Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

23 Jul 2012

Masak Sardin Sempoi Untuk Bersahur




Sebelum kita bercerita tentang menu sahur saya, saya ingin mencoretkan sedikit perkongsian ilmu untuk direnungi bersama sama. Sempena bulan Ramadan yang menjanjikan tawaran pahala yang melimpah ruah ini, saya hanya ingin berkongsi doa doa bulan Ramadan yang perlu diselitkan, jika belum ada dalam senarai doa harian kita sekarang di samping doa doa yang lain. Antaranya ialah seperti berikut:

1. Minta ditemukan dengan malam Lailatul Qadar yang ganjaran pahalanya melebihi pahala beribadat selama 1000 bulan yang bersamaan dengan 83 tahun dan 4 bulan yang jika kita hidup selama itu pun, belum tentu mampu memperolehinya.

2. Pertingkatkan segala amal soleh di sepanjang bulan Ramadan ini.

3. Diberikan kesihatan, kemudahan dan kekuatan untuk menunaikan ibadat di sepanjang bulan Ramadan ini.

4. Mintalah supaya Ramadan kali ini adalah Ramadan yang paling baik dalam hidup kita, seolah ianya adalah Ramadan yang terakhir dalam hidup kita.

5. Supaya dijadikan seorang yang beriman dan bertaqwa.


OK berbalik pada menu masakan sahur pulak, selain Daging Goreng Garam Kunyit sempoi yang sangat saya sukai di SINI, saya buatlah juga Masak Sardin Mackerel, saja nak test kot anak anak dah berubah selera. Sebab kalau biasa waktu sahur, mereka makan kering sahaja. Nasi putih tanpa kuah pun atau nasi goreng sahaja. Ini adalah antara menu sahur saya yang mudah mudah.

Membuatnya pun sangat senang. Campakkan jer bawang putih dan bawang merah hiris ke dalam minyak yang dah panas, masukkan sedikit cili kisar dan goreng sehingga cili masak. Masukkan pula isi sardin dulu supaya bergoreng dengan minyak. Akhir sekali masukkan sos sardin dan sedikit air. Sesuaikan rasa, jika suka boleh masukkan bawang besar dan cili merah hiris. Siaaap ... 

4 ulasan:

  1. Wahhh D5 suker sgt sardin nie but mkn sorang je tu yg malas nk masak tu kawan D5 xmakan..Kalau ade lebey kan D5 buat nasik goreng sardin perrgghhh terbaek lah punyer nasik goreng tu best best terliur bile tgh taip nie hehehhehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, i pun suka sangat nasi goreng yg diletakkan ikan sardin.

      Padam
  2. sedapnyooooo.....sardin ni always my peberet...kena plk pedas2...fuhhhhh...dah2 xleh tgk lgi..taktahan...kihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adda, sama lah kita, sardin is always my favourite

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.