Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 19 July 2012

Part VI: Rekabentuk Bumbung Istana Cinta


Selamat pagi semua. Saya masih lagi membuat catatan ini dari bilik wad 671 Tropicana Medical Centre yang memang luas dan selesa umpama berada di sebuah hotel. Layanan dari doktor dan nurse yang sangat baik. Lebih lebih lagi hospital baru, jadi bila tidak ramai orang, waktu menunggu dapat dipendekkan. Maaf bukan ingin memburukkan Subang Jaya Medical Centre yang kini dikenali sebagai Sime Darby Medical Centre yang sudah umpama hospital kerajaan. Saya terpaksa menunggu doktor hampir setengah hari. Hmmm jumpa doktor yang kita perlu bayar dengan mahal tu. Pukul 10 baru doktor berlenggang masuk bilik, sedangkan kita telah dari pukul 8 pagi terconggak di hadapan klinik. Menunggu giliran kita pula, mengambil masa lagi 2 jam. What a waste of time, yang sakit menjadi bertambah sakit, belum dikira sakit hati. Kena sabar jer berbanyak. Saya memang merungut setiap kali ke sana.

Rekabentuk bumbung rumah adalah sesuatu yang menentukan kecantikan sesebuah rumah. Sebagai orang yang tidak punya pengalaman, pasti sahaja kita mahu yang tercantik. Tapi yang tercantik itu, mestilah mahal harganya. Begitu juga dengan bumbung rumah saya. Bermula dengan pemilihan roof tile di mana saya mahukan clay tile yang half glossy kerana saya tidak suka bumbung yang terlalu glossy dan natural juga saya tidak suka. Harga untuk clay tile sangat mahal berbanding dengan tile biasa. Pada masa itu, saya membeli dengan harga RM3.40 untuk sekeping sedangkan simen tile hanya berharga di bawah RM2. Jika diberi peluang sekali lagi,saya pasti mengubah citarasa yang mahukan hanya yang terbaik, sebaliknya saya akan memilih roof tile biasa yang juga kelihatan cantik apabila siap terpasang. Pelajaran seterusnya ialah bina rekabentuk atap yang simple sahaja kerana banyak perbezaannya dari segi penjimatan kos.



Di samping itu juga, keputusan saya untuk membuat penambahan pada rumah yang dibina juga telah  menyebabkan rekabentuk bumbung juga perlu diubah. Dirasakan terlalu unik bentuknya menyebabkan banyak pembaziran apabila banyak roof tile yang terpaksa dipotong yang pastinya banyak duit yang mengalir keluar.


Di samping masalah rekabentuk bumbung dan roof tile, saya juga menghadapi masalah mencari pekerja yang benar benar mahir dalam bab bumbung rumah. Saya tidak mempunyai contact pekerja yang mahir, hanya bergantung kepada reference yang diberi oleh pekerja yang sedia ada. Ada pula pekerja yang tidak bertanggungjawab, mencuri tulang, meninggalkan kerja yang belum siap. Masalah mencari pekerja ganti untuk menyambungnya menyebabkan saya terpaksa mengguna pekerja saya untuk meneruskannya dengan sekali sekala dipantau oleh saudara Anuar juga. Malahan saudara Saudara Anuar telah melakarkan pelan bumbung yang baru untuk disesuaikan dengan penambahan bangunan yang telah dibuat.

Kalau kerja kerja di bahagian bawah, sudah tentu saya boleh menyemak sendiri tapi kalau di atas bumbung, bagaimana cara untuk saya melihatnya. Walaupun dipesan berkali kali supaya menarik tali untuk memastikan ianya lurus, namun tidak semudah itu. Ini adalah kerana bentuk atap kami yang perlu mengikut 3 bentuk bangunan.Kami terpaksa menyerah pada kejujuran pekerja sahaja kerana saya tidak mampu untuk naik sendiri melihat kerja kerja dilakukan...



Mencari kayu untuk pembinaan bumbung juga masalah kerana harganya mahal. Kalau diikutkan saya  mahu yang siap diketam tetapi akhirnya saya terpaksa beralah dek kos yang dah terlebih lebih. Saiz kayu bumbung yang tidak cukup panjang di bahagian living juga memyebabkan overhang roof di situ terpaksa dipendekkan. Akhirnya, saya menghadapi masalah tempias kerana angin di kawasan rumah saya agak kuat. Membeli melalui orang tengah juga menyebabkan harga yang perlu dibayar lebih tinggi...



Ini pula adalah aluminium foil yang dipasang terlebih dahulu sebelum diletakkan roof tile


Saya katakan bumbung rumah adalah peringkat yang amat memeritkan kerana saya perlu membeli semuanya serentak dan duit yang perlu dikeluarkan juga bukan sedikit. Ini adalah kerana pembelian roof tile tak boleh dibuat secara berperingkat untuk mengelakkan dari warna yang tak sekata. Selain itu, roof tile perlu diangkat ke atas dengan menggunakan crane yang disewa secara harian dalam RM500 sehari kalau tak silap lah. Adalah merugikan jika perlu di sewa beberapa hari




Hmmm akhirnya siap juga atap rumah kami walaupun dengan penuh kepayahan. Entahlah bila dilihat rumah rumah jiran kami, macam OK jer. Tak ada pulak mereka mengalami masalah seperti kami. Ya lah mereka tidak terlibat dalam pembinaan, sebaliknya semua diserahkan pada kontraktor. Saya berdoa dan berharap semoga tiada masalah kebocoran jer kerana ianya pasti memeningkan. Ameen. Sehingga berjumpa lagi siri Part VI di SINI ....


5 comments:

  1. salam kak zie..la sakit ker..kata org bila sakit melibatkan tulang ni baik minum air soya byk2 ok..moga cepat sembuh...awak kat tropicana yer...tu dr colin lee yg punyakan..dr colin dah kaya now..dapat bina comfortable hospital dah..i as under him at his old place ss 21 dulu..katanya best kat situ..kalau ade alternative lain boleh ke sana...kalau dekat ss 21 dulu hanya utk tbung uji dan hamil sahaja..and u wouldnt like that place......kecik...i was there sbb gugur 5x kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikee, awalnya ragu ragu juga sb nmpk mcm kecil jer lagipun dh biasa dg SDMC. Tapi ward dia bersih, bilik besar dan mcm hotel pulak. Doktor pun nmpk semua experience, hospital mempunyai peralatan yg terkini. Yg best sebab orang belum ramai, jd waktu menunggu tak lama. Makan pun sedap.

      Delete
  2. Salam kak azie. boleh saya tahu kayu jenis apa kak azie guna sebagai kerangka bumbung rumah kak azie? tq

    ReplyDelete
  3. Salam kak azie. samalam perkenalan. saya banyak mengikuti blog kak azie especially tentang pembinaan rumah kak azie kerana saya juga dalam proses membina rumah di kota bharu. boleh saya tahu kayu jenis apa kak azie guna sebagai frame dan tapak bumbung rumah kak azie? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kayu biasa jer dibeli di kelantan

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.