dibuka dari luar. Manakala tembok batu pagar dibuatkan ruang untuk saya menyimpan baja baja dan peralatan untuk berkebun. Rugi jika tembok ini ditutup dan tidak memberi sebarang kegunaan. 



Pembinaan tembok pagar di pintu pagar kedua. Asalnya hanya pintu pagar kecil sahaja tetapi memandangkan kawasan laman saya yang terbahagi kepada 4 bahagian, jadi saya rasa elok jika di buat pintu pagar besar yang boleh memuatkan kereta. Mana tahu ada kenduri kendara, boleh jer caterer menggunakan pintu pagar belakang untuk terus ke kawasan dry yard bagi urusan berkenaan.

Nampak tak, di bawah itu ada juga tong sampah. Saya meletak tong sampah di belakang rumah kerana tidak mahu pintu pagar yang digunakan untuk masuk ke rumah berbau sampah. Ia seharusnya mewangi untuk menyambut kepulangan kita setiap hari. Walau macamana sekali pun dijaga, tong sampah tetap tong sampah.



Ini pulak pagar di belakang dapur dan kawasan dry yard. Masa tu belum ada jiran, terpaksalah saya membuat pagar tanpa berkongsi. Apa apa pun dah rezeki mereka, saya pasti diberikan ganjaran juga kan. Bagi menjimatkan kos, saya hanya menggunakan bata putih simen sahaja. Kelihatan juga piping untuk pemasangan lampu pagar.




Sekarang peringkat kerja kerja plastering batu pagar pula.



Aduh kalau tengok masa ini, memang tak percaya yang kini ianya dipenuhi pokok pokok menghijau.. Lubang digali bagi membuat laluan wiring elektrik untuk lampu dinding pagar.


Pembinaan topi pagar pun menimbulkan masalah. Depa ni macam tak pandai atau sengaja curi tulang. Mesti lah ketebalan topi pagar tu sama dan permukaan atas tak boleh rata untuk mengelakkan air dari bertakung.


Rupa pagar selepas di plaster dan dicat asas (foundation). Nampaklah sikit rupa pagar.


Pagar di laluan masuk utama ke porch. Pagar dah hampir siap. Tengok besarnya tembok batu pagar kami kerana ianya akan nampak gah jika bersaiz besar.






Pemasangan pagar dari kayu belian pun dibuat 2 kali walaupun di sub kepada kontraktor Cina kerana mereka memang akan mengambil kesempatan untuk mengambil jalan mudah. Mungkin mereka fikir saya jahil dan tak tahu banyak bab bab pembinaan rumah.



Di bawah ini adalah warna asal kayu belian sebelum ianya dibuka dan dicat semula. Saya mahukan kayu yang berwarna gelap yang lebih konvensional seperti mana warna frame dan pintu cengal yang dicat berwarna gelap. Lagi pulak kayu cengal, lama kelamaan akan berwarna kehitaman.


Ini pulak adalah gambar selepas kami berpindah masuk ke Villa Nur Qaseh.


6 comments:

  1. Saya nak jimat kos jadi cuba bikin sendiri

    ReplyDelete
  2. Brp kos keseluruhan pagar puan.upah dan barang sekali ke.harga kayu belian tu pulak brp kosnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baizura,
      Kami beli barang sendiri dan upah, jadi saya tak ingatlah berapa kos nya

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.